Kalau berkunjung ke bazar Ramadan, memang banyak pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air lemon pudina dan laici asam boi yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, air katira pun boleh buat kecur air liur!
Tahun ini memang tak merasalah hendak pergi ke bazar Ramadan memandangkan kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi tidak mengapa. Kalau ada yang teringin hendak minum air katira, kita boleh cuba resipi perkongsian Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
PKP ni terasa seperti bulan Ramadan pula. Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
BAHAN-BAHAN: 1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula 1 liter susu segar *untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
CARA MEMBUAT:
Ads
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur. Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan. Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
Ads
Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
Ads
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya. Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
OK kita close up sikit Air Katira Johor kita. Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja, kan?
Memandangkan sekarang ini ramai yang mula bekerja di pejabat dan tidak lagi WFH. Sudah tentunya anda akan rasa bosan melihat keadaan meja pejabat yang sendu dan bosan.
Bila buat kerja pula tidak rasa seperti ala-ala di rumah dan kelihatan ‘aesthetic’. Jadi team Hijabista ada beberapa hiasan yang boleh mencantikkan lagi meja bekerja anda itu dengan lebih menarik!
Kalender meja anda bukan lagi seperti kebiasaannya, dengan bentuk reka dan gaya estetiknya yang cantik menunjukkan lagi keistimewaan dan unik pada meja anda. Sudah tentunya ia menjadi satu tarikan buat anda tambahan lagi untuk melihat tarikh pada setiap hari!
Bagi mereka yang gemar melihat suasana atau ada ‘taman hijau’mini di meja, pasu pokok mini ini sesuai untuk anda! Lihatlah bentuk dan reka bentuk yang unik menambahkan lagi satu gaya sofistikated.
Siapa yang ingin papan notis mini boleh dapatkan papan arkilik bercahaya ini yang cukup comel dan minimalis. Bukan sahaja menghiasi meja anda, malah nak tulis nota pun bergaya!
Tiada lagi pen atau sticky note yang bersepah-sepah atas meja, anda perlukan organizer ini untuk semua alat tulis anda. Lihatlah reka bentuk yang minimal itu berfungsi dengan baik untuk meja yang lebih kemas.
Buat mereka yang selalu bersiap di pejabat kerana lambat, wajib ada cermin LED ini! Nak simpankannya juga cukup mudah kerana boleh di lipat dan simpan di dalam laci!
Link: Shopee | Lazada
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bibir yang cantik bukan sahaja terletak kepada saiz atau warnanya malah cara penjagaan bibir juga turut menjadi faktor untuk menjadikan bibir tampak seksi. Malahan, solekan yang tepat seperti pemilihan gincu yang betul juga turut menjadikan bibir lebih berseri, kemas dan rapi.
Ramai diantara kita yang selalu meninggallkan langkah penjagaan rapi bibir. Ha! Kalau nak cantik, kenalah jaga seluruh bahagian anggota badan tau! Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tentang tip penting yang wajib kamu ikut untuk menghasilkan bibir yang mungil dan seksi!
1. Exfoliator
Untuk menjadikan bibir lebih halus dan lembut, kamu boleh menggunakan sikat kecil lembut (atau sikat gigi) dan tambahkan sedikit petroleum jelly di atasnya. Kemudian, sikat perlahan dengan gerakan memutar pada bibir. Cara ini mampu untuk menghapuskan kulit-kulit mati di bibir Jika mahu lebih ringkas, gunakan masker bibir atau ‘exfoliator lipstick’.
2. Lip gloss
Selepas menggunakan gincu, sapukan lip gloss untuk membuat bibir tampak lebih berisi dan tebal. Warna lip gloss yang berkilat akan menambah dimensi bibir sehingga akan memberikan kesan yang seksi dan mungil.
3. Concealer
Sentuhan ‘concealer’ tidak hanya pada bibir namun juga pada garis luar bibir sebelum menggunakan gincu. Sapukan concealer menggunakan jari ataupun brush. Concealer mempunyai fungsi untuk menjadikan lipstick tahan lebih lama, ia juga akan memberi ‘effect’ bibir lebih tebal sekiranya gincu dipakai di bahagian garisan bibir.
4. Overdraw Garis Bibir
Selain concealer, kamu juga boleh menggunakan lip liner hingga melebihi garisan bibir. Untuk kesan yang menarik, kamu boleh menggunakan lip liner dengan warna yang natural, cerah dan terang. Setelah melukis garisan bibir, gunakan concealer untuk menutupi garis bibir yang asli. Sesudah itu barulah kamu memakai lipstick untuk menghasilkan bentuk bibir yang sempurna.
5. Elak Memakai Gincu Gelap
Memakai warna lipstik yang gelap akan membuat bibir tidak mungil dan nampak kusam. Sebaiknya pilihlah warna lipstick yang terang untuk memberikan kesan seksi dan berisi pada bibir.
6. Lip Plumper
Lip plumper adalah sebuah produk khusus yang digunakan untuk mencipta ilusi ketebalan pada bibir. Caranya adalah bersihkan dulu bibir anda. Kemudian, gunakan alat ini sehingga kamu mendapatkan ketebalan bibir yang kamu mahu. Ia mampu membuatkan bibir berkilat dan tidak kering.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak melahiirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu, penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza memang banyak berubah. Tubuhnya yang kini kekal langsing bahkan dipuji netizen seperti anak dara. Walaupun mengetahui saiz fizikalnya sudah berubah, namun beliau tidak bercadang untuk mengeluarkan produk pelangsingan badan. Menurut isteri kesayangan Datuk Khalid Mohd Jiwa ini, fokus beliau kini hanya pada perniagaan produk kosmetik dan penjagaan tubuh badan.
“Buat masa tidak ada cadangan lagi untuk buat produk pelangsing badan kerana bab-bab macam ni mereka mahukan keberkesanan. Kalau saya betuL-betul mengamalkan satu produk nanti, barulah boleh kongsikan dengan pembeli atau pelanggan.
“Sebagai usahawan fokus saya kini adalah hanyalah pada produk penjagaan wajah, komsetik dan juga parfume. Kalau ada pun mungkin saya akan keluarkan losyen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman.
“Apa yang penting saya mensasarkan produk yang dikeluarkan lebih kepada soal bersih, selamat dan halal,” ujar Siti ketika ditemui usai majlis Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti miliknya di Menara Kuala Lumpur.
A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on
Menurutnya, beliau lebih gemar berkongsi sesuatu produk yang memberi ilmu kepada pengguna. Malah sejak lapan tahun mengusahakan Simplysiti juga, mereka tidak menggunakan bahan terlarang dan paling penting telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan.
“Saya juga tak akan buat produk pemutih yang segera untuk mencerahkan wajah. Sebaliknya produk Simplysiti diyakini selamat, bersih dan hasilnya akan terserlah jika kita pakai secara konsisten. Perubahan berlaku tidak mengejut dan paling penting ia juga di jual dengan harga mampu milik.
“Kami juga tak perlukan gimik kosong sebaliknya lebih bertanggung jawab untuk melariskan sesuatu produk itu. Tidak ada guna promosi secara gempak, tetapi hasilnya tidak seperti dijangkakan. Apa yang penting beri ilmu kepada pengguna kami bahawa produk ini sesuai digunakan dalam lingkungan usia dari sekolah menengah, remaja hingga ke 40 tahun ke atas.
“Ramai di kalangan pelajar dan suri rumah yang masih setia menggunakan produk ini dan buktinya kami masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Namun saya juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh itu,” tambahnya yang pernah rasa ‘give up’ untuk berhenti berniaga sebaliknya beri tumpuan pada bidang nyanyian sahaja.
“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja. Mujur suami pujuk dan bagi sokongan serta kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini yang tidak putus-putus menyokong pada belakang,” tambahnya yang turut berdepan masalah lain sepanjang memasarkan jenama ini.
“Cabaran lain yang saya hadapi seperti stok hilang, kecurian dan banyak lagi. Dan paling terbesar sekali adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” jelas Siti yang bersyukur kerana masih boleh bertahan kerana ramai menyangkan jika produk dari selebriti selalunya tidak mampu bertahan lama.
Penyanyi tersohor negara ini yang tampil menawan petang itu juga turut membawa permata hatinya, Siti Aafiyah ketika majlis semalam.
Menurut Siti, produknya kini bukan sahaja boleh didapati di Watson, tetapi juga di butiknya di Creacion By Siti Nurhaliza dan juga turut dijual secara online.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.