Tubuh yang fit dan cergas menjadikan kita bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas seharian. Apabila tubuh lemah tidak bertenaga, kita jadi malas untuk buat kerja. Ya! Memang kita boleh amalkan makan suplemen tetapi jika kita ada pilihan yang semulajadi, bukankah ia lebih baik.
Berikut perkongsianĀ Suhaili Ellie Mohamed Tauhid via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Istimewanya petua ini bukan sahaja elok diamalkan oleh ‘mak-mak dara’ tetapi juga sesuaikan diamalkan oleh anak-anak dara. Selamat Mencuba!
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa.
Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya.
BAHAN ASAS
Untuk 3-5 kali minuman
2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
2-3 ketul kunyit hidup
1 biji manjakani
3 inci Halia
1 sudu besar gula melaka
2-3 sudu asam Jawa
3 gelas air masak