Siapa sangka hanya dengan menggunakan trampolin mini, ia boleh menguatkan sistem imuniti dan membetulkan postur tubuh anda? Jumping fitness adalah jawapan segala-galanya.

Sumber gambar: DIscover KL

Jumping fitness adalah sebuah bentuk senaman baharu yang berasal dari Republik Czech mula diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2016. Ia adalah sebuah senaman yang dilakukan bersama-sama dengan trampolin mini untuk memberi lebih keunikan dan kelainan ketika bersenam. Dinamik dan mesra pengguna, senaman ini sudah mula mendapat perhatian masyarakat yang inginkan pembaharuan dalam senaman mereka.

Senaman ini amat mudah dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak sehinggalah mereka yang berumur dalam lingkungan 50 hingga 70 tahun. Jumping fitness adalah untuk semua peringkat umur, namun haruslah mengikuti kelas dahulu untuk mengetahui setiap langkah bagi mengelakkan sebarang kesalahan mahupun kecederaan.

IKLAN

KEBAIKAN JUMPING FITNESS

Sumber gambar: Dont Waste Your Money

Jumping fitness mampu untuk melancarkan pengaliran darah putih dan sekali gus menguatkan sistem imun tubuh badan.

IKLAN

Ia adalah sejenis senaman ‘low body impact’. Jadi bagi mreka yang mengalami masalah lutut ataupun sakit belakang juga boleh melakukan senaman ini yang dapat mengimbangkan postur badan. Lompatan atas dan bawah boleh menguatkan tulang belakang dan boleh memanjangkan umur seseorang jika kerap melakukannya. Selain itu juga, ia bagus untuk fungsi jantung anda. Apa yang penting, ia boleh meningkatkan sistem pertahan tubuh dan menyebabkan tubuh anda tidak mudah sakit.

PERSIAPAN

IKLAN
Sumber gambar: Healthline

Sebelum memulakan senaman, latihan memanaskan badan akan dilakukan selama 10 hingga 15 minit untuk memastika badan boleh menyesuaikan dengan trampolin. Selain itu juga, sebelum melakukan lompatan, senaman seperti ‘sit up’ dan ‘push up’ wajib dilakukan untuk memanaskan badan dan mampu untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

https://www.youtube.com/watch?v=i3Pypyypg5U

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI