Kekaguman terhadap rakyat Palestin telah menyentuh hati TikToker kelahiran Amerika Syarikat ini sehingga terbuka hati untuk memeluk Islam.
Megan Rice merupakan pempengaruh terawal yang memulakan trend ‘Non-Muslim reading The Quran’ di TikTok peribadinya.
Melalui akaunnya itu Megan Rice sering berkongsi content harian terjemahan ayat-ayat suci al-Quran yang pernah dibacanya dalam bahasa Inggeris.
Setiap hari, dia akan berkongsi dengan lebih 600,000 pengikut tentang ayat al-Quran yang dibacanya melalui terjemahan, dan menyatakan kekaguman tentang bagaimana kitab suci itu mampu menjawab segala persoalannya.
Megan Rice turut menyatakan kekagumannya terhadap rakyat Palestin kerana mempunyai kepercayaan yang sangat kuat biarpun kehilangan segala-galanya termasuk insan tersayang.
Ads
Sehinggalah dia meluahkan rasa kagum dengan semangat masyarakat Islam Gaza ketika berhadapan dengan kekejaman rejim Zionis Israel.
Ads
Kemudian, Megan Rice perlahan-lahan mempelajari Al-Quran lalu memutuskan untuk memeluk Islam.
Menerusi satu video yang dimuat naik pendakwah kelahiran Syria, Ahmad Abostani, Megan Rice dilihat mengucap dua kalimah syahadah dalam satu sesi live yang diadakan secara bersama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam hidup ini, kita tidak boleh terlalu berkira sesama manusia. Jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan pada mereka yang nasibnya kurang baik.
Sebak membaca perkongsian oleh Mohd Zulhairi Zainol ini apabila kisahnya bertemu dengan seorang bapa yang tidak cukup wang bagi menguruskan jenazah anaknya yang masih bayi lagi jika diamati menerusi gambar.
Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”…???
dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan. Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja,hery ckp simpan sahaja duit tu”…. terus ayahnya pelok hery…..dan berterima kasih pada kalian semua.
nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan.. baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00
modal hery tadi hanya rm20.00 je
Alhamdulillah, bapa kepada anak syurga ini dipertemukan dengan manusia yang bertimbang rasa dan dapat memudahkan urusannya. Moga dia dan juga saudara Heri dipermudahkan urusannya dan dikurniakan ganjaran daripada Tuhan. Al-fatihah buat anaknya.
Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Tular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!
“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.
“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.
“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!
“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di