Kesihatan kulit bermula dengan proses penjagaan rapi dan sempurna selain pengambilan sajian seimbang. Rutin penjagaan sempurna perlu dilakukan berterusan bagi mendapatkan kulit yang sihat kekal segar dan anjal.

Selain amalan perawatan kulit wajah yang konsisten, urutan wajah juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit wajah yang yang anjal dan berseri.

Tujuan mengurut wajah ialah untuk menjaga, mengekal kecantikan dan membaiki kulit wajah. Apabila wajah diurut dengan cara yang betul, kulit akan bertambah cantik dan licin Maka sebab itulah amalan mengurut wajah perlu dilakukan secara konsisten. Barulah hasilnya memuaskan hati.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II

Jika mahu urut wajah, sama juga dengan badan perlu tahu di mana letaknya lymph node. Begini sebenarnya. Apabila urut dan hantar ke arah lymph node tu, ia umpama kita sapu sampah masuk dalam tong sampah. Setiap pagi lori sampah datang kutip sampah dan buang ke tempat sepatutnya. Jadi rumah kita pun bersih.

Begitu juga dengan urut. Urut ikut arah buang ke lymph node, tengah malam nanti, bila kita tidur, hati(liver) akan operasi kutip toksin di setiap lymph node dan kemudian akan proses singkirkan toksin itu. Toksin biasa keluar melalui sistem perkumuhan iaitu melalui peluh. Apabila kita tidur, peluh keluar tau kita bangun esok nak buang air kecil. Sebab tu kena minum air secukupnya. Air yang cukup dapat bantu kulit jadi lembap dan dapat flush out toksin.

IKLAN

Kulit kita ada toksin. Bila toksin banyak, kulit akan nampak kusam. Jadi, bila urut dengan arah yang betul, bukan saja toksin dapat disingkirkan malah, darah pun jalan elok dan buat wajah nampak berseri!

Urutan of kos macam macam teknik ada, tapi awak kat rumah pakai miracle love potion elixir tu urut cara basic seperti rajah di bawah pun dah boleh nampak kesan tau. Tapi, kena konsisten lah yeee..

Dalam elixir itu sudah ada bahan-bahan premium yang membantu untuk singkirkan toksin. Apabila ditambah dengan urutan yang betul memang kesan lagi bagus.

Nak urut muka, minyak boleh buat sendiri. Bahan pun senang cari. Ini bahan-bahannya:
1. 2 sudu besar serbuk kopi
2. 50 ML minyak kelapa dara
3. Beberapa titis miracle love potion elixir

IKLAN

Panaskan guna kaedah double boiler. Kacau 10-15 minit. Perap semalaman sebelum guna. Lagi lama perap, lagi bagus. Lepas tu boleh urut wajah. Caffein memang bagus untuk kulit. Cubalah!

Nota kaki:
*Urut 2-3 kali setiap hari selama 5-10 minit sangat direkemen.
*Miracle love potion elixir boleh order dengan Nur Sheema Spa
*Lepas urut tidak perlu cuci muka. Boleh terus pakai krim dan sebagainya. Pastikan bila urut tidak guna banyak minyak.

Tahukah anda, selain daripada menggunakan pelbagai rejim kecantikan pada wajah, urutan juga boleh membantu memperlihatkan wajah anda kelihatan lebih muda,sihat dan berseri. Ramai yang tidak tahu akan kebaikan konsisten mengurut wajah. Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke spa kecantikan, anda boleh lakukan langkah asas urutan wajah di rumah.

Antara kebaikan urutan wajah ialah:

IKLAN

*Melancarkan peredaran darah. Salah satu mengapa wajah kelihatan kusam adalah kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Apabila peredaran darah menjadi lancar, ia akan membekalkan kandungan oksigen yang secukupnya di dalam liang-liang saraf permukaan kulit wajah.

*Dapat menyingkirkan toksin atau kotoran yang tersembunyi pada sel-sel kulit. Selama ini, wajah anda sering terdedah dengan kotoran, debu, habuk, mekap yang tebal dan sebagainya. Ini akan menyebabkan liang pori tersumbat. Mungkin anda berpendapat, dengan membersihkan wajah kotoran sudah hilang. Ya benar, tetapi tidak salahkan jika anda melakukan sesuatu yang esktra untuk penjagaan wajah.

*Dapat memberikan rangsangan yang lembut dan efek rileks pada wajah. Urat- urat wajah yang tegang juga boleh menyebabkan wajah anda cepat letih, tidak bermaya dan munculnya garis halus penuaan.

*Dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Urutan pada kawasan mata, akan merangsang peredaran darah dan menghilangkan kesan mata panda. Rutin mengurut wajah ini juga membuatkan sel-sel kulit menjadi lebih aktif agar ia mudah menyerap air dan kandungan sesuatu produk seperti pelembap dan serum. Dan yang pasti, urutan wajah akan buatkan wajah anda kelihatan lebih runcing dan kekal awet muda.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II dan akmaspa.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI