Penjagaan bahagian bawah lengan seringkali diabaikan. Selalunya bahagiankulit wajah menjadi keutamaan, bahagian bawah lengan atau ketiak kelihatannya seperti ‘dianak tirikan.’ Hakikatnya bahagian ini juga amat perlu diberikan perhatian walaupun ianya tersembunyi.

Seperti juga kulit wajah, bahagian ketiak juga perlu dijaga agar sentiasa bersih, cerah dan tidak kasar. Tentu memalukan jika ketika anda menyalin pakaian,  suami anda terlihat bahagian ketiak anda yang hitam bukan.

Sekiranya anda tidak menjaga ketiak dengan betul, tentunya ketiak anda akan menjadi kasar, hitam dan kusam. Keadaan ini disebabkan bahagian kulit ketiak merupakan bahagian yang sangat sensitif.

Jom kita lihat ENAM kesalahan yang sering kita lakukan hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam.

IKLAN

1. Guna Sabun Yang Mengeringkan Ketiak

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Ketiak biasanya akan menjadi hitam sekiranya anda memakai sabun yang terlalu kuat untuk kulit ketiak anda. Disebabkan bahan yang tidak sesuai, ketiak akan menjadi kering dan mula menghitam. Gantikan sabun yang lebih lembut untuk mendapatkan kulit ketiak yang lebih cerah.

2. Memakai Baju Ketat

Photo by destiawan nur agustra from Pexels

Tahukah anda bahawa memakai baju ketat juga boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam. Ia kerana kain akan bergesel pada bahagian ketiak dan mengikis kulit dan membuat ia menjadi hitam. Sebaiknya, elakkan daripada memakai pakaian yang ketat ya!

IKLAN

3. Tidak Melakukan Skrub

Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Jangan ingat ketiak tidak perlu diskrub ya! Sama seperti tubuh dan wajah, ketiak juga perlu diskrub kerana ia merupakan salah satu bahagian yang mempunyai banyak sel kulit mati hingga menyebabkan ketiak menjadi kusam dan kasar.

Cuba gunakan skrub lembut seminggu sekali agar ketiak tidak hitam. Skrub tidak hanya mencerahkan ketiak anda, malah ia juga buat ketiak anda menjadi lebih lembut.

IKLAN

4. Membuang Bulu Ketiak Dengan Cara Yang Salah

Photo by Castorly Stock from Pexels

Membuang bulu ketiak ada pelbagai cara. Antaranya adalah waxing, mencabut dan mencukur. Setiap individu melakukan cara yang berbeza. Sekiranya anda rasa cara anda membuang bulu ketiak itu membuatkan ketiak jadi makin hitam, lebih baik cuba cara yang lain.

5. Berat Badan Berlebihan

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Percaya atau tidak, berat badan yang berlebihan juga merupakan salah satu faktor penyebab ketiak jadi hitam. Berat yang berlebihan akan mengganggu hormon hingga menyebabkan ketiak menjadi kusam. Jadi, lakukan senaman dengan teratur dan jaga makanan anda.

6. Tidak Menjaga Pemakanan

Photo by KALZ📸🇺🇬 from Pexels

Makanan mempunyai peranan yang besar untuk mengelakkan kekusaman pada ketiak. Pengambilan makanan yang manis dan berminyak akan membuatkan ketiak menjadi semakin kusam dan kasar. Lebih parah, akan timbul jerawat jika anda mengabaikan pola pemakanan anda.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI