Solekan gaya natural bukan sahaja menjadikan keseluruhan wajah tampak eksklusif, malah ia meraikan konsep ‘less is more’ dalam menatarias wajah anda.

Biarpun kelihatan ringkas dan sederhana, namun gaya solekan natural ini harus dilakukan dengan teknik yang betul! Pemilihan produk solekan yang tepat juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan keseluruhan gaya ini. Ayuh lakukan perkongsian ini untuk gaya solekan natural!

1. Krim

Sumber gambar: Prevention

Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memeprbaik tekstur keseluruhan.

2. Bedak Asas

Sumber gambar: Be Beautiful

Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.

IKLAN

3. Palet Mutiara

Sumber gambar: Maybeline

Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look ashy. Pilih rona champagne.

4. Beige Pencil

IKLAN

Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.

5. Pemerah Pipi

Sumber gambar: Good Housekeeping

Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.

IKLAN

6. Gincu

Sumber gambar: Little Spree

Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu neutral sehingga sebati dengan warna kulit.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI