You are what you eat!  Sudah terang lagi bersuluh, kecantikan ataupun kesihatan diri boleh dimiliki asalkan menu pemakanan yang diambil sihat dan berkualiti. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, jangan ambil pemakanan yang tidak elok dan boleh memberi kesan negatif pada tubuh badan anda! 

Sumber gambar: Andres

Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan. Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.

Pelindung Sinar UV

Sumber gambar: Welshie.wonders

Cuaca panas pastinya memberi kemudaratan pada kulit badan kita. Bukan sahaja menyebabkan kulit terbakar dan kusam, malah ia juga boleh menyebabkan tona kulit tidak rata dan wajah nampak cepat tua! Oleh itu, makan bayam dengan kerap kerana ia mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin Edan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.

Anti-Penuaan

Sumber gambar: Martabranco90

Alamak! Wajah tampak tua dari usia! Ini adalah mimpi buruk! Jangan risau, amalkan sumber pecans atau kacang kemiri yang kaya dengan vitamin E. Ia amat penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.

IKLAN

Kulit Berjerawat

Sumber gambar: Aspire idea

Masalah kulit berjerawat merupakan masalah utama rakyat Malaysia. Bukan sahaja disebabkan faktor cuaca, malah sumber pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak dan manis antara punca kulit berjerawat. Apa kata jadikan timun sebagai menu utama anda? Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. 

Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.

IKLAN

Kulit Kering

Sumber gambar: ptankilevitch

Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflower dan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik

IKLAN
Sumber gambar: by_annatis

Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi  sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI