Siapa yang tidak mengenali artis wanita berhijab ini yang memiliki pesona yang begitu anggun! Sentiasa tampil cantik berseri dan memiliki bentuk tubuh badan yang menawan, pasti memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk kekal cantik sepertinya.
Nama Bella Dally tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni Malaysia. Bukan sahaja memiliki gaya fesyen dan personaliti yang menarik, malah gaya sihat yang dikongsikannya di lama Instagramnya turut menjadi fokus utama wanita di Malaysia untuk mengimpikan kehidupan sepertinya.
Ads
Umum tahu bahawa Bella menyintai dunia berbasikal. Acapkali memuat naik videonya berbasikal ternyata memakai hijab bukanlah alasan untuk dirinya tidak aktif. Pun begitu, selain berbasikal, Bella juga turut melakukan senaman kardio seperti HIIT Cardio dan juga jogging. Bella juga turut kongsikan videonya melakukan senaman kardio di laman Instagram miliknya.
Seperti apa yang diterangkan menerusi ‘caption’ video itu, Bella juga turut kongsika beberapa info mengenai senamannya. Menurut Bella, dia sering melakukan senaman pada waktu pagi kerana pada masa itulah tubuh badannya penuh dengan tenaga berbanding dengan waktu-waktu yang lain. Bukan itu sahaja, malah Bella juga turut nyatakan dia berasa lebih rajin dan bersemangat di waktu pagi!
Ads
Tambahnya juga, selain berbasikal, dia melakukan senaman kardio dan juga senaman kekuatan seperti mengangkat ‘dumbbell’. Oleh kerana rasa segar yang dirasai selepas bersenam, Bella melakukan senaman ini 4 hingga 5 kali seminggu!
‘Di syurga kita kan bertemu kembali….alfatihah…ucapan terakhir buat isteri tercinta yang telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Walaupun kisah cinta mereka terhenti di alam realiti, namun keduanya pasti akan bertemu di syurga nanti. Itulah harapan mualaf, Taufik Abdullah yang akhirnya kehilangan isteri tersayang, Nurliyana Abdul Raziff malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Kisah cinta pasangan ini cukup viral baru-baru ini apabila Taufik sanggup menjaga isterinya yang disahkan penghidap Para Tiroid dua tahun lalu. Biarpun fizikal Liyana sudah berubah disebabkan penyakit dideritai, namun Taufik tetap setiap berada di sisi hingga akhir hayat mereka.
Pada 13 April lalu Liyana telah menjalani pembedahan bagi membuang kalenjer Para Tiroid di bahagian lehernya. Selepas pembedahan itu, LIyana terpaksa dibedah sekali lagi bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badannya tinggi.
Pasangan ini telah hampir sembilan tahun berumahtangga sebelum diuji dengan penyakit yang boleh membahayakan nyawa ini. Ternyata kisah cinta mereka bukan berlandaskan kesempurnaan semata-mata, bahkan apabila fizikal Liyana sudah tidak seperti sebelumnya suami tercinta tetap ada untuk menemani.
Mereka bertemu ketika sama-sama bekerja di tempat sama pada tahun 2011. Biarpun tahu isterinya itu mempunyai masalah buah pinggang sebelum berkahwin, tetapi dia tetap mahu melamarnya sebagai isteri.
Liyana disahkan penghidap Para Tiroid sejak 2016 lagi dan penderitaan yang dihidapi semakin teruk apabila tulang rahangnya semakin membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan juga mempunyai masalah pendengaran.
Hijabista doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan semoga Taufik akan tabah menghadapi segala dugaan dari Tuhan.
Netizen yang turut mengikuti kisah mereka turut mengucapkan takziah masing-masing mendoakan agar arwah tergolong dalam golongan orang-orang soleh.
Ada beberapa perkara yang masih belum anda ketahui mengenai teh yang menjadi kegemaran ramai ‘chai’. Selain sangat enak, minuman yang menjadi penggemar lepak di kedai kopi terutama apabila disediakan dan diminum tanpa susu, mempunyai banyak manfaat untuk kulit anda.
Teh hitam memberi manfaat bukan hanya kepada sistem ketahanan badan anda, tetapi juga pelbagai proses dalaman yang memberi permulaan kepada badan anda pada waktu pagi.
Seni minuman teh telah dinaikkan dari ‘masala chai’ klasik menjadi teh putih bunga yang lebih mewah yang terasa seperti syurga dalam cawan. Tetapi teh hitam yang kuat masih menjadi perhatian ramai. Manfaat kesihatan dan kesejahteraan, teh hitam membantu kulit anda dengan pelbagai cara yang tidak anda sedari! Ia mempunyai antioksidan dan fitonutrien yang membantu menghilangkan toksin dari badan dan memulakan proses penyembuhan kulit.
Teh hitam memberi manfaat kepada kulit anda dengan mensasarkan jangkitan dan cela kulit. Ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan bengkak. Dikemas dengan bahan kimia seperti polifenol dan tanin, juga mendorong pertumbuhan semula kulit.
Berikut adalah enam manfaat the hitam dan faedah kulit yang boleh anda perolehi daripada minum teh hitam setiap hari:
Salah satu faedah minum teh hitam ialah membalikkan dan melambatkan penuaan sehingga menjadikan kulit kelihatan dan terasa jauh lebih muda dari sekarang! Antioksidan dan polifenol yang terdapat dalam teh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan pembentukan kedutan pramatang. Beberapa kajian juga menunjukkan teh dapat menekan gen yang membunuh kolagen yang terdapat di kulit anda juga menggalakkan penghidratan.
Sekiranya anda kurang rajin mungkin terlupa memakai pelindung matahari satu atau dua kali pada bulan lalu. Anda bernasib baik sekiranya penggemar the hitam. Banyak kelebihan minuman halus ini termasuk menyembuhkan kulit anda dan membina penghalang kulit yang lebih kuat daripada kerosakan akibat cahaya matahari. Pendedahan kepada sinaran UV boleh menyebabkan banyak masalah pada kulit seperti pigmentasi, bintik-bintik gelap dan tompok-tompok kering. Tetapi minum teh hitam setiap hari dapat membantu meningkatkan potensi melawan kulit anda terhadap masalah yang disebabkan oleh terlalu banyak pendedahan UV. DIY masker muka daun teh juga merupakan resipi penyejuk untuk menenangkan kulit anda pada akhir hari yang panas!
Kulit akan terus membentuk, menyembuhkan dan meregenerasi dirinya sendiri. Hanya kerana kita tidak dapat melihat prosesnya dengan mata, tidak bermaksud itu bukan sebahagian besar dari menjaga kesihatan kulit anda. Fakta menarik: kira-kira 30% habuk yang terkumpul di rumah anda adalah kulit mati!
Memandangkan seberapa cepat kulit anda tumbuh semula, ada baiknya memasukkan bahan-bahan meremajakan dalam makanan anda. Teh hitam yang adalah salah satunya dan membantu mempercepat proses penyembuhan kulit dan meremajakan kulit dari dalam hingga luar. Teh hitam juga membantu mengurangkan keradangan dan merangsang pengeluaran kolagen.
Jangkitan kulit; disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan mikroba, adalah salah satu aduan utama wanita yang mempunyai kulit sensitif. Dengan secawan teh hitam, yang mengandungi katekin dan flavonoid dapat membantu anda melawan jangkitan kulit.
Selalu disarankan untuk mengunjungi pakar dermatologi jika anda mendapati jangkitan kulit yang berulang. Paling tidak, akan membantu anda menghidrat kulit kering sambil mengelakkan jangkitan!
Pelbagai produk kecantikan untuk menyembunyikan cela itu, bukankah mengagumkan jika mempunyai penyelesaian alternatif? Teh hitam mempunyai kesan pemutihan kulit. Antioksidan yang terdapat dalam minuman ini dapat membantu membuang toksin dari badan anda dan mengurangkan penampilan noda. Secawan teh hitam panas setiap hari akan memberi anda kulit yang bersinar secara semulajadi dan warna yang sekata.
Setelah selesai minum minuman teh hitam, anda boleh mendapatkannya terus di wajah anda! Teh hitam adalah penawar cepat untuk mata yang bengkak dan dapat membantu mengurangkan kantong mata bawah anda dalam masa kurang dari 30 minit. Celupkan kapas di dalam teh hitam sejuk dan letakkan di mata anda sekali sehari. Anda akan melihat pengurangan bengkak mata di bawah hanya dalam beberapa minggu!
Pelbagai penyelesaian dengan teh hitam ini, namun jika anda bukan penggemar teh manfaat kecantikan teh hitam boleh terdapat pada rangkaian produk kecantikan innisfree.
Reset Concentrate ™ – ramuan berpotensi memenuhi teknologi pengekstrakan yang sangat baik. Pelbagai teh hijau eksklusif Innisfree yang dijumpai setelah penyelidikan yang mendalam telah diperam secara semula jadi dan menjadi ‘Teh Hitam’. Untuk memastikan bahawa semua antioksidan dan sebatian anti-penuaan yang kuat diekstrak. Teh Hitam kemudian dimasukkan ke dalam air mineral selama 12 jam. Melalui kaedah pengekstrakan proprietari ini, Reset Concentrate ™ bahan aktif yang kuat telah dihasilkan.
Mengatasi semula keletihan kulit hanya dengan sekali penggunaan. Gunakan sekali sebelum tidur dan rasakan kesan tetapan semula reset concentrate ™. Night Defence Formula ™ melindungi kulit dengan mewujudkan penghalang pelindung dan menjaga kelembapan kulit anda sepanjang malam.
Krim malam dengan faedah pelembab dan nutrien yang kaya dengan asid hiluronik dan bahan pelembap. Ia melegakan rasa sesak pada kulit yang kering setelah mencuci muka dan formula berkhasiatnya membungkus kulit dengan selesa untuk memberikan manfaat pelembap dan pengencangan pada masa yang sama. Formula seperti lilin mencair dengan lembut pada suhu kulit, meningkatkan penyerapan bahan aktif yang cepat sambil meninggalkan kemasan yang menyegarkan.
Kabus berembun ini yang mengandungi panthenol sebagai agen pelembap yang menghidrat kulit serta merta untuk menghilangkan rasa kering dan mencerahkan kulit. Kabus kalengan dengan zarah mikro (dipenuhi nitrogen). Gunakan kabut seperti kabut ini dengan mudah dengan zarah-zarah ultra halus dan daya pemyemburan yang sangat baik pada langkah toner rutin penjagaan kulit anda atau setiap kali anda merasa wajah anda kering.
Mengatasi semula garis-garis halus dan kesan keletihan di sekitar mata. Serum mata intensif ini membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan tanda-tanda keletihan dari kawasan mata yang rapuh. Serum ini mempunyai formula jenis gel yang boleh digunakan pada kulit dengan kuat dan menyebar dengan mudah tanpa meninggalkan rasa melekit, yang membolehkan komponen anti-kedut dan pencerah yang aktif diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebuah penghijrahan itu pastinya memerlukan sebuah hati yang kuat serta bermula dari niat yang ikhlas. Baru-baru ini, Datuk Fizz Fairuz berkongsi sebuah klip video pendek isterinya yang juga seorang pelakon, Almy Nadia berimej baru dengan memakai hijab.
Perkongsian di laman Instagramnya itu disertakan dengan sebuah kapsyen ringkas namun bermakna, menzahirkan rasa syukurnya apabila isterinya mula berjinak-jinak menyarungkan hijab. Ternyata, ia merupakan salah satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT yang membuatkan dirinya berasa sebak.
Pelakon Almy Nadia yang pernah popular dengan drama Dunia Baru ini kelihatan ayu dan molek dalam video berkenaan. Video tersebut juga menunjukkan bahawa Fizz Fairuz sekeluarga berlibur di taman tema, Legoland, Johor Bharu.
Bukan sahaja Fizz Fairuz, malah warganet juga turut berkongsi rasa teruja dan gembira apabila melihat imej baru Almy Nadia yang dikongsikan oleh suaminya itu di laman media sosial. Rata-rata pengguna media sosial memuji wajah Almy yang kelihatan comel dan berdoa agar Amly terus istiqomah dengan penampilan yang terbarunya itu.
Di samping itu juga, ada yang turut memuji Fizz Fairuz kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan begitu cemerlang sehingga isterinya itu sudah mula menyarungkan hijab.
Sekadar info, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan sejoli ini dikurniakan empat orang puteri hasil dari perkahwinan tersebut.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.