Perkara yang paling malas dilakukan oleh setiap wanita adalah membuang solekan pada wajah. Memang nampak leceh tapi anda perlu membersihkan solekan pada wajah supaya tidak ditumbuhi jerawat. Antara solekan yang sukar untuk dibuang adalah gincu bibir.
Jika anda sedar, terdapat banyak gincu bibir di pasaran yang melekat pada bibir dan sukar untuk dihilangkan. Anda perlu membuang gincu pada bibir supaya bibir anda tidak kering dan rosak. Tetapi, yang buat mood anda hilang bila makeup remover anda habis ketika mahu buang solekan pada wajah.
Nah, jangan risau kerana Hijabista ada jalan penyelesaiannya. Apa kata anda gunakan 6 bahan alami sebagai pengganti untuk menghilangkan solekan pada wajah.
1. Timun
Timun boleh digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah anda. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengisar timun hingga hancur. Air kisaran tersebut boleh digunakan untuk digosok pada wajah dengan lembut. Kalau solekan tak hilang sepenuhnya, anda boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun.
Ads
2. Baking Soda + Madu
Cara yang paling mudah untuk menghilangkan gincu pada bibir anda. Anda hanya perlu tuangkan sedikit madu pada tuala dan tambahkan sedikit baking soda. Gunakan bahan campuran yang telah diletakkan pada tuala untuk menggosok bibir dan menghilangkan gincu bibir tersebut.
3. Minyak Zaitun
Ads
Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan untuk menghilangkan gincu bibir anda terutamanya gincu bibir jenis cecair atau gincu bibir yang boleh tahan lebih lama. Selain itu, minyak zaitun juga lembut dan ringan dibibir. Bibir juga tidak akan jadi rosak bila digosok.
4. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tidak hanya memberi nutrisi pada rambut dan kulit, ia juga boleh menghilangkan gincu yang dioles pada bibir. Gosokkan minyak kelapa tersebut pada bibir hingga gincu tersebut menghilang.
Ads
5. Yogurt
Yogurt boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Perlu anda tahu bahawa yogurt juga boleh melembapkan bibir anda.
6. Susu
Ternyata susu boleh menghilangkan kesan gincu yang melekat pada bibir. Cuma, sapukan sedikit susu ini pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Susu juga boleh digunakan untuk menghilangkan solekan mata waterproof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biji labu yang kecil tetapi berkesan adalah kuasa besar nutrien. Ketahui cara makan biji labu dan masukkannya dalam diet harian anda.
Biji labu semakin menjadi pilihan snek yang popular. Orang ramai menukar makanan ringan yang diproses seperti biskut atau wafer dengan biji labu. Ada beberapa cara bagaimana untuk makan biji labu dan memasukkannya ke dalam diet harian anda.
Biji labu adalah bahagian buah labu yang boleh dimakan dan rasanya manis. Ia lebih dikenali sebagai pepitas atau kuaci. Biji-bijian ini sangat berkhasiat dan tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh menjadikan ini sebagai sebahagian daripada diet anda.
Jangan nilai benih hijau kecil ini dengan saiznya. Walaupun bersaiz kecil, biji labu penuh dengan vitamin dan mineral, malah boleh membantu dalam melawan beberapa penyakit kronik.
Dipenuhi dengan antioksidan dan menjadi sumber yang kaya dengan fosforus dan magnesium, biji labu sangat bagus untuk kesihatan jantung kita dan mengurangkan risiko strok jantung. Sebagai sumber semula jadi tryptophan, biji labu menggalakkan tidur. Kajian juga menunjukkan bahawa biji labu mempunyai sifat anti-kanser yang boleh menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser payudara dan prostat.
Terdapat banyak cara di mana seseorang boleh memiliki biji kacang ini tetapi berikut adalah 5 cara yang sihat untuk memasukkan biji labu dalam diet harian anda.
Cara terbaik dan paling mudah untuk makan biji labu adalah dengan mula memakannya. Simpan ia dalam balang kecil dan makan pada bila-bila masa anda mahu. Terdapat banyak jenis yang terdapat di pasaran seperti masin atau karamel tetapi yang terbaik adalah untuk membuatnya kosong dan menikmati rasa manis dan pedasnya!
Apa sahaja yang anda masak, manis atau sedap, akan diperkaya dengan hiasan biji labu. Sama ada bijirin sarapan pagi anda, salad atau pencuci mulut seperti kek cawan atau puding, anda boleh taburkan beberapa biji labu di atasnya untuk menjadikannya lebih rangup, berperisa dan berkhasiat.
Anda boleh membuatnya dibakar atau ditumis. Boleh memasaknya dalam salah satu hidangan kuah kegemaran atau anda boleh mengambil beberapa biji dan menumisnya dalam sedikit minyak zaitun atau mentega. Ini akan memberikan kerisik pada biji labu anda dan meningkatkan rasanya.
Anda boleh membuat salad-cum-chaat yang sihat dengan biji labu. Cincang sedikit bawang besar, ketumbar dan cili hijau ke dalam biji labu dan perahkan sedikit perahan limau nipis dan masukkan garam secukup rasa. Campurkan dan anda telah menjadikan satu hidangan lazat chaat biji labu!
Biji labu boleh menjadi tambahan yang sihat kepada smoothie sarapan anda. Semasa membuat apa-apa jenis smoothie, pisang, blueberry atau mangga, tambahkan segenggam biji labu yang telah direndam dan gaulkan bersama.
Ini adalah kalori yang tinggi dan boleh menyebabkan berat badan anda bertambah jika tidak dimakan dalam kuantiti yang betul. Satu perempat cawan biji labu setiap hari adalah cukup baik untuk mendapatkan manfaat kesihatan tanpa meningkatkan kiraan kalori anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun lagi dua minggu nak sambut raya, tapi semangat bangun sahur tetap membara seperti biasa. Untuk mengelakkan rasa jemu setiap hari bersahur makan nasi, apa kata anda pilih hidangan lain untuk menggantikannya. Seperti perkongsian wanita ini Noraini Abd Samad yang memberi cadangan pilihan menu minum susu badam untuk breakfast. Jadi amat sesuai sekali amalkannya waktu bersahur.
Menurutnya susu badam ini rasa lemak manis dan berkrim dan ia tak muak. Boleh diminum begitu sahaja ataupun masukkan adunan bagi yang mahu membuat kek, biskut atau roti.
Kelebihan lain minum susu badam ini adalah boleh mendapatkan berat badan ideal jika selalu mengamalkan pengambilannya. Sajian ringkas ini sangat sesuai diamalkan untuk yang malas bersahur dengan nasi.
Admin cadangkan juga boleh tambahkan kurma dalam susu badam berkenaan. Dan pastinya anda akan rasa kenyang seharian hinggalah waktu berbuka.
Bukan sahaja kurma, badam juga mempunyai banyak khasiatnya dalam membantu mengekalkan tenaga pada tubuh.
Pernah dengar susu badam (almond milk)? Nak buat pun senang sangat! Bahan pun dua je. Boleh follow step-by-step melalui gambar di bawah. Klik je gambar tu untuk cara-cara yang lengkap.
Rasanya lemak-lemak manis almond dan sedikit berkrim. Tak muak. Sedap diminum begitu saja ataupun dimasukkan ke dalam adunan kek, biskut dan roti untuk rasa badam yang lebih mewah.
Kalori susu almond sangat rendah berbanding susu lembu dan susu kambing. Maka sesiapa yang dalam proses nak achieve ideal body weight ramai yang terjatuh cinta dengan almond milk. Khasiat pun banyak.
Saya suka guna almond milk bila buat overnight oat dan smoothies. Makan waktu breakfast, masak, ataupun bila-bila masa yang sesuai.
Nak jadikan sebagai creamer untuk apa-apa jenis minuman pun boleh. Non-dairy, plain without refined sugar, definitely a healthy yet delicious substitute!
Silakan #share supaya kawan-kawan lain pun boleh try juga.
Bahan-bahan:
200 g badam mentah (raw almond) 4 cawan air tapis atau air mineral atau air masak. Mana-mana pun takpe.
Cara-cara:
1. Rendam badam satu malam. 4 hingga ke 6 jam dah mencukupi.
Esok paginya kena buang air rendaman tu. Kenapa? Sebab dalam tu dah ada phytic acid. Lain kali je lah kita cerita topik tu. Sekarang kita fokus pada almond yang kita dah rendam malam tadi.
Tapis almond dan basuh lagi dengan air tapis.
Kalau kau orang nak buang kulit almond tu pun boleh. Taknak buang pun takpe.
3. Masukkan 4 cawan air tapis dan almond yang dah direndam tu ke dalam blender.
4. Blend sampai lumat almond tu. Masa ni kau orang akan teruja bila nampak warna jernih air bertukar jadi putih susu! Tapi untuk first timer je la kihkih. ‘Dah jadi almond milk aku ni.’ (Bolehla tepuk bahu sendiri).
Berapa lama nak blend? Sampai kau rasa almond tu lumat.
5. Tapis almond guna nut milk bag. Saya pakai penapis teh je sebab dah siap ada pemegang dawai tu.
Tapi sebaiknya jangan guna penapis yang sama dengan teh. Sebab takut rasa bercampur walaupun dah basuh! Kang ke laut pulak rasa almond milk korang tu nanti.
6. Perahla. Dah namanya susu mesti kena perah woih.
Tadaaaa! Siap dah almond milk korang. Senang sangat nak buat. Tanpa pengawet, perisa tiruan dan pewarna. Dan pastinya lebih pekat rasa almond berbanding susu almond yang kita beli di kedai. Cuba tengok label bila beli almond milk, berapa peratus almond yang dimasukkan dalam sebotol/ sekotak susu tu? Usually less than 10 %. Selebihnya air dan bahan pengawet.
7. Kalau korang nak berlemak sikit, boleh tambah garam.
8. Kalau nak susu perisa vanilla, tambahla dengan ekstrak vanila.
9. Nak perisa coklat, tambah pure cocoa powder.
10. Strawberry pun boleh. Blend aje buah tu, tapis masuk dalam almond milk.
11. And last but not least, tambahkan pemanis yang korang suka. – Madu? Stevia? Coconut sugar? Dates? Ikut suka korang. My preference is always date nectar (pemanis kurma)
P/s:
i) Sila habiskan susu almond ni dalam tempoh 4 ke 5 hari. Disebabkan kita tak letak sebarang pengawet, susu ni tak mampu tahan lama walaupun dalam peti sejuk.
ii) Lepas simpan dalam peti sejuk, pemisahan air dan larutan kacang badam adalah perkara biasa. Puncanya sebab kita tak letak stabilizer. Susu almond yang dijual di luar dimasukkan dengan stabilizer. Sebab tu pemisahan ni tak berlaku. Untuk homemade almond milk, bila kita nak minum, hanya perlu goncang sahaja. Rasanya tetap sama.
12. Lepas tapis akan ada serbuk almond ni. Boleh keringkan dan jadikan tepung. Tepung tu korang boleh buat waffle, pancake (lempeng) ataupun apa-apa jenis dessert.
13. Boleh juga dijadikan sebagai healthy granola bar recipe. Ataupun base cheesecake. Dan banyak lagi sebenarnya kegunaan serbuk almond ni.
Siapa cakap healthy food ni tak sedap?
InsyaAllah kalau selalu bereksperimen dengan bahan semulajadi kat dapur, dan kena dengan cara yang betul, anak-anak kecil pun akan jatuh cinta dengan healthy food compared to store-bought food.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Genap seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan Nasional dibawah naungan beliau.
Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya menemui kata putus setelah beberapa kali tertangguh, ini sekaligus menamatkan teka-teki mengenai tarikh sebenar pengumuman senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.
Daripada jumlah keseluruhan Jemaah menteri, lima daripadanya adalah wanita-wanita hebat yang dipertanggungjawabkan menyadang jawatan penting untuk bersama membangun negara.
1. Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri dilahir pada 5 Ogos 1961, beliau merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini sekali dilantik sebagai ahli jemaah menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan, menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga turut merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.
2. Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said dilahirkan pada 31 Disember 1963. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO.
Sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
3. Fadhlina Sidek
Fadhlina Binti Sidek merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16,293 undi.
Terdahulu, Senator Fadhlina Sidek merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kini beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
4. Hannah Yeoh
Hannah Yeoh Tseow Suan dilahirkan pada 9 Januari 1979 merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Kini Hannah Yeoh memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan
5. Dr. Zaliha Mustafa
Dr. Zaliha Mustafa adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P141 Sekijang pada PRU ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,734 undi.
Dr Zaliha binti Mustafa telah dilahirkan pada 28 Jun 1964 dan merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik. Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Untuk rekod, pengumuman Jemaah Menteri berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Anwar menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen dan di laman sosial.
Senarai kabinet Anwar, merupakan antara maklumat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, selepas beliau pada sidang akhbar pertama menyatakan saiz kabinet di bawah pimpinannya adalah kecil.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.