Bagi sesetengah orang, melihat gambar sahaja sudah cukup menggerunkan, apalagi jika diminta untuk melakukannya, awal- awal lagi pastinya ditolak, tetapi berbeza dengan mereka yang pernah melakukannya dan tahu akan kelebihan bekam. 

Berbekam merupakan teknik mengeluarkan darah kotor atau toksik dalam badan dan rawatan yang bukan sahaja disarankan dalam Islam malah terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit. 

KEBAIKAN BEKAM

Bekam dapat memperbaiki aliran darah dalam badan, mengurangkan kesakitan, memberikan ketenangan dan antara ikhtiar untuk kesembuhan. Malah, bekam juga diyakini untuk mengembalikan keserian wajah seseorang kerana hilangnya darah kotor dari tubuh badan. 

Untuk pengetahuan, bekam angin dan bekam darah adalah proses berbeza dimana bekam angin dilakukan dengan menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah. Manakala bekam darah pula adalah proses yang dilakukan selepas bekam angin, dimana kawasan kulit yang disedut akan dicucuk dengan menggunakan jarum khas dan darah akan disedut keluar.

PROSES BEKAM

IKLAN
Sumber gambar: Thomson Chinese Medicine

Proses bekam hanya mengambil masa sekitar tiga hingga lima minit sahaja dengan sekurang-kurangnya menggunakan tujuh kuantiti cawan. Hari ini, rawatan bekam dilihat seakan trend baharu yang kian menjadi pilihan. Ramai juga yang memilih untuk sembuh melalui kaedah rawatan tradisional seperti bekam.

Bukan itu sahaja malah, proses bekam tidak dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu melalui sesi soal jawab terlebih dahulu dimana pesakit akan diajukan beberapa soalan berkaitan sebelum prosedur berlangsung. 

Selalunya, doktor atau pakar akan memeriksa bacaan gula dan tekanan darah pesakit terlebih dahulu bagi memastikan mereka sesuai dan bersedia untuk melakukan rawatan bekam ini. Bekam tidak akan dilakukan kepada pesakit yang tidak menepati syarat kerana takut akan memberikan kesan buruk kepada pesakit. Kebanyakkan pesakit adalah dari mereka yang mengalami masalah strok. 

Bekam tidak boleh dilakukan terhadap ibu mengandung, ibu menyusu, wanita yang sedang haid, kanak-kanak dan juga mereka yang mengalami masalah kulit kronik dan hanya boleh dilakukan sekurang- kurangnya 3 bulan sekali. 

IKLAN
Sumber gambar: Cosmetics Business

TIP SEBELUM BERBEKAM:

1. Digalakkan berpuasa, bergantung kepada keadaan – bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

2. Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

IKLAN

3. Elak minuman manis Selepas bekam

4. Elak aktiviti lasak

5. Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

6. Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

7. Elak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 jam.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI