Solekan mampu menaikkan seri wajah seseorang wanita. Jangan biarkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya tanpa secalit mekap. Tidak perlu pun solekan yang tebal namun memadai dengan sentuhan mekap yang nipis dan nampak natural.

Teknik solekan perlu dipelajari agar solekan pada wajah lebih terserlah. Ambil sedikit masa untuk melakukan eksperimen pada kulit wajah. Dapatkan tip melalui sumber-sumber seperti Youtube dan sebagainya. Hasilnya barulah wajah naik seri selain solekan tidak kelihatan janggal.

Photo by Adrienn from Pexels

Walau bagaimanapun dalam tidak sedar kita mungkin melakukan beberapa kesalahan ketika mengaplikasikan solekan pada kulit wajah. Kesalahan ini tentunya menjejaskan hasil solekan yang tentu tidak mencapai sasaran seperti yang diinginkan iaitu menjadikan wajah kelihatan lebih segar dan menawan.

ENAM KESALAHAN YANG SELALU KITA LAKUKAN KETIKA BERSOLEK

IKLAN

Menggunakan bedak asas/foundation yang salah ke atas kulit
Penting sekali untuk kita mengetahui bedak asas yang mana yang sesuai untuk kulit. Biasanya ada orang yang berkulit sawo matang tetapi menggunakan bedak asas yang cenderung untuk kulit cerah. Ia menjadikan kulit wajah seseorang itu terlebih putih dari kulit sebenarnya.

Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

Terlalu banyak menggunakan bedak tabur/bedak debu/bedak padat tapi tidak meratakannya dengan baik
Hasilnya solekan akan nampak bercapuk-capuk dan tidak sekata. Sepatutnya ratakan sekali di leher bagi yang tidak bertudung supaya tidak kelihatan berbelak. Gunakan berus besar untuk pemakaian bedak tabur dan span nipis untuk pemakaian bedak padat.

Photo by 𝐕𝐞𝐧𝐮𝐬 𝐇𝐃 𝐌𝐚𝐤𝐞- 𝐮𝐩 & 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐮𝐦𝐞 from Pexels

Melukis kening dengan celak warna hitam secara tebal
Pentingnya untuk mewarnakan kening dengan warna yang tidak keterlaluan dan sesuai dengan wajah Asia iaitu menggunakan celak pensel berwarna coklat gelap. Warna hitam hanya akan membuatkan wajah anda kelihatan garang dan janggal dilihat.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

Melukis bibir menggunakan warna pensel yang lebih pekat berbanding lipstik
Contohnya warna lip liner ialah merah terang dan lipstick berwarna peach. Sepatutnya pilihlah warna yang seakan-akan dan tidak jauh bezanya. Ingat, jangan melukis bibir dengan terlalu nipis atau terlalu tebal.

Photo by Rafael Martino from Pexels

Tidak memakai pelembab bibir sebelum mengenakan lipstik
Penting untuk anda memakai pelembab bibir/ lipbalm sebelum memakai lipstik untuk memudahkan lipstik disapu selain tidak menampakkan bibir anda kusam. Jika mahukan bibir yang seksi berseri, amalkan melembab bibir ya! Warna lipstik anda tentu akan lebih menyerlah.

IKLAN
Pexels.com

Tidak memakai pelembab muka sebelum mengenakan bedak asas
Tanpa pelembab terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis kering dan kombinasi, kulit anda akan kelihatan tidak bermaya dan tidak bercahaya walaupun selepas memakai bedak asas kerana tidak mampu memantulkan keserian kulit. Pemakaian bedak asas  walaupun jenis cecair akan membuatkan kulit  anda nampak bercapuk dan tidak sekata.Oleh itu pastikan anda memakai pelembap wajah sebelum memakai bedak asas.

Photo by cottonbro from Pexels

HIJABISTA: Solekan ringkas mampu menjadikan wajah seseorang itu tampil lebih segar dan bertenaga. Pilih warna-warna solekan yang sesuai dengan kulit wajah dan situasi. 

Sumber kredit: Cik Nyonya Enterprise Top image:  Photo by Kaboompics .com from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI