Genting Highlands, sebuah kota keriangan dan lokasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta pemandangan yang indah, ia sering menjadi pilihan anak muda untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan BFF anda.
Boleh dikatakan ia merupakan satu tempat menarik di Pahang yang wajib anda kunjungi. Anda boleh ke Genting Highlands dengan memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam seperti bas. Buat anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk naik ke atas.
Hujung minggu ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk melupakan segala penat lelah serta kesibukan kerja dengan bercuti ke Genting Highlands. Bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur kan? Hijabista kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Rugi kalau tak pergi!
1. Alive Museum
Muzium ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar! Alive Museum mempamerkan trick art, object art dan karya seni lain yang sangat menakjubkan. Karya seni melalui pengalaman 3 dimensi pasti membuatkan anda terpegun dan teruja. Setiap gambar yang diambil akan nampak macam ‘real’. Tentu akan mendapat banyak likes di media sosial.
2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium
Jangan terkejut bila anda masuk ke dalam muzium ini kerana terdapat pelbagai koleksi yang tidak masuk akal dipaparkan di sini. Anda tentu akan terkejut melihat kesabaran yang dimiliki oleh manusia dalam usaha mewujudkan perkara-perkara tersebut. Barangan yang dimiliki memang ‘gila’ dan pelik.
Ads
Ads
3. Zombie Outbreak
Kalau anda suka pergi ke tempat yang seram, cuba jejakkan kaki di Zombie Outbreak dan rasai sendiri pengalaman dikejar zombie di sini. Secara jujur, Hijabista sendiri terasa seram memasuki rumah zombie ini. Dengan suasana yang gelap serta bunyi zombie yang bermain-main di telinga anda, anda pasti akan lari seperti tidak cukup kaki.
4. Snow World
Sekiranya anda mahu merasai suasana sejuk seperti berada di negara bersalji, jom singgah ke Snow World. Tak tipu, memang sejuk habis! Dengan salji yang turun membuatkan anda terasa betul-betul berada di luar negara. Sejuk sampai ke tulang!
Ads
5. Medan Selera Berkonsep Moden Mewah
Terbaru di Genting Highlands, medan selera ini telah dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting. Pelbagai pilihan makanan serta masakan menanti para pengunjung di medan selera ini. Apa yang pasti, ia sangat selesa dengan persekitaran yang santai dan mudah diakses. Anda sendiri boleh membuat pilihan makanan yang terdiri daripada Nasi & Rempah-Ratus, aneka mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng rangup. Medan Selera ini terletak di Aras G, SkyAvenue dan dibuka bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Hijabista sudah rasai sendiri hidangan makanan di sini dan tidak dinafikan memang sedap belaka!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam telah berlangsung majlis akad nikah pasangan pelakon Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Ramai memuji penampilan Izara yang begitu cantik, anggun dan penuh mempesona. Dari top to toe, semuanya nampak ‘perfect’ dan begitu cocok sekali dengan Izara yang jelita. Baju nikah Izara berwarna ‘off white’ ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Ada kisah menarik di sebalik busana anggun ini. Bukan calang-calang buatannya kerana ia hasil kerja keras pereka yang memang sangat dikagumi kreativitinya.
A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on
Menurut Rizalman dalam posting di laman IGnya, beliau mengembara seluruh dunia untuk mencari inspiprasi bagi mereka busana pengantin Izara yang berkonsep Sopan Couture dan Future Classic. Bukan itu sahaja beliau memulakan pembacaan dan mencari sejarah seawal abad ke 18 dari dalam dan luar negara. Dari muzium ke istana.
Bukan itu sahaja, Rizalman turut mencari material terbaik dan mencuba melaksanakan teknik couture baru dalam menghasilkan karya cukup hebat ini. Usaha pereka ini juga harus dipuji kerana beliau turut menghadiri pelbagai teater di luar negara dan belajar kesan pementasan dan pencahayaan untuk mewujudkan elemen nikah dan drama.
Apa yang lebih mengharukan Rizalman semalam apabila Izara yang menangis di bahunya sambil mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala-galanya. Momen itu mengingatkan pada Rizalman bahawa Izara pernah berkata “’cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat perkahwinan cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat perkahwinan”
Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai veil yang digayakan Izara, tetapi kebanyakan follower pereka ini memberi reaksi positif dan memuji penampian Izara malam itu memang sangat cantik bagaikan puteri dalam persalinan tradisional yang indah. Namun ada elemen trendy dan veil ini dikatakan akan jadi ikutan bakal pengantin nanti.
@fadidarwaty_ahmad seriously this bju n veil sngt cntik..and izara mmg cantik
@afzansyukran Super cantik! Super unik! Super traditional! Kena akui @izaraaishahofficial sangat menawan sebagai permaisuri sehari. Nampak lain daripada biasa yang kita tengok. Kerja seni yang sangat hebat @rizalman71.
@iceeyes78 So trendy….never before seen any weddings in Malaysia like this
Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini sah diijab kabulkan hanya dengan hanya dengan sekali lafaz di sebuah lokasi di Damansara jam 9 malam semalam.
Dalam majlis itu, Izara menerima wang mas kahwin RM700 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.
Keadaan ekonomi yang meningkat membuatkan ramai individu tidak mampu memiliki rumah dan hanya mampu menyewa sahaja. Walaupun hanya sekadar menyewa, anda perlu menjaga rumah tersebut seperti rumah kita sendiri.
Namun, lain pula yang terjadi kepada sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah rumah dan telah menyewakan rumah tersebut kepada sebuah keluarga.
Sudahlah penyewa keluar rumah dengan tergesa-gesa tanpa bertemu dengan mereka, rumah pula ditinggalkan dalam keadaan yang yang rosak teruk dan tunggang langgang.
Ikuti perkongsian Ziera Rahman tentang keadaan rumah sewanya dan diharapkan agar memberi manfaat kepada hijabi di luar sana. Jangan pula anda lakukan perkara seperti ini ya!
Bila penyewa mesej keluar rumah macam tu je, just mesej kata kunci letak dalam rumah lepas tu terus block nombor kita, hati rasa tak sedap. Bila tgk rumah aduhaiiiiiiii org jenis apa duduk rumah ni.
Selama ni kalau penyewa lain sewa, bila diorang keluar kami suami isteri boleh je cuci rumah sendiri. Tapi kali ini Iera surender. Tak selera aku tengok toilet macam ni. Penyewa ni jenis tak basuh toilet ke? Dah berkahwin, dah ada anak, takkan kotor macam ni?
Toilet satu hal, singki boleh bengkok ni apa cerita bai? Apa awak buat sampai boleh bengkok macam ni? Mozek kat dinding pun banyak tercabut. Kitorang memang tak pernah nak check rumah sebab nak jaga privasi penyewa. Tup-tup rumah jadi macam ni.
Dah la rumah sebelum bagi sewa kita cat lawa-lawa. Tak kisah tinggal rumah kotor sebab kita faham takkan lepas angkut barang awak nak kemas. Tapi bila barang-barang rumah banyak rosak, tu sakit hati. Satu lagi banggg oiii, kepala paip pun bawa lari ke??
Dah la si suami baik hati sewa tak pernah-pernah naik. Deposit pun ambil 1 bulan je sebab taknak bebankan penyewa. Tup-tup orang buat macam ni. Memang rasa nak marah. Duit deposit rumah tak dapat langsung nak cover rosak.
Sekarang masalahnya penyewa ni dah lari. Tak dapat dicari. Kalau esok dia masih berdiam walaupun kita dah mesej dia, tindakan susulan akan diambil. Sebab agreement semua ada. FB penyewa pun telah kita jumpa. Harap penyewa ni keluar dari lubang tikus dan munculkn diri.
Semua dari kita pastinya pasang impian untuk ke kota London. Bukan sekadar untuk bershopping, tetapi juga urusan kerja ataupun sekadar menikmati pemandangan cukup indah. Seperti wanita ini yang menyimpan hampir RM100,000 sebelum dapat jejakkan kakinya ke kota impian setiap insan ini. Siti Nurfarahain yang hanya bekerja sebagai jurusolek tidak lepaskan peluang untuk bercuti sambil bekerja.
Tujuannya semata-mata ke kota London hanyalah untuk membuat tutorial mekap di sana. Menerusi perkongsiannya di laman facebok, wanita ini dikatakan sanggup terbang ke sana demi memenuhi kegilaannya terhadap ‘makeup’.
A post shared by Siti Nurfarahain (@schoolofmakeupsitinurfarahain) on
Jadi tidak mensia-siakan peluang yang ada, Siti Nurfarahain turut membuat video live berlatar belakang mercu tanda kota Paris yang terkenal iaitu Eifel Tower serta di kota London. Dia turut menunjukkan mekap untuk berjalan-jalan, breakfast dan pelbagai lagi tema yang dibuat dalam bentuk video live.
Sebenarnya wanita ini memang cukup kreatif menghasilkan solekan dengan pelbagai rupa. Bakatnya cukup terserlah biarpun dia hanya menetap di Kedah. Kebiasaannya pelanggan wanita ini memang menkagumi dan menyukai hasil kerjanya. Malah dia turut rajin membuat kelas tutorial pada yang berminat.
Tidak hairanlah walaupun hanya bekerja sebagai jurusolek tetapi dengan usaha keras, berjaya mengumpul duit sebanyak itu untuk memenuhi impiannya membuat tutorial mekap.
Biarpun dikecam gara-gara kerja gilanya itu, tetapi wanita ini tidak kisah apa yang orang kata padanya.
A post shared by Siti Nurfarahain (@schoolofmakeupsitinurfarahain) on
Malah wanita yang menggunakan loghat utara dalam video live itu amat berbangga kerana suatu ketika dulu dia hanya ‘makeup’ di kampong dan sekarang ini telah berjaya mencapai impian untuk ‘makeup di London.
Admin pun sebenarnya teruja dengan kisah dan pengalaman wanita ini. Peduli apa orang kata, apa yang penting kita pergi atas usaha dan bukan meminta duit orang lain. Cukup kagum dengannya, walau berada jauh beribu batu dia tetap tak lupa asal usulnya apabila turut bercakap loghat utara dalam video live yang dibuatnya dalam keadaan cuaca sejuk.
SUMBER: KAKI SHARE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.