Kekal Tersenyum Walaupun Sakit Bersalin, Elfira Loy Kongsi Momen Melahirkan Anak Kedua

Share

Permulaan setiap manusia adalah pada saat seorang ibu yang melahirkan. Peritnya mereka itu tidak terhingga, bahkan, sukar untuk dibayangkan momen yang mendebarkan itu.

Begitu juga bagi mereka yang masih tertanya-tanya bagaimana keadaan sebenarnya saat mengandung. Soalan ini banyak di tujukan pada Elfira Loy dan ini jawapannya…

Hebatnya…masih tenang meskipun sedang perit bersalin

Sudah sedia maklum pelakon terkenal tanah air, Elfira Loy, selamat melahirkan anak keduanya pada 20 Mei yang lalu. Ramai yang memberikan sokongan buatnya serta keluarga kerana dikurniakan lagi cahaya mata.

Artikel berkaitan: Dalam Senyap Sudah Selamat Bersalin, Dr Amalina Kongsikan Berita Gembira Bersama Foto Dengan Puteri Sulungnya

Bukan sahaja pelakon berumur 28 itu berkongsi melalui teks malah dia juga memuatnaik video di laman sosial medianya untuk visual yang jelas. Di dalam video itu, Elfira sudah pun berada dalam bilik bersalin dan siap sedia untuk melahirkan cahaya matanya yang kedua, Nut Aria Mikayla.

“Ramai minta tip untuk push, Alhamdulillah Allah SWT permudahkan untuk El dengan bantuan bidan Puan Sharifah,

“Daripada video ini anda boleh dengar sendiri cara bidan terangkan apa yang perlu dilakukan sebelum meneran,” ujarnya.

Meskipun sudah 6 bulan berlalu, masih ada lagi yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ketika bersalin itu kerana ramai bakal ibu yang mengikutinya. Elfira tidak teragak untuk menjawab kerana ia merupakan pengalamannya buat kali kedua.

@elfiraloynurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah

♬ original sound – Elfira Loy

Pada masa yang sama, Elfira juga menjelaskan segala proses yang perlu dilaluinya ketika bersalin. Dia turut mendedahkan bahawa suntikan epdural juga diberikan untuk mengurangkan rasa sakit.

Elfira juga memaklumkan dia pernah mengambil juga suntikan itu saat melahirkan anak sulungya, Muhammad Rayyan Khalaf. Jadi dia tidak khuatir untuk melakukannya buat kali kedua.

“El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby…sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm,

“Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih penat dan macam tidak boleh bernafas,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: Raja Farah Seronok Dapat ‘Baby Girl,’ Selamat Bersalin Anak Ke Tiga

Bukan sahaja detik cemas itu menjadi pehatian orang ramai, malah, reaksi wajah Elfira yang tenang membuatkan ramai yang tertanya tidakkah dia berasa sakit? Elfira jelaskan mengapa dia masih tersenyum oleh kerana mendapat support daripada bidan di hospital.

“Dalam klip ini, anda ada nampak El senyum…senyum sebab bidan dah pesan; ‘kalau muka buruk, salahlah teran tu.’,

“Punyalah takut, rupanya tersenyum saya. Masa itu tak perasan pun senyum, cuma ‘control‘ sahaja,” katanya lagi.

Ulas Elfira, jika mimik muka berubah buruk maksudnya teknik itu salah dilakukannya. Maka, ia sangat memainkan peranan untuk memudahkan urusan bersalin.

Sumber: mStar dan Elfira Loy

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN