Kulit tubuh yang lembut, halus dan mulus sememangnya menjadi idaman ramai wanita. Kesegaran dan kesihatan kulit tubuh mampu menyerlahkan kecantikan seorang wanita. Penuhi keperluan itu dengan rangkaian produk Good Virtues Co. pastinya pilihan yang tepat untuk anda. Rasai kesempurnaan kecantikan kulit luar dan dalam dengan sempurna.
Gambar: Tudung people active hijab
Sebagai satu produk yang bertanggungjawab menghasilkan produk halal dan menepati kualiti dan standard keselamatan pengguna, sudah pastinya hanya bahan terbaik menjadi pilihan.
Rangkaian Lengkap Penjagaan Kulit
Varian Good Virtues Co. merupakan produk halal yang berasaskan minyak organik Habbatus Sauda. Ia terbukti berkesan mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit. Paling utama Good Virtues Co. bebas SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan dan tentunya Halal dan ‘Suci.’ Tidak perlu ragu-ragu menggunakannya.
Bagi hijabi yang masih tercari-cari produk penjagaan kulit badan yang sesuai, Good Virtues Co. gel mandian anti-bakteria Good Virtues Co. sesuai untuk anda. Ia membunuh kuman dan bakteria sehingga 99.9%.
Ads
Sebagai produk Muslim yang tentunya halal dan suci, rangkaian barisan produk Good Virtues Co. mempunyai rangkaian lengkap produk perawatan diri dengan kebaikan minyak benih hitam organik untuk menyuburkan wajah, rambut, dan badan anda. Juga dikenali sebagai Habbatus Sauda, bahan aktif utama ini cukup dikenali ramai kerana ianya kaya dengan nutrisi semula jadi, mineral dan bersifat anti-oksidan.
Ads
Serlahkan Kecantikan Tanpa Was-was
Bertepatan dengan konsep yang diketengahkan Good Virtues Co. iaitu Celebrate Your Noor, pelbagai rangkaian produk yang sesuai untuk semua jenis kulit boleh anda dapati. Keyakinan dan keterampilan diri seorang wanita itu akan lebih terserlah apabila kecantikan diri terpelihara. Good Virtues Co. mahu anda menjadi dan merasa cantik tanpa sebarang halangan.
Ads
Dapatkan segera produk terbaik berasaskan Minyak Organik Habbatus Sauda, Halal Dan ‘Suci’ dari Good Virtues Co. di Watsons, Giants, Tesco, kedai-kedai dan pasaraya terkemuka. Terdapat juga di portal E dagang Watsons Online. Klik di sini: http://bit.ly/2TWQjW8
Follow dan tag Good Virtues Co. di Facebook: Good Virtues Co. dan Instagram: goodvirtuesco untuk info dan pengalaman menarik sebagai pengguna produk Good Virtues Co.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita sememangnya sinonim dengan aktiviti membeli belah. Kadang-kadang bila terlampau sibuk menguruskan komitmen seharian seperti kerjaya dan keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk shopping, ibarat hilang seketika masalah!
Buat hijabi yang menjadikan shopping sebagai ‘ubat’ untuk menghilangkan tekanan seharian bekerja berita baik ini Hijabista bawakan khusus untuk anda!
Tawaran 11.11 Taobao Malaysia Beri Hijabi Pengalaman ‘Online Shopping’ Luar Biasa!
Buat julung kalinya platform e-dagang Taobao, yang telah lama memasuki pasaran Malaysia, akan mengadakan ‘Tawaran 11.11 ’ dengan tema “Fikir saja, Taobao kan ada” bersempena bulan November ini.
Bagi memudahkan pengguna di Malaysia yang tidak fasih berbahasa Cina, Taobao kini telah menaiktaraf sistem platform e-dagang mereka dengan sistem dalam Bahasa Inggeris.
sekaligus memberi pengalaman membeli-belah kondusif dan optima, serta akses meluas kepada Hijabi seluruh dunia. Seronoknya sis! Tiada lagi ‘Language Barrier’.
Promosi Lebih Besar, Diskaun Lebih Gila & Lebih Jimat
Wanita mana yang tidak sukakan diskaun dan tawaran berganda, ketika membeli belah kan? Mesti hijabi tertanya-tanya apa tawaran istimewa yang Taobao bawakan pada Tawaran 11.11 ini?
Istimewanya, pada tawaran 11.11 Taobao, hijabi boleh menikmati penghantaran percuma sepanjang hari tanpa sebarang pembelian minimum! Hijabi boleh mendapatkan baucar bernilai bernilai RMB35 (bersamaan RM21) tanpa had belian minimum jam 10.00 pagi.
Selain itu, jangan lepaskan peluang, mendapatkan kod promosi bernilai RMB 111 (bersamaan RM 66) pada jam 9.00 malam setiap hari, di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
Anda juga bakal mendapatkan lebih penjimatan, jika membuat pembelian RMB300 (sekitar RM170) keatas, hijabi layak menikmati diskaun sebanyak RMB50 (bersamaan RM29).
Malah, pengguna baharu aplikasi Taobao juga menerima potongan eksklusif sehingga RM90! Sesuai dengan tema ‘Beli Apa Saja Yang Anda Bayangkan’ hijabis bakal menemui produk unik dan luar biasa yang tidak mungkin dijumpai di tempat lain.
Di sini Hijabista senaraikan beberapa barangan menarik yang Hijabi boleh dapat hanya di platform dan aplikasi Taobao.
Topi Bunga Sakura
Hijabista dan fesyen berpisah tiada! Jadi hijabi yang suka bergaya wajib menambah topi bunga sakura comel, berwarna merah jambu ini ke dalam koleksi aksesori anda. Topi yang diperbuat daripada kain felt lembut ini, bakal memberikan keselesaan dan pelengkap gaya sempurna buat si pemakainya!
Tote Beg Kucing ‘Lebah’ Unik
Bagi hijabi pencinta kucing, aksesori ini perlu anda miliki! Tote bag kucing bertemakan lebah comel, bakal memudahkan anda membawa kucing kesayangan pada bila-bila masa. Lebih praktikal dan Insta-worthy tau!
Uniknya, beg ini dilengkapi dengan lubang di bahagian hadapan, membolehkan kucing anda melihat pemandangan, ketika travel bersama hijabi dan menjadikan setiap percutian bersama si bulus lebih bermakna.
Rak Beruang Comel
Rak beruang ini pasti menambah keceriaan dalam bilik tidur hijabi, gaya yang comel dan minimalis amat sempurna untuk mempamerkan buku-buku kegemaran anda. Pendek kata, sejuk mata memandang sis!
Ada lagi yang lebih mengujakan dari Taobao
Lebih mengujakan lagi, Tawaran 11.11 ‘Taobao Karnival G11.11LER!’ juga akan berlangsung secara secara fizikal mulai 7 hingga 10 November ini. Bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam (7 November 2024) dan sehingga jam 1.00 pagi pada (8 November hingga 10 November 2024).
Acara ‘Shopping Haul’ gilang gemilang yang pertama seumpamanya ini, akan diadakan di Tapak Urban Street Dining, Persiaran Hampshire, Jalan Ampang!
Selain itu, majlis berprestij ‘Karnival G11.11LER!’ ini bakal digamatkan dengan persembahan langsung (Live Performance) yang memukau!
Hijabi juga boleh mengisi masa, dengan permainan menyeronokkan seperti bola sepak mini, dadu gergasi dan gashapon sambil mengabadikan kenangan Taobao 11.11 bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan di sudut bergambar (photobooth)
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kod promosi eksklusif Taobao serta pelbagai barangan istimewa untuk dibawa pulang sambil menyemarakkan kemeriahan membeli belah pada ‘Karnival G11.11LER’.
Aplikasi Taobao kini boleh dimuat turun secara PERCUMA di aplikasi Apple Store dan Google Play Store.
Konnichiwa! Kalau nak wajah sihat dan ‘glowing’ macam orang Jepun, sis boleh cuba amalan kecantikan mereka yang ringkas, semula jadi serta tidak menyusahkan. Antara yang mesti ada dalam beauty list adalah Hada Labo Hydrating Lotion ni.
Mengenakan losyen wajah merupakan langkah pertama dalam seni penjagaan muka. Losyen ini dirumus khas untuk melembap serta menyediakan kulit bagi langkah penjagaan seterusnya. Ia juga mampu ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Tak hairanlah losyen ni sangat berpengaruh dan menjadi losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut. Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
KEBAIKAN LOSYEN
1. Lembapan Pintar
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit.
Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul iaitu HA besar, sederhana, Super HA, Nano HA dan Fermented HA untuk penyerapan maksimum ke setiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Bahkan dalam rumusan terkini Hada Labo Hydrating Lotion, tambahan Fermented HA yang pertama di dunia turut membantu memulihkan dan menguatkan rintangan kulit. Hebatnya!
2. Prep Solekan
Hada Labo Hydrating Lotion juga sesuai dipakai untuk prep solekan. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
3. Mengimbangi Air & Minyak
Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semulajadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
4. Kesan Ketara
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
5. Penjagaan Kulit
Komited untuk memberikan hanya yang terbaik kepada kulit, Hada Labo Hydrating Lotion dirumus dengan formula bebas bahan memudaratkan seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
6. Memulihkan Rintangan Kulit
5 jenis HA yang dipatenkan dalam losyen wajah ini cukup berkuasa untuk menguatkan rintangan kulit, menjadikan ia lebih sihat dan mampu mencegah jerawat dan menjadikan kompleksi lebih berseri.
Dalam kesederhanaan, persiapan raya mesti ada. Sempena musim perayaan ini, Go Shop telah menambah satu saluran baharu, GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111). Kegembiraan para pelanggan membeli belah pastinya menjadi-jadi!
Saluran khas 24 jam, GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111) ini mengajak para pelanggan membeli belah produk-produk Go Shop seperti item fesyen, perkakasan rumah, peralatan dapur dan produk Islamik. Sebelum ini Go Shop mempunyai dua saluran lain iaitu GO SHOP RUUMA (CH118) dan GO SHOP GAAYA (CH120).
Pengisian Ramadan dan Syawal disemarakkan lagi dengan himpunan program terhebat melalui saluran ini. GO SHOP RAMADAN & RAYA EDISI KHAS (saluran 111) menampilkan Assalamualaikum Ramadan, Syukur Ramadan, Dapur Selebriti, Stail TV, Go Shop Express dan Diari Rumah.
Program Assalamualaikum Ramadan mengetengahkan pelbagai produk Islamik seperti Al-Quran, telekung dan sejadah. Program Syukur Ramadan pula mempromosikan secara eksklusif pelbagai peralatan memasak Go Shop untuk musim Raya.
Kalau sis suka memasak, boleh tonton program Dapur Selebriti. Sis boleh dapat idea memasak daripada chef selebriti seperti Chef Wan, Chef Florence Tan dan Chef Dr Kamarul melalui saluran ini.
Bergayalah persis Dato Siti Nurhaliza dengan Creacion Khadija Kurung Set. Tersedia dengan tiga pilihan warna, Rose Pink, Lavender dan Mint Green, himpunan Khadija Kurung Set menggunakan fabrik satin crepe. Kurung tradisional potongan labuh berleher longgar ini cukup selesa digayakan di pagi raya. Label lain yang turut ditawarkan ialah Najjah, Farfalla dan Lancaster Polo.
Buat sis yang gemar berfesyen dan sentiasa ‘follow’ trend fesyen terkini, program Stail TV sesuai sangat dengan sis! Ada banyak maklumat trend fesyen terkini raya. Tutorial gaya pun ada. Program selama 30 minit ini memang berbaloi sangat!
Go Shop Express pula adalah program selama 30 minit yang merangkumkan ciri-ciri terbaik produk-produk yang dipromosikan.
Sis boleh dapat semua tip-tip penambahbaikan rumah melalui program Diari Rumah. Dengan gaya persembahan yang lebih santai, hos GO Shop memperkenalkan sesuatu produk serta demo penggunaan produk dalam kehidupan harian. Ini akan membantu penonton untuk melihat sendiri penggunaan dan keberkesanan produk itu di kediaman sebenar.
Pengacara Go Shop, Syakirin Husnal, berkongsi rutin sepanjang ramadan ini. Banyak masanya diluangkan bersama suami untuk solat dan mengaji. Selain menggunakan Al-Quran Mushaf Qiyam ketika berjemaah, Syakirin turut menggunakan Al-Quran Tagging Khas Wanita keluaran Telaga Biru ketika bertadarus.
“Disebabkan tahun ini Syakirin yang kena jadi tukang masak utama waktu malam raya, Syakirin suka sangat guna kuali Cuisineur 32 sm. Rekaannya cantik, kapasitinya sesuai untuk masak buat keluarga kami, dan mudah digunakan sebab ia anti lekat.
Syakirin memilih untuk mengenakan Farfalla Hijab Sophea di hari raya kerana ia mudah disuai padan dengan apa sahaja selain kelihatan simple. Terlihat sopan dan manis digayakan dengan baju kurung. Selepas raya, ia boleh dipakai bersama seluar dan blaus untuk gaya santai dan kasual. Berbaloi sangat!
“Syakirin doakan anda masih boleh menyambut Aidilfitri dengan bahagia dan ceria. Walaupun mungkin kita jauh, tapi tiada apa yang mampu memisahkan hati kita,” ujar Syakirin.
Nak menang kupon? Jom main permainan dalam aplikasi, ‘Go Shop Beraya Game.’ Para pelanggan berpeluang memenangi kupon-kupon bernilai sejumlah RM45,000 sehingga 3 Jun 2020. Caranya mudah sahaja. Hanya buka aplikasi Go Shop, klik pada ikon ‘Go Shop Beraya Game’ untuk peluang memenangi kupon.
Pelanggan juga boleh membeli-belah secara online menerusi laman web, www.goshop.com.my atau muat turn aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store. Pelanggan boleh menonton Go Shop Ramadan & Raya Edisi Khas (saluran 111) dan Go Shop RUUMA (saluran 118) serta Go Shop GAAYA (saluran 120).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...