Sejak mengumumkan sudah berkahwin, pasangan ini dilihat begitu romantis sekali. Dalam mood percutian ‘honeymoon’, kedua-duanya seakan tidak boleh berenggang dan sifat manja pasangan ini begitu terserlah dalam video yang dimuat turun netizen di laman sosial. Inilah yang dikatakan nikmatnya bercinta selepah nikah. Pasangan yang selamat bergelar suami isteri 27 November lalu kini jadi perhatian dan dianggap antara yang trending. Apakah keistimewaan Fattah hingga mampu menawan hati Fazura yang dikatakan sebelum ini begitu tegar memikirkan soal kerja.
Mungkin ciri-ciri lelaki sebegini yang perlu wanita di luar sana cari untuk memilih calon suami. Maklumlah tidak mudah mencari mereka yang jujur dan betul-betul mencintai pasangan mereka seadanya.
Dalam satu temu bual, Fazura mendedahkan 4 perkara istimewa suami pilihannya ini.
1. Seorang lelaki yang berani
“Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”
Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.
“Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama. Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”
Empat ciri inilah yang menyebabkan si dia boleh jatuh hati. Dan rasanya empat ciri ini sudah memadai jika ada di kalangan hijabi yang mahu mencari calon suami.
Apa yang penting bakal suami itu seorang yang mempunyai ilmu agama dan begitu mementingkan keluarga. Jika ada ciri-ciri ini usah berpaling untuk mencari orang lain. Insya-Allah.
Siapa yang tidak mengenali pelakon ini yang popular sekitar tahun 90-an. Norzizi Zulkifli adalah anak kepada pasangan aktor Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang sangat berbakat dalam bidang lakonan yang diceburi sejak usianya masih kecil lagi.
Namun kelibat Zizi dalam industri agak jarang dilihat disebabkan dia sudah berkahwin dan juga rupa-rupanya sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di University Of Wollongong, Australia. Dalam masa sama Norzizi juga merupakan pensyarah dan merupakan Ketua Pusat Pengajian Teater di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara, (UiTM).
Ternyata penantian dan pengorbanan selama ini berbaloi apabila Jumaat lalu, beliau menerima surat tamatnya pengajian peringat Doktor Falsafah (PHD). Dalam satu postingnya di laman instagram, Norzizi memberitahu tiada apa yang dapat menggambarkan perasaannya ketika ini. Dia bersyukur dengan perjalanan dilalui setelah pelbagai dugaan terpaksa diharungi selama beberapa tahun ini.
Malah pelakon yang juga ibu kepada tiga cahayamata ini turut berkata dia beruntung kerana mendapat sokongan padu serta yang menjadi tulang belakang iaitu suaminya, Bayu Utomo Radjikin. Juga tidak ketinggalan tiga orang anak-anaknya, Muhammad Armada Jiwa, Tulis Jiwa Ramadan dan Indah Hening Kasih yang sentiasa mendoakan kejayaannya.
Bukan itu sahaja, Zizi juga turut berterima kasih kepada kedua orang tuanya, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang mana dia hampir kehilangan ayahnya yang diserang sakit jantung dan hampir sejam berada di wad ICU. Situasi ini memaksa dia untuk segera pulang ke tanah air hampir dua bulan sebelum dia menghantar thesis terakhirnya.
Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Tuhan dan dia bersyukur ayahnya dipanjangkan usia. Tidak lupa juga Zizi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan teman-teman yang tidak putus-putus memberi kata perangsang dalam menyiapkan pengajian PHDnya. PENGORBANAN BERBALOI Pastinya segala pengorbanan Zizi berbaloi kerana dia bakal menghadiri majlis graduasi yang akan diadakan pada Oktober 2018 kelak. Sepatutnya dia perlu hadir pada sidang April 2018 tetapi waktu itu dia akan bersalin anak keempatnya.
Dapat admin bayangkan betapa besar segala dugaan yang Zizi hadapi untuk menggenggam PHDnya dalam waktu hamil dan dalam masa sama diduga ayah tersayang yang bertarung nyawa. Apa-apun pasti Zizi tidak sabar untuk hadir ke majlis graduasi kerana segala jerit perihnya selama ini cukup berbaloi.
Norzizi mula berhijab sejak 2006 dan admin suka meihat penampilannya yang cukup stailo. Beliau cukup gemar menggayakan hijab lebar dan besar dan hanya dililit begitu sahaja di bahunya. Begitu juga dengan pakaian yang dipakai juga cukup sesuai dengan tugasnya kini sebagai pensyarah dan title Dr Norzizi. Tahniah sekali lagi Dr Norzizi yang juga sangat hebat dalam pengarahan.
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.
Menurut dunia medis tahi lalat merupakan tumor jinak yang tubuh di permukaan kulit manusia, ciri khas tahi lalat yaitu warna gelap pada kulit dan semakin bertambah umur seseorang tersebut maka tahi lalat yang ada di kulit ukurannya akan menjadi lebih besar. Namun tidak semua jenis tahi lalat bisa membesar, ada juga tahi lalat yang ukurannya tetap saiznya atau tidak menjadi besar. Adapun penyebab timbulnya tahi lalat di kulit salah satu sebabnya kerana faktor genetik atau sudah ada dari lahir.
Dan tahi lalat ini boleh tumbuh dibahagian kulit mana saja, salah satu bahagian tubuh yang sering di tumbuh tahi lalat yakni pada bahagian muka. Dan biasanya orang yang di bahagian wajahnya tumbuh tahi lalat, orang tersebut akan merasa kurang percaya diri dalam penampilannya. Dan sekarang ini untuk menghilangkan tahi lalat tanpa bekas sangatlah mudah, yang saat ini banyak di lakukan oleh masyarakat untuk menghilangkan tahi lalat iaitu dengan melakukan pembedahan plastik. Bagaiamana pandangan Islam tentang hukum menghilangkan tahi lalat, untuk lebih jelasnya lagi semak penjelasan hukum menghilangkan tahi lalat.
Dari penjelasan diatas, diperbolehkan menghilangkan tahi lalat apabila tujuan menghilangkan aib sedangkan jika tujuan menghilangkan tahi lalat untuk tujuan kecantikan maka hukumnya haram.Sama halnya dengan menanam gigi, mengukir alis. Jadi untuk anda yang merancang untuk menghilangkan tahi lalat dengan tujuan untuk mempercantik diri lebih baik hapuskan niat anda kerana jika di teruskan bukan tidak mungkin anda akan mendapatkan dosa. Namun untuk yang saat ini sedang mencari informasi cara menghilangkan tahi lalat, yang baiknya cara menghilangkan tahi lalat secara alami.
Menggunakan cara yang alami pastinya tidak akan memberikan efek samping yang negatif pada tubuh kita. Selain itu, menggunakan cara yang alami pastinya tidaklah memerlukan pembiayaan yang mahal. Apalagi bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan yang alami dan mudah untuk didapatkan. inilah beberapa cara menghilangkan tahi lalat hidup di wajah secara alami antara lain iaitu:
Madu dapat dikatakan sebagai ubat dari segala ubat. Oleh kerana itulah, madu dimanfaatkan untuk membantu menghilangkan tahi lalat secara alami. Caranya mudah iaitu sapukan madu pada bahagian tahi lalat. Tunggu beberapa jam dan bersihkan. Lakukan cara ini secara rutin agar dapat hasil yang maksimal. Tahi lalat akan mengelupas dan memudar.
Nanas memang buah yang sangat segar kita konsumsi di saat cuaca sedang panas. Namun, ternyata nanas juga dapat dimanfaatkan untuk menghilangkan tahi lalat hidup di wajah. Caranya sapukan jus nanas pada tahi lalat tersebut. Tunggu sampai kering dan bilas. Nanti tahi lalat akan mengelupas sendiri.
Bawang putih merupakan bahan ampuh untuk menghilangkan tahi lalat. Caranya siapkan 2 ulas bawang putih dan kupas. Tumbuh secara halus dan tempelkan bawang putih pada tahi lalat dengan menggunakan plaster. Lakukan pada malam hari agar pagi harinya tahi lalat akan mengelupas sendiri.
Seperti yang sudah dijelaskan di atas bahawa untuk mendapatkan hasil yang maksimal lakukan cara menghilangkan tahi lalat hidup di wajah secara alami di atas dengan teratur dan rutin. Hindari untuk mengelupas tahi lalat dengan cara manual atau menggunakan pisau atau benda-benda tajam. Hal itu pastinya akan melukai wajah kita. Selain itu, kulit akan juga rosak kerana dipaksa begitu saja dicabut. Oleh kerana itulah pilihlah cara yang alami dan pastinya mudah tanpa memberikan rasa sakit saat tahi lalat itu kita tentukan untuk akan dicabut atau hilangkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.