Dendam adalah sifat keji yang tidak menguntungkan sesiapa pun sama ada orang yang didendam, apa tah lagi diri sendiri yang berdendam. Hati yang berdendam adalah ciri hati yang tidak bersih dan tidak tenteram.

Manakala pemaaf pula adalah sifat yang perlu dimiliki setiap Muslim untuk membangunkan satu tingkah laku dan peribadi seseorang. Jika kita tidak dapat memaafkan seseorang, maka seolah-olah masih ada perasaan dendam di dalam hati kita.

Berikut perkongsian Ahmad Fairoz

Malam ini saya dengar semula pengajian almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung Nisfu Sya’aban.

Ketika membahaskan hadis dibawah ini, TGNA memberi penekanan kepada mereka yang syirik dan orang yang berdendam dan bermusuhan.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

Antara bait kupasan TGNA berkaitan orang yang berdendam dan bermusuhan,

IKLAN

“Berdendey ni pun ALLAH taala tokkey ampung doso. Walau pun maley nispu syaabey. Kito nok maghoh kek oghey sampa takdo peluwey kito ni nok bui maak ke oghey. Nok kigho kito sokmo betul oghey lain saloh sokmo.

Tokleh maghoh aghi ni gak, maghoh esok. Tokleh esok maghoh jugok, luso. Tokleh maghoh beghapo pung daley hati baso oghey lain jahak. Baso gapo. Takdok doh daley hati nok maak ke oghey.

Oghey hok pesen dendey ni, takdok nok maak ke musuh ni, oghey nabi kato jugok Tuhey toksir ampun doso dio maley nispu syaabey.

Apo erti kito hidup samo sekampung, samo seisle tibo2 tokleh maak sikit abuk. Setagho Aku Tuhey kato gheti maak doso oghey. Padahalnyo begapo buleh ke Aku maak dosa ogheynyo. Tapi setagho aku pangkak Tuhey gheti buleh maak ke oghey, mu tu gapo hey manusio? Setagho mano dendey mu sapa tok gheti maak ke oghey?

IKLAN

Jadi kito ni nok tunjuk ek lebih ke tuhey lagi. Itu Tuhey maghoh sangat ke oghey yey BERDENDAM.”

Faham tak?

Baik, saya ejas ikut bahasa luar kelantan.

“Berdendam ini pun ALLAH taala takkan ampun dosa. Walau pun malam nispu syaaban. Kita nak marah ke orang sampai tiada peluang kita ni nak memberi maaf pada orang. Nak kira kita selalu betul, orang lain semua salah.

Tak boleh marah hari ni, marah esok. Tak boleh esok, marah juga lusa. Tak boleh marah bila2 pun dalam hati tu orang lain jahat belaka. Tiada dalam hati nak maafkan orang.

IKLAN

Orang yang berdendam ni. Tiada nak memberi maaf kepada musuh ni adalah orang yang nabi kata Tuhan tidak mahu memberi ampun kepadanya pada malam nisfu syaaban.

Apa erti kita sekampung, sama seislam tiba langsung tak boleh memberi maaf. Setara Aku Tuhan kata reti ampunkan dosa hambanya. Padahal apa yang Aku peroleh dari mengampun dosa orang? Tapi setara aku yang berpangkat Tuhan boleh memaafkan, kamu itu siapa wahai manusia? Setara mana dendam kamu sampai tak boleh memberi maaf?

Jadi seolah2 kita nak tunjuk lagak lebih pada Tuhan. Itu sebab Tuhan marah kepada orang yang berdendam.”

Amacam? Harap2 faham lah ye.

Moga bermafaat dan menjadi bekal muhasabah kita.

#CatatanKhadamKuliah

Sumber kredit: Ahmad Fairoz

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI