Kelibat Emma Maembong Di Tanah Suci, ā€˜Dalam Diamā€™ Tunai Umrah Bersama Anak Dan Suami Raih Pujian Netizen!

Share

Sejak awal tahun lalu, laman sosial dilihat dilihat dibanjiri dengan hantaran selebriti-selebriti Malaysia yang teruja menjadi tetamu Allah bersama keluarga mahupun pasangan masing-masing.

Namun, lain pula bagi selebriti jelita yang satu ini, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong apabila kelibatnya bersama suami dan anak kini terlihat berada di tanah suci, Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Jemaah Terserempak Dengan Emma Di Mekah

@zairachematt umrah 2023šŸŒ¹šŸŒ¹šŸŒ¹ #emmamaembong #terjumpasecaraxsengaja #insafftravelumrah ā™¬ Ya Allaho Ya Rahman ā€“ Muhammad Qari Ejaz Ul Haq

Tindakan Emma yang tidak mewar-warkan perkara tersebut di media sosial telah menjadi bualan ramai, sekaligus meraih pujian di kalangan peminat dan warganet.

Artikel Berkaitan: ā€œEmma Rasa Nak MATI, Nafas Tersekat & Ada Benda CUCUK Kat Hatiā€ ā€“ Alami SIMPTOM Ini Sebelum TUMBANG

Perkara tersebut menjadi tular apabila terdapat jemaah yang turut berada di tanah suci memuatnaik sebuah video menerusi akaun penggunaĀ TikTok @zairachematt, memaparkan pelakon filem ā€˜Kimchi Untuk Awakā€™ itu sedang mendukung anaknya sewaktu berada di Madinah.

Ramai Puji Kerjakan Umrah Dalam Diam

Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran video tersebut dan rata-rata warganet menghamburkan pujian diatas tindakan Emma Maembong yang secara senyap melakukan ibadah dan kebaikan.

Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen dan mencuri perhatian Hijabista.

ā€œDia dah pergi senyap2..Tapi orang pulak tolong hebohkan. Mujurlah benda baikā€

ā€œSenyap2 je g umrah rupanya. Allahuakbar semoga mendapat umrah yang mabrurā€

ā€œBagus cara Emma..Tak perlu heboh pun..Tau2 da sampai sana. Alhamdulillah moga kita semua pun dapat jejak ke sana..ā€

ā€œOwh patut la dalam live 2 hari lepas cakap tak live 2 minggu..Senyap2 je dia g umrah..Humble betul..Semoga mendapat umrah yang mabrurā€ tulis wargamaya.

Selain itu, Hijabista juga sempat meninjau laman Instagram milik pelakon itu dan mendapati, Emma Maembong ada berkongsikan perkembangan terbaharunya, dengan memuat naik beberapa rakaman video dirinya dan keluarga ketika berada diĀ Tanah SuciĀ bersama suami dan anak.

Sekadar info, antara beberapa selebriti terkenal tanahair yang telah pergi mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini adalah Intan Najuwa, Zizi Kirana, Puteri Sarah Liyana, Fasha Sandha, Chacha Maembong, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Sumber: Tik Tok @zairachematt & InstagramĀ EmmaĀ Maembong

Artikel berkaitan: Isu Buka Tudung Datuk Hassan al-Hafiz Pesan Emma Maembong Bertaubat, Cari Kawan & Suami Yang Baik

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN