Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan setelah mendapt pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V . Seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak merayakan kemenangan ini bersama-sama. Turut hadir memberikan sokongan kepada ayah mereka yang telah terpisah lama sebelum ini. Turut menarik perhatian netizen adalah penampilan keluarga ini yang dilihat tampil cukup sederhana, santun dan juga menutup aurat.
Anwar yang mempunyai 6 orang anak dan lima daripadanya adalah perempuan. Masing-masing begitu menjaga aurat mereka dan lebih gemar bergaya sederhana sesuai dengan penampilan masing-masing.
Selain, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang setia mengenakan hijab kelepet lekap di dahi dengan baju kurung untuk memudahkan pergerakannya. Gaya bekas doktor ini juga tetap sama dari dulu hingga sekarang.
Seperti ibunya, YB Nurul Izzah juga turut menggemari tudung bawal. Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga sudah lebih 20 tahun setiap menggayakan bawal.
Begitu juga gaya adik-adiknya Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman dan juga Nurul Hana. Masing-masing jika dilihat lebih senang tampil sederhana dengan baju kurung dan juga tudung bawal yang dililit secara ringkas.
Bermula 10 Julai 2020, hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata, usul ini dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.
“Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.
Beliau berkata, bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi bermula 10 Julai 2020.
Datuk Seri Dr Zulkifli berkata, penggunaan tulisan Jawi juga akan turut diperluas meliputi penyampaian maklumat menerusi platform media sosial rasmi agensi di bawahnya.
Katanya, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.
Kat Malaysia sebuk hapuskan jawi, pelajar kat Osaka Jepun ni excited belajar jawi 😂 pic.twitter.com/e5YTsZ73eh
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) menyokong penuh keputusan kerajaan menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan.
Katanya, keputusan kerajaan itu memberikan ruang untuk tulisan Jawi, diletakkan pada martabatnya yang sah sebagai tulisan bahasa Melayu selama hampir seribu tahun, sebelum tulisan Rumi diterima sebagai tulisan rasmi bagi bahasa kebangsaan.
Awang Sariyan berkata, dalam zaman Kesultanan Melayu selama ratusan tahun, tulisan Jawi menjadi tulisan bagi semua bidang, seperti agama, undang-undang, ketatanegaraan, sejarah, perubatan, persenjataan, hikayat dan susastera (prosa dan puisi), malahan dalam bidang diplomasi.
“Surat dan perjanjian antara kerajaan di Alam Melayu dengan kuasa asing seperti Belanda, Portugal, Sepanyol dan Inggeris, ditulis dengan Jawi. Tulisan Jawi dan bahasa Melayu diterima oleh semua bangsa, hatta semasa penjajahan Inggeris. Oleh itu, tiada asas untuk mana-mana pihak yang mewakili kaum tertentu, untuk menolak usaha mengembangkan tulisan Jawi,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang juga Penyandang Kursi Za’ba Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, sebagai usaha awal untuk memasyarakatkan tulisan Jawi perlu digunakan untuk peragaan maklumat di tempat awam, premis perniagaan dan pejabat, serta dokumen di samping tulisan Rumi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya, mengumumkan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini, dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan, yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.
Katanya, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Pada tahap terbaik, asas boleh menjadikan kulit anda kelihatan lebih sekata dan licin. Paling teruk, ia boleh menyebabkan muka anda kelihatan seperti topeng dan kering. Untuk membantu anda mendapatkan kemasan yang paling segar, tujuh peraturan mudah pemakaian asas yang paling sempurna.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sentiasa mulakan dengan kulit yang bersih dan lembap. Solekan melekat lebih baik apabila kulit anda tidak kering atau bertompok. Luangkan masa mengurut dalam pelembap kegemaran anda sebelum menggunakan sebarang solekan dan untuk majlis khas, mulakan dengan topeng lembaran yang menghidratkan.
PRODUK CADANGAN: Neutrogena Hydro Boost Hydrating Hydrogel Mask • Dr. Jart Dermask Vital Hydra Solution Deep Hydration Sheet Mask • Tatcha Luminous Dewy Skin Sheet Mask
Secara umum, semakin sedikit lapisan pada wajah anda, lebih baik. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau memerlukan solekan untuk bertahan lebih lama, sapukan primer pada titik panas di muka anda sahaja, seperti dahi, hidung dan dagu.
PRODUK CADANGAN: Sephora Collection Smooth + Blur Primer • Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Primer • The Ordinary High-Spreadability Fluid Primer at Sephora
Satu lagi petua pro untuk mendapatkan asas yang kelihatan lebih semula jadi ialah mencampurkan sedikit pelembap ke dalam foundation sebelum menyapunya pada kulit. Ini akan menghilangkan sedikit litupan dan memberikan kulit anda kemasan yang lebih segar dan lebih dewier. Anda juga boleh menggunakan penyerlah cecair dan bukannya pelembap, jika anda mahukan rupa gebu dan berkaca.
PRODUK CADANGAN: The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA Daily Moisturizer • Glow Recipe Plum Plump Hyaluronic Acid Moisturizer
Sebaik sahaja menyediakan foundation anda, sapukannya dari tengah muka, bergerak ke luar. Dengan cara ini, anda mendapat liputan paling banyak di sekitar hidung dan mulut di mana terdapat lebih banyak perubahan warna dan ia beransur-ansur hilang apabila ia mencapai perimeter muka anda berhampiran garis rambut dan rahang.
PRODUK CADANGAN: MAC Studio Radiance Face & Body Radiant Sheer Foundation • Maybelline Fit Me! Matte + Poreless Foundation • Shiseido Synchro Skin Self-Refreshing Foundation SPF30
Sama ada anda lebih suka menggunakan hujung jari, span atau berus, menyapu dengan lembut ke atas foundation untuk menggabungkannya ke atas kulit. Melakukan ini akan memastikan anda tidak mengalami coretan seperti yang kadang-kadang anda dapati apabila menggunakan sapuan pelukis.
PRODUK CADANGAN: BeautyBlender Original Makeup Sponge • Shu Uemera petal 55 foundation brush • Tarte The Buffer Airbrush finish Bamboo Foundation Brush
Aplikasi strategik penyerlah hanya pada satah tinggi muka anda iaitu tulang pipi dan sekitar pelipis akan menambah dimensi paling halus. Bagi penyerlah itu sendiri, kebanyakan juru solek cenderung lebih suka penyerlah berkrim atau lembut berbanding formula cecair atau serbuk kerana ia memberikan kemasan yang lebih semula jadi dan anda lebih mampu mengawal penggunaannya.
Sama seperti anda menyerlahkan secara strategik, anda mahu melakukan perkara yang sama dengan menetapkan solekan anda. Menggunakan serbuk lut sinar yang ringan dan berus kecil yang gebu, taburkan sedikit serbuk pada mana-mana kawasan yang cenderung berminyak, seperti bahagian tengah dahi dan sekitar hidung dan mulut. Matlamat di sini bukan untuk menghilangkan semua kilauan anda; ia hanya untuk mengimbangi perkara supaya anda mendapatkan kulit yang kelihatan lebih licin secara keseluruhan dengan jumlah cahaya yang tepat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi semalam, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Rakyat Malaysia juga sudah selesai menjalankan tanggungjawab untuk mengundi semalam. Kira-kira 70% pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Untuk pengetahuan anda, banyak sejarah telah tercipta pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya ialah jumlah calon wanita yang bertanding. Ianya berjumlah 187 orang; 127 untuk kerusi Parlimen dan 60 di peringkat Dewan Undangan Negeri. Jumlah calon wanita bagi kerusi Parliman kali ini lebih ramai kali ini berbanding PRU-14 yang hanya merekodkan 72 orang.
Menurut Harian Metro, seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memenangi kerusi di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817.
Teo Nie Ching, Teresa Kok dan Hannah Yeoh masing-masing berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.
Mantan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485.
Datuk Rubiah Wang berjaya mempertahan kerusi Parlimen Kota Samarahan dengan kemenangan majoriti 29,445 undi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menang di Parlimen Parit Sulong, selepas memperoleh 25,740 undi.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi
Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 selepas memperoleh 25,604 undi.
Dr. Siti Mastura Muhammad mencipta kejutan terbesar di kerusi Parlimen Kepala Batas apabila menewaskan calon pilihan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan majoriti 2,867 undi.
Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut menang besar di Parlimen Batang Sadong dengan majoriti 14,893 undi.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.