Tugas yang mencabar dan menakutkan sememangnya menanti ‘barisan hadapan.’ Doktor, jururawat, kakitangan perubatan, mahupun tenaga di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) berisiko tinggi dijangkiti #covid19, yang dikatogerikan sebagai pandemik baru-baru ini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Perkongsian tiga doktor wanita yang terlibat sebagai FRONTLINER ini di laman media sosial peribadi mereka begitu menyentuh jiwa. Mereka juga seorang isteri dan juga ibu. Kepulangan mereka sentiasa dinantikan oleh suami tercinta juga anak-anak yang merindui belaian daripada seorang ibu.
Mengapa tidak kita sebagai rakyat, menyokong kempen #JomDudukRumah
Moga-moga wabak Covid-19 ini segera berakhir dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
DR FATIN LIYANA
Sebelum periksa patient, kena basuh tangan. Selepas periksa patient, kena basuh tangan. Kalau periksa 50 patient sehari, 100 kali lah kena basuh tangan. Kalau periksa PUI Covid19, sebelum balik, mandi siap-siap dekat klinik. Kalau tak, balik rumah terus mandi bersih-bersih sebelum peluk anak.
Paranoid. Anxious. Tipulah kalau kata takda. Hari-hari tidur malam tak nyenyak memikirkan ada anak kecik kat rumah. Takutnya kalau diri sendiri menjadi carrier kepada anak-anak.
Semoga Allah beri kekuatan & kesihatan untuk menjalankan amanat yang diberi. Semoga Allah lindungi anak-anakku & keluargaku dari wabak Covid19.
Please #stayhome .. and if by any chance you had to be at the hosp… pls dont tapau bottles of sanitizer from hospital. We need it.. to make it worse, you even post it on social media. That is just plain selfish and silly.. One the other hand, I sent my photo in Tyvex suit to my husband.. and he said one thing every women want to hear… “you look slim!!!” 😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣 (Dont worry, I know I wasnt!!) but he scored big time keeping his woman happy
One for keepsakes. Today was the first day of our Restricted Movement Order; but the umpteenth day of our team’s efforts in combating COVID-19 in Putrajaya. Help us help you by staying put at home 🌷 #staysafestayhome #putrajaya
Pengacara HLive!, Dahlia Shazwan yang sangat sinonim dengan iklan Trivago kini telah tampil dengan imej berhijab sejak tiga hari yang lalu.
Katanya kepada Astro Gempak, beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana dia merasakan inilah petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.
Menurut Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah dan bersyukur kerana tindakannya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan teman rapat.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pun pakai hijab,” ujar Dahlia.
Pada siaran langsung HLive! malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan hijab ketika mengacarakan program tersebut seperti yang dimuat naik di laman instagramnya.
“Saya bertuah dikelilingi keluarga, suami dan teman yang sangat memberikan sokongan.
“Ada antara teman yang turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama dan saya sangat hargainya,” tambahnya lagi.
Hari graduasi memang menjadi hari yang sangat bermakna buat mereka yang telah tamat belajar. Segala usaha titik peluh belajar selama ini dapat diraikan bersama-sama rakan seperjuangan dan juga ahli keluarga yang tercinta.
Tidak terkecuali, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang merupakan Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 berkongsi mengenai hari bersejarahnya itu di laman sosialnya apabila berjaya menamatkan pengajian Tingkatan Enam (Atas) dalam jurusan syariah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
Berkongsi mengenai gaya hidupnya, sejak kecil lagi beliau sudah terbiasa mengamalkan membaca al-Quran sebelum ke sekolah mahupun sebelum keluar bermain bersama rakan sebaya.
Walau terlewat sekalipun ke sekolah, beliau, empat kakak serta abangnya perlu memenuhi rutin harian membaca al-Quran yang ditetapkan ibu bapanya.
Hasil berkat asuhan secara konsisten itulah membuatkannya berjaya muncul sebagai johan qariah MTHQA ke-61 yang sertai 74 peserta dari 41 negara serta paling muda dalam kalangan qariah.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, beliau tiada petua khusus bagi menjaga kelunakan suaranya tetapi mengelak minuman berais, makanan berminyak dan terlalu pedas untuk menjaga suara sebelum menyertai pertandingan.
Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Setiap kali musim perayaan, jenama ini menjadi salah satu pilihan untuk digayakan hijabi. Bukan sahaja ketika perayaan, tetapi juga turut menjadi pilihan bagi mereka yang gemar gaya lebih kasual ke pejabat. Jenama lokal MIMPIKITA memang cukup popular di kalangan pencinta fesyen.
Setiap rekaan yang dihasilkan pasti tidak pernah mengecewakan. Busana serta perincian yang moden, trendy dan kontemporari ini sentiasa mendapat tempat di hati para hijabi. Jenama yang diungguli oleh tiga beradik atau dikenali dengan Zulkifli Sisters, Nurul Afidah, Amirah Hanis dan Fatimah Ani Syahirah yang mencetus fenomena!
“Idea menubuhkan jenama MIMPIKITA ini memang tercetus sejak zaman remaja lagi. Kami adik-beradik sebagai seorang perempuan memang suka bergaya dan mula menghargai fesyen. Kebetulan, ibu kami juga merupakan seorang tukang jahit. Jadi, dari situlah kami bertekad untuk menubuhkan jenama sendiri sejak dari kecil lagi,” ujar mereka menceritakan saat penubuhan jenama lokal ini.
Menurut mereka diam tak diam jenama ini menceburi industri fesyen sudah menjangkau usia 10 tahun sejak penubuhannya pada 2008.
“Kami bermula pada tahun 2008 sebagai blogshop dan menyertai bazaar hujung minggu. Kini, kami ada jenama yang mengeluarkan koleksi mengikut musim Bunga Panas, Luruh Sejuk, perayaan dan koleksi busana pengantin. Alhamdulillah sepanjang 10 tahun beroperasi, semuanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang kami impikan,” tambah mereka lagi.
Ketika ditanya bagaimana nama MIMPIKITA tercetus, mereka memberitahu ketika sesi brainstorm memilih nama, ada menyenaraikan beberapa nama.
“Kami memang bermimpi dan ini merupakan impian kami bertiga. Jadi, kami mahu nama tersebut menjadi nama di dalam Bahasa Melayu dan mewakili kami bertiga, bukan hanya nama salah seorang daripada kami sahaja. Akhirnya, kami memilih nama MIMPIKITA.
“Jenama MIMPIKITA ada signature tersendiri pada setiap rekaan. Setiap koleksi yang dihasilkan, kami akan cuba sesuaikan dengan 3 personaliti yang berbeza mewakili kami tiga beradik. Walaupun kami adik-beradik dan agak rapat, kami mempunyai gaya yang tersendiri.
“Gaya ini akan diterapkan dalam setiap koleksi mengikut personaliti kami yang berbeza-beza. Jadi, tentunya kami menawarkan lebih banyak rekaan untuk wanita di luar sana. Cetakan sendiri (own prints) eksklusif direka oleh Syera dan team. Kami pasti cetakan ini tidak akan sama dengan rekaan sedia ada di luar sana,” tambah Nurul yang merupakan kakak sulung kepada tiga beradik ini.
Oleh kerana perkembangan dunia fesye yang terlalu cepat, mereka juga turut berdepan dengan cabaran menghasilkan rekaan terbaik. Namun mereka bertiga sering berbincang dalam menghasilkan setiap rekaan terbaru.
“Kebiasaannya idea untuk menhgasilkan setiap rekaan adalah dengan berkonsepkan always come back to our roots and signature. “Kami akan gabungkan juga tren-trend terkini dan berbalik semula kepada personaliti kami bertiga. Jika sesuai, kami akan hasilkan rekaan tersebut,” jelas mereka lagi yang mahu terus optimis dalam mengukuhkan jenama ini.
Walaupun baru 10 tahun berada dalam pasaran industri fesyen, tetapi jenama ini cukup popular di kalangan hijabi muda yang sentiasa dahagakan rekaan menepati gaya ‘new ummah’.
“Untuk terus kekal dalam industri fesyen merupakan satu cabaran yang besar dan berat. Kita perlu sentiasa staying ahead of the game. Sebagai satu jenama yang dikenali, kami cuba untuk mencipta cerita pada setiap koleksi yang kami hasilkan untuk menarik perhatian pelanggan kami.
“Jadi, para pelanggan akan melihat produk kami lebih daripada sehelai pakaian. Feedback juga penting untuk membaiki produk kami. kami sentiasa menghargai setiap pandangan yang dilemparkan bagi menjadikan perkhidmatan lebih baik ditawarkan,” tambah mereka yang turut menjadikan ayah, Encik Zulkifli sebagai idola.
Ini kerana bapa mereka juga telah berkecimpung dalam perniagaan yang agak kompetitif di Johor. Sebab itulah ketiga-tiga beradik ini menjadi bapa mereka sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk terus berjaya. Mereka juga turut berkongsi pengalaman pahit dan manis yang dialami sepanjang membawa nama jenama MIMPIKITA hingga popular seperti haru ini.
“Pahit itu sentiasa ada dalam perniagaan. Tetapi cash flow dan kewangan juga amat penting. Kadangkala, projection kami tidak menjadi dan mengganggu sedikit pengurusan kewangan. Selepas 10 tahun, kami kini lebih bijak mengatur urusan kewangan tetapi ada juga faktor luaran yang tidak dapat dikawal.
“Dalam pahit, tetap ada manisnya. Bermula dari momen-momen kecil seperti melihat senyuman pengantin yang berpuas hati dengan rekaan kami sehinggalah pembukaan kaunter kami di Isetan KLCC dan kenangan London Fashion Week.
“Ia merupakan antara kenangan manis yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila. Kini, kami mempunyai butik pakaian yang lebih luas dan lebih mudah untuk para pelanggan datang, ” ujar mereka yang kini beroperasi di ruang lebih luas dan selesa di Bangsar.
Biarpun telah berjaya menjadi usahawan berjaya, ketiga-tiganya tidak lokek berkongsi tip membina kejayaan dalam bidang fesyen.
“Antara tip yang kami amalkan adalah perlu ada tawaran yang unik kepada para pelanggan. Bukan sahaja daripada segi produk, juga dari penjenamaan keseluruhannya iaitu identiti jenama, signature dan penceritaan. Jenama fesyen merupakan satu perniagaan dan pengurusan perniagaan yang baik dan sustainable.
“Lagi satu kena ingat jika kita ditimpa kesusahan, kami akan mengingati kembali mengapa kami membuka MIMPIKITA. Kami betul-betul mahukan perniagaan ini menjadi satu kenyataan. “Bila kami ingat balik perasaan itu, kami jadi lebih bersemangat dan mula fokus kepada perkara yang lebih penting,” jelas mereka sebelum mengakhiri perbualan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.