Selain enak dimakan dan mengenyangkan, yoghurt juga mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh dan juga kulit. Bukan sahaja bagus untuk pencernaan, yoghurt juga boleh digunakan sebagai masker wajah dan tentunya sangat memberi nutrisi buat kulit.
Kandungan nutrisi dalam masker yoghurt baik untuk membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit hijabi sentiasa remaja! Didalam secawan yoghurt, mempunyai kandungan Zinc, Kalsium, Vitamin B, dan Lactic Acid.
Ini Tiga Manfaat Yoghurt Untuk Kulit!
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah. Jom ketahui lima manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yoghurt yang boleh hijabi DIY di rumah sahaja!
1. Melembapkan Kulit Wajah
Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya. Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yoghurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.
2. Mencerahkan Kulit Wajah
Ads
Yoghurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini demikian kerana, Lactic Acid di dalam yoghurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.
Ia juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.
Cara membuat masker dengan campuran kunyit:
• Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yoghurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
Ads
• Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yoghurt melitupi keseluruhan wajah anda.
• Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
• Bilas dengan air suam, hingga bersih.
3. Mencegah Kesan Penuaan
Ads
Kebanyakkan perempuan diluar sana sememangnya mendambakan agar kekal awet muda dan mempunyai kulit yang anjal dan tegang.
Perkara ini dapat menjadi kenyataan sekiranya hijabi konsisten menggunakan yoghurt. Kandungan Antioksida yang tinggi dalam yoghurt mampu mencegah kerosakkan kulit. Di dalamnya pun juga terdapat kandungan Lactic Acid yang berfungsi mencegah tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan kerutan.
Anda hanya perlu oleskan sahaja youghurt pada wajah selama 15 minit, kemudian bilas lah dengan air suam. Gunakan masker ini 2 hingga 3 kali seminggu.
Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan, terkadang beg tangan jauh lebih banyak bukan sekadar barang keperluan anda. Pastinya beg tangan dapat menarik keseluruhan penampilan anda dan membuat pernyataan gaya yang kuat.
Sebilangan besar wanita mempunyai sekurang-kurangnya beberapa beg tangan yang berbeza. Dan seperti kasut, masing-masing memenuhi tujuannya sendiri, mengenakan pakaian dari hingga ke bawah, dan bercakap dengan gaya individu pemakainya. Jadi apa rahsia untuk mencari beg yang sesuai?
Beg ini mendapat namanya dari cara ia dipakai, tersangkut di satu bahu. Ukurannya bervariasi, tetapi umumnya cukup besar untuk menyimpan semua barang keperluan anda dan kemudian beberapa barang, menjadikannya salah satu jenis beg tangan yang paling berfungsi dan popular. Beg sandang sesuai untuk situasi kasual dan profesional setiap hari, jadi ada baiknya membelinya dengan warna neutral, mungkin pada kulit asli atau palsu yang boleh disesuaikan dengan pakaian dan tetapan yang berbeza.
Gaya tali tunggal ini juga dinamakan dengan cara pemakaiannya. Biasanya lebih kecil daripada beg sandang, crossbody masih membolehkan anda bebas tangan. Ia sangat sesuai untuk menjalankan acara sosial, perjalanan dan sebarang senario di mana anda mahu menyimpan barang keperluan anda tanpa perlu ditimbang. Memandangkan ia boleh dipakai siang atau malam, ini adalah gaya yang baik untuk menyimpan dalam pelbagai bentuk, warna dan jenis tekstil.
Beg tangan bersaiz sederhana ini biasanya dibawa melalui dua pegangan pendek, walaupun kadangkala ia mempunyai tali bahu yang panjang agar mudah diikat. Tampan dan kukuh, ia menyerupai beg bimbit sisi lembut yang biasanya cukup besar untuk menyimpan buku, majalah, dan komputer riba. Pakai untuk menaikkan penampilan kampus anda atau mengekalkan pakaian korporat yang cantik tetapi praktikal.
Anggaplah ini jawapan untuk perjalanan harian anda. Beg besar, satu ruang yang biasanya tidak mempunyai penutup, malah memudahkan untuk membuang barang atau mengeluarkannya semasa dalam perjalanan. Walaupun sering dibuat dari kain tahan lasak seperti kanvas atau nilon, jaket terdapat dalam banyak bahan dan bahkan boleh menjadi pilihan yang canggih untuk pejabat dalam tekstil berstruktur dan berkualiti tinggi seperti kulit.
Alat genggam glamor ini biasanya merupakan aksesori malam, walaupun permakaiannya boleh berkisar dari sederhana hingga sangat kelas atas. Klac bertahta manik-manik layak untuk acara mewah bahkan perkahwinan, sementara reka bentuk sederhana boleh dibawa majlis santai atau malam. Gaya yang lebih kecil ini dapat memuatkan banyak fleksibiliti, ada yang mempunyai tali bahu yang boleh ditanggalkan bahkan sebagai dompet.
Bukan hanya untuk pelajar, gaya utilitarian ini adalah versi klasik kampus yang digilap yang membolehkan anda menjalani kehidupan dewasa terbaik tanpa perlu mengendalikan beg tangan. Beg galas bervariasi, ada yang sangat kecil akan tetapi banyak yang cukup besar untuk membawa tablet dan komputer riba. Gaya santai ini sesuai untuk perjalanan, tugas hujung minggu dan santai dengan rakan.
Sangat minimalis, saiznya kecil dan sesuai untuk membawa kad debit, kad pengenalan, gincu, kunci dan sejumlah wang tunai. Beberapa gaya bahkan dirancang untuk merangkumi telefon pintar tertentu. Lingkar di pergelangan tangan anda apabila anda tidak mahu disogokkan dengan barang keperluan, seperti waktu petang dari satu lokasi ke lokasi yang lain, festival hujung minggu, atau berjalan kaki.
Siap sedia yang besar, licin dan berbentuk bulan sabit ini lebih glamor daripada namanya. Ini adalah pilihan fesyen yang abadi untuk banyak senario, termasuk hujung minggu santai, perjalanan atau bersantai bersama rakan. Tampak bergaya, tetapi tidak perlu berlebihan dan itulah keindahan beg tangan ini. Perhatikan bahawa beberapa reka bentuk lebih terstruktur yang mengekalkan bentuk sabit lembut dengan kain minimum dan sekiranya anda ingin memasuki estetika tanpa melakukan sepenuhnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berpeluang menuntut ilmu di negara orang adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan buat sesiapa yang mendapat peluang sebegitu. Tidak semua di antara kita yang mendapat kesempatan begini jadi peluang yang sudah ada di depan mata haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Begitulah yang boleh kita kaitkan dengan kisah Amira Alisha Azhan,23, pelajar perubatan tahun enam di Jordan. Mesra dipanggil Alisha, Rezeki menimba ilmu di sana ternyata membuka banyak peluang untuk dirinya dan rakan-rakan untuk menjelajahi banyak negara selepas tamat musim peperiksaan.
“Saya selalu melancong bersama sekumpulan rakan saya ke destinasi pilihan selepas pada cuti musim panas atau musim salju. Kebiasaannya pada musim salju. Jadi kita akan pergi bercuti bersama-sama untuk menghilangkan tekanan selepas penat menelaah untuk peperiksaan.
“Kami juga akan mencari kesempatan untuk bercuti sewaktu mahu pulang ke Malaysia. Kadang kala transit untuk menunggu penerbangan pulang ke tanah air boleh mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya dan rakan akan meneroka dahulu negara orang sementara menunggu waktu berlepas. Contohnya, pada waktu itu kami sempat ke Qatar, bak kata orang, sambil menyelam minum air!” ujar gadis yang berasal dari Shah Alam ini.
Semakin banyak tempat yang diterokai maka semakin banyak jugalah cabaran yang perlu dihadapi. Alisha juga turut tidak terlepas daripada menerima dugaan sewaktu bercuti. Ceritanya, dia pernah dua kali mengalami insiden malang berkenaan si penyeluk saku dimana dia mengalaminya dua kali berturut-turut dalam satu trip percutian yang sama.
“Kejadian pertama yang berlaku sewaktu berada di Rome, Itali, saya memang tidak sedar beg duit saya yang mengandungi kad pengenalan, visa Jordan, wang, kad pelajar, kad bank semuanya hilang dikebas oleh si penyeluk saku. Itu sememangnya mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati agar menjaga barang berharga dengan sebaik-baiknya dan tidak membawa beg duit ketika bercuti,” jelas anak sulung daripada empat beradik ini.
Namun, siapa sangka insiden malang itu berulang lagi dua hari selepas itu. “Saya tidak sangka kejadian sebegini menimpa diri saya sekali lagi. Ketika itu saya berada di stesen keretapi di Barcelona,Sepanyol. Saya sudah belajar daripada kejadian yan berlaku sebelumnya dengan memasang kunci pada beg tetapi entah bagaimana mereka ini terlalu licik.
“Mereka ini (penyeluk saku) membuat drama ataupun prank di situ seolah-olah keretapi itu tersekat hingga menimbulkan kekecohan. Ramai yang menjadi konco-konco mereka ini sebenarnya dan akhirnya mereka berjaya mencuri kaca mata hitam saya dari dalam beg tanpa saya sedari,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai kenangan manis, bagi Alisha itu sememangnya sukar untuk dijelaskan kerana terlalu banyak memori manis yang dilakar sewaktu bercuti ini. “Bagi saya, apa yang membuatkan saya gembira itulah kenangan manis. Misalnya apabila saya dapat melihat sesuatu yang baru, yang lain daripada apa yang ada di negara kita, benda yang boleh kita belajar seperti budaya masyarakat mereka, pemandangan negara yang cantik, jadi semua itu menjadi momen manis buat diri saya.
“Memang pengalaman sebegitu kita akan dapat juga jika kita melancong bersama keluarga tetapi ada sesetengah perkara yang keluarga kita tidak berminat atau tidak mahu lakukan contohnya menaiki permainan roller-coaster. Orang tua kita pasti agak keberatan untuk mencuba permainan sebegini berbanding dengan anak muda,” ujar hijabi yang bakal bergelar doktor ini.
Selain itu, Alisha juga turut menjelaskan banyak perbezaan dan cabaran yang dihadapi di antara melancong bersama kawan ataupun bersama keluarga. “Jika kita melancong bersama teman, kita haruslah betul-betul berdikari dan pastinya akan lebih berkira-kira mengenai soal bajet berbanding bercuti bersama keluarga.
“Jika bersama kumpulan rakan, kita harus berusaha dengan lebih lagi contohnya mencari tempat tinggal berpandukan alamat yang diberi, menjadi bagpackers, ataupun mengheret beg dari satu tempat ke satu tempat. Kita juga perlulah pandai dan tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam mencari arah makanan.
“Satu lagi cabaran jika kita travel bersama rakan pastinya berkenaan duit. Jika bercuti dengan keluarga, pastinya kita tidak perlu risau kerana ibu bapa akan menyediakan segalanya tetapi jika bersama teman, kita perlu bijak untuk menguruskan wang supaya boleh survive di negara orang. Inilah saat yang kita akan sedar besarnya nilai duit itu dan akan rasa sayang untuk menggunakannnya. Di sinilah kita akan mengeluarkan bajet mengikut kemampuan kita,” jelasnya lagi.
Mengenai peranan setiap individu dalam sesebuah kumpulan ketika bercuti, Alisha menjelaskan caranya mungkin berbeza dengan kumpulan lain di luar sana. Jika mengikut cara dia dan kumpulannya, mereka akan membahagikan tugas tersebut mengikut hari. Misalnya, setiap orang dalam kumpulan itu akan mengambil tugas sebagai ketua untuk sehari dan ketua inilah yang akan menentukan destinasi dan aktiviti yang akan mereka pergi dan lakukan pada hari tersebut.
“Ketua ini juga perlulah mengetahui cara dan bagaimana itu ke lokasi berkenaan. Seperti pengangkutan apa yang perlu dinaiki dan lain-lain. Bagi saya dan kumpulan saya, kami mewajibkan untuk seorang ketua ini mengetahui sedikit ilmu mengenai tempat yang akan diterokai. Sebagai contoh, sewaktu kami ke Granada, Sepanyol, ketua ini perlu mengetahui sejarah tempat itu dan menerangkannya kepada kumpulan. Itulah yang kami amalkan,” kata bekas penuntut MRSM Tun Ghafar Baba ini.
Sememangnya cara yang diamalkan oleh Alisha dan kumpulan rakan percutiannya ini sangat membuka mata semua. Tidak hanya sekadar bercuti, ilmu juga boleh dikutip sewaktu melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
Banyak destinasi yang telah diterokai bersama rakan-rakannya seperti Turki, Sepanyol, Itali, Sweeden, Norway, Denmark, Qatar dan Saudi Arabia. Alisha juga mengakui sering bercuti dengan rakan-rakan yang sama kerana sudah selesa begitu dan kebiasaaannya hanyalah mereka bertiga sahaja.
“Saya selalu bercuti dengan orang yang sama kerana bila kita hendak bercuti ini kita perlulah mencari orang yang kita selesa bersama. Mereka yang sudah faham bagaimana perangai diri kita yang sebenar supaya percutian itu menjadi seronok kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.”
Tambahnya, dalam sesebuah kumpulan ini, perlulah ada banyak give and take untuk mengelakkan perselisihan faham. Disebabkan itu jugalah perlunya kita mencari teman bercuti yang betul supaya tiada masalah yang tidak dingini yang berpunca daripada seseorang individu itu berlaku di kemudian hari.
Alisha juga menjelaskan banyak manfaat yang boleh diterima sewaktu bercuti bersama kumpulan ini. “Menerusi cara ini, kita dapat belajar cara untuk berdikari di negara orang. Selain itu, kita juga akan lebih mengenali siapa rakan kita yang sebenar. Jujurnya, saya merasakan kita akan menjadi lebih rapat lagi dengan rakan kita selepas tamat waktu percutian itu.
“Seterusnya, kita akan belajar bagaimana untuk menguruskan duit dengan bijak tetapi pada waktu yang sama dapat menikmati waktu percutian itu dengan sebaik-baiknya. Kita juga akan menjadi lebih prihatin dengan keadaan rakan kita jika mereka kurang berminat dengan aktiviti yang dicadangkan. Inilah pentingnya komunikasi dan pentingnya untuk kita memahami perasaan orang sekeliling,” luahnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, peminat setia warna merah jambu ini sempat menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana yang ingin merancang percutian bersama. “Nasihat saya untuk gadis-gadis di luar sana, rancanglah percutian dengan sebaik mungkin. Kita boleh juga untuk ‘redah’ sahaja tapi lebih baik kita merancang dahulu dengan menyediakan jadual.
“Namun, kita tidak bolehlah menjadi terlalu rigid dengan mengikut jadual itu bulat-bulat sebab kita perlu ingat kita tidak tahu apa, musibah yang akan tiba-tiba berlaku di sana. Jadi kita perlu pandai membuatkan masa kita lebih flexible.
“Sememangnya tiada masalah pun untuk kaum perempuan untuk bercuti bersama asalkan kita tahu menjaga dan mengawal diri. Tahu batas kita supaya tiada masalah yang akan timbul. Selagi ada peluang untuk melancong, pergilah. Melancong bukan hanya membuka mata tetapi mampu menjadikan kita menjadi seorang yang lebih matang. Yang paling penting sekali, ingatlah bahawa kita ini hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang hanyalah Sang Pencipta,” tuturnya menutup bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, tindakan suami kepada pelakon jelita Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel yang membuat kejutan luar biasa buat permaisuri hatinya telah menjadi sorotan wargamaya sekaligus berjaya meruntun hati netizen dengan perasaan terharu.
Tindakan Aeril Zafrel yang menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis pacuan empat roda Brabus 900 Rocket Edition sebagai tanda cinta dan penghargaan buat isteri tercinta Wawa Zainal.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Aeril sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini bertujuan mahu berkongsi momen gembira itu bersama para pengikutnya dalam sebuah video pendek pada hari bersejarah tersebut.
“Akhirnya dapat juga hadiahkan si orange ni untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, sweet tak I?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Selain itu, tidak cukup menerima hadiah sebuah kereta mewah yang menelan belanja jutaan ringgit. Aeril turut memberikan Wawa sejambak bunga ros berona jingga berserta beberapa kotak beg tangan mewah berjenama Hermes.
Meninjau ke ruangan komen Hijabista mendapati rata-rata wargamaya meninggalkan komen terharu melihat cara Aeril menghargai dan melayani isterinya dengan penuh kasih sayang, sebagai respon sebaik menyaksikan video momen indah itu.
Sekadar info, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.