Kening yang lebat dan strong are here to stay. Maknanya, kening yang natural dan full amat didambakan hijabi. Jika anda merupakan mangsa ‘cabutan’ bulu kening sebelum ini, jangan risau. Ia boleh tumbuh kembali.

Ada tujuh tip yang penting yang anda perlu tahu dan buat bagi mempercepatkan proses pertumbuhan ini.

1. Belajar bersabar

Ia akan mengambil lebih dari beberapa bulan untuk kening anda mula tumbuh dengan lebat. Jadi, banyakkan bersabar. Jangan anda cabutnya lagi oleh kerana tidak nampak bezanya.

Tidak perlu tergopoh-gapah. Penantian anda akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. Sementara itu, gunakan alat solek untuk mendapatkan kening idaman anda.

2. Tingkatkan pertumbuhan dari dalam ke luar

Suplemen pertumbuhan rambut seperti biotin dan vitamin B boleh membantu kening anda tumbuh dengan lebih cepat. Pastikan juga anda banyak mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti salmon, kacang walnut dan lepa kacang.

IKLAN

3. Pastikan level hormon dan nutrien anda sentiasa diawasi

Keguguran rambut adalah signal bahawa tubuh badan anda tidak seimbang. Stres, ketidakstabilan hormon dan kekurangan protein menjadi penyumbang utama.

Jika kening dan rambut anda semakin hari semakin banyak gugur dan menipis dan anxiety bukan puncanya, pergilah berjumpa doktor anda untuk memeriksa darah untuk mengetahui kandungan nutrien dalam badan.

4. Stock up serum tumbesaran

IKLAN

Dengan demand kening tebal masih lagi hangat diperkatakan, maka serum tumbesaran tumbuh bak cendawan di pasaran. Cuba cari yang organik dan natural untuk mengelakkan side effect yang tidak diingini.

Lebih mudah DIY sahaja!

5. Elakkan produk skincare dari terkena kening

Sebaiknya apa sahaja produk kecantikan atau kosmetik, elakkan dari dioles krim, serum wajah atau foundation kerana ia merencatkan pertumbuhan dan mengakibatkan bulu itu gugur.

IKLAN

Work around your eyebrow dan jangan main sapu sahaja!

6. Gunakan mekap dengan lembut

Jangan tenyeh sahaja produk makeup pada kening anda sewenang-wenangnya dan tanpa sedar anda mempercepatkan proses keguguran tersebut dengan sapuan makeup yang kuat dan keras.

Berikut ada petua yang boleh anda guna untuk mendapatkan kening yang tebal.

[su_highlight background=”#99b0ff”]Ingin memiliki bulu kening yang tebal, anda harus mencari buah keras dan minyak masak. Kemudian, bakar buah keras hingga hitam kemudian ditumbuk hancur. Campurkan dengan sedikit minyak masak kemudian, sapukan pada bahagian bulu kening.[/su_highlight]
Jadikan kaedah ini sebagai amalan harian anda, anda akan dapati lama-kelamaan kening mulai melebat dan cantik. Selamat mencuba!

TUTORIAL LUKIS KENING TANPA PANTIS

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI