
Masalah bibir hitam selalunya memang ramai dialami oleh kaum wanita. Masalah ini disebabkan oleh masalah kulit kering dan sensitif. Disebabkan masalah ini juga, ramai wanita kurang keyakinan diri kerana mempunyai bibir yang tidak sihat dan menutupnya menggunakan lipstik sehinggakan langsung tidak yakin jika keluar tanpa calitan lipstik di bibir.
Walau bagaimanapun sampai bila kita harus menyembunyikan masalah ini tanpa sebarang rawatan. Bibir yang hitam, kering dan merekah perlu dirawat dan tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan bibir akan menjadi semakin gelap dan hitam jika tiada sebarang rawatan.
Berikut perkongsian yang dipetik menerusi Twitter Syafi’ina
.
.
.
Moga dengan perkongsian ini dapat membantu hijabi semua mendapatkan bibir yang sihat, mungil dan berseri. Amat penting untuk kita melakukan skrub pada bibir supaya sapuan lipstik jadi lebih rata dan tahan lama pada kulit bibir.
Sumber kredit: Twitter Syafi’ina
Seminggu Je Banyak Anak Rambut Tumbuh! -Gadis Beri Petua Rambut Jadi Lebat & Tebal

Stress memang boleh menyebabkan rambut kita gugur. Dan bila rambut kita mulai gugur pula, makin bertambah-tambahlah stress kita jadinya.
Jangan begitu sis! Relaks dan bertenang…
Sebenarnya ada alternatif yang boleh dicuba untuk menyuburkan kembali kulit kepala kita. Hijabi bolehlah mencuba cara yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini di Facebook. Senang sangat!
ini adalah resepi mak mertua yang sebulan lalu yang tieja nak kongsikan.
sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan..
kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu.. pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan
BAHAN
SANTAN KELAPA (kadang kadang pakai yang kotak je )
ALOE VERA
Jika tak ade ALOE VERA boleh pakai OLIVE OIL
CARA PAKAI : lumur macam nak pakai minyak/serum rambut..atau sedang bersyampoo..sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala..30-45 minit bilas seperti biasa.. nak guna syampoo pun tak ade masalah .. mane tahu korang tak tahan dengan bau santan
Posted by Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja on Sunday, 20 May 2018
maaf laa video haritu gaduh dengan ayam kali ni gaduh ke burung pulak
selamat mencuba dan share
semoga manfaat
kredit: facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja
Elak Makan Makanan Berminyak & Minuman Sejuk, Kalau Nak Cantik. Pesan Fazura !

Kecantikan Fazura memang menjadi bualan ramai. Pastinya setiap wanita ingin memiliki kulit yang mulus dan berseri seperti Fazura. Meskipun sibuk, Fazura tetap menjaga kulitnya dengan begitu teliti. Lihat sajalah pada struktur kulitnya yang begitu flawless.
Hijabista pernah berpeluang menemubual dengan Fazura di suatu majlis anjuran produk kecantikan, tidak dinafikan yang Fazura memiliki aura yang cukup kuat. Sekali pandang, admin jatuh hati melihat senyuman manisnya.
Kini selebriti terkenal yang mempunyai kecantikan wanita melayu terakhir mempunyai rangkaian produk kecantikannya tersendiri iaitu Fazura Skincare dan Fazura beauty. Pernah menjadi duta beberapa rangkaian produk kecantikan, ternyata mempunyai kulit yang sihat kunci kepercayaan peminat menggunakan produk kecantikannya.
Fazura turut berkongsi rejim kecantikan serta petua tradisional yang diamalkannya untuk kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Rejim Kecantikan
“Setiap pagi, saya akan mencuci wajah menggunakan Feel Good Cleanser untuk cuci wajah Faz dari kotoran atau lebihan minyak. Yes Queen Face Scrub untuk exfoliate dead skin tapi Faz amalkan 2-3 kali seminggu je. Fazbulous Serum pula untuk maintain keanjalan kulit dan repair sel-sel kulit Faz semasa waktu tidur. And lastly Faz akan apply Amazing Night Repair untuk tona kulit yang sekata, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat. Ia satu rejim yang lengkap untuk menjaga kulit kerana kita memang mengidamkan kulit yang lembap, cerah dan kekal remaja.”
Ada Amalkan Sebarang Petua Tradisional?
“Ya, mungkin saya masih lagi mengamalkan jamu. Ibu saya juga merupakan seorang yang sangat percaya pada ulam-ulaman seperti daun pegaga dan peria. Ia sangat penting untuk wanita, kulit dan penjagaan dalaman. Saya juga turut mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air yang banyak. Ia dapat membantu kita menjaga kesihatan, kulit dan juga keyakinan diri.”
Pesanan Buat Wanita Tentang Kepentingan Menjaga Kulit
“Buat semua wanita yang saya sayangi, jangan lupa untuk tidak minum minuman yang sejuk kerana itulah yang menggempalkan badan kita dan tidak baik untuk kesihatan. Always be happy in your heart, for yourself and for others. Minum air yang banyak dan jaga pemakanan anda. Walaupun asam pedas tu sedap, tapi berminyak. Walaupun pisang goreng tu sedap, tapi berminyak. Banyakkan minum hot water with lemon, teh hijau dan sebagainya.”
Tip Pilih Warna Tudung Jika Baju Polos & Kain Bercorak, Barulah Tak Nampak Macam ‘Langsir’

Pemilihan warna hijab yang tepat dengan warna pakaian amat penting bagi memastikan kestabilan dari segi penampilan. Oleh itu amat penting bagi memastikan warna hijab yang dipilih mempunyai ‘intonasi’ yang senada dengan pakaian yang disarung ke tubuh.
Apabila terlalu banyak warna yang ‘disumbatkan’ dalam satu penampilan maka tentulah ia akan menyebabkan penampilan seseorang itu kelihatan ‘carca marba.’
Maka sebab itulah bagi memastikan penampilan kelihatan ringkas dan tidak keterlaluan dengan sogokkan pelbagai warna, sedikit ilmu tentang penampilan perlu ada pada setiap hijabi.
Berikut perkongsian Puan Mary tentang cara-cara memilih warna tudung untuk disesuaikan dengan warna pakaian.
Bagaimana memilih warna tudung jika baju polos dan kainnya bercorak?
Saya kongsikan di sini tip ringkas:
Cara 1: Pilih warna tudung yang sama warna dengan baju cuma berbeza kadar kecerahan atau kepekatan warnanya.
Ini boleh dilihat pada contoh paling kiri sekali di dalam gambar berikut. Tudung yang dipilih adalah berwarna biru lembut di mana baju berwarna biru yang lebih pekat.
Cara 2: Gunakan warna neutral kerana warna neutral padan dengan hampir semua warna yang lain. Contoh warna neutral ialah kelabu, coklat, putih, hitam.
Penggunaan warna neutral ini boleh dilihat pada contoh di tengah dan paling kanan sekali di dalam gambar berikut.
Selamat mencuba!
Moga dengan perkongsian ini para hijabi semua mendapat panduan tentang bagaimana untuk menjadikan penampilan diri lebih menarik.
Sumber kredit: Puan Mary