Walaupun jeragat tidak berbahaya tetapi ia menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya jeragat terjadi apabila kita terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran matahari.

Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat. Tidak dapat dinafikan, wajah yang mula dilitupi jeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek.

Berikut perkongsian Dr Syahida, Klinik Avicenna/BeautyLicious Medispa

5 PERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI JIKA KULIT SUDAH PENUH DENGAN JERAGAT

Pastikan produk yang anda gunakan tidak mengandungi Hydroquinone
Hydroquinone ini adalah cream yg hanya boleh digunakan oleh doktor dalam certain type of jeragat. Walau bagaimanapun sudah jarang digunakan kerana side effect nya jika guna berterusan lebih dari 6 minggu boleh menyebabkan onchronosis (jeragat jadi lebih teruk dan hitam).

Pada awalnya jeragat mungkin hilang sebentar namun tompok hitam lebih teruk dari jeragat asal akn tumbuh kembali. Namun hydroquinone ini banyak digunakan dalam produk lokal yg dipanggil krim timbang kilo!!

Memakai sunblock
Sunblock adalah wajib dipakai setiap hari dan jika tidak dipakai jeragat lama akan jadi semakin teruk manakala jeragat baru pulak akan naik kembali!! Sunblock memberi perlindungan kepada kulit dari sinaran UVA dan UVB yg bukan sahaja boleh menyebabkan kanser kulit dan sunburnmalahan menyebabkan jeragat semakin teruk. Sunblock yg terbaik adalah Sunblock Heliocare 360 hasil penyelidikan di Harvard selama 12 tahun oleh pakar kulit terkemuka DR Fritzpatrick.

IKLAN

Duduk dalam office tidak perlu pakai sunblock
Ini adalah kesilapan paling besar yang ramai lakukan. Kajian menunjukkan walaupun tidak terdedah kepada cahaya matahari secara direct, lampu di dalam office jugak mempunyai sinaran yg berbahaya.
Jadi utk hampa yg keje di office make sure pakai sunblock setiap masa dan tutup lampu sebelum tido.

Cari produk yang mengandungi alternatif kepada hydroquinone
Produk tersebut terbukti selamat seperti arbutin, kojic acid, azelaic acid, vitamin c (dalam bentuk yang stable). Semua chemical ini berfungsi untuk mencerahkan kulit dan juga selamat digunakan walaupun dalam tempoh yang lama!

Jeragat tidak boleh hilang sepenuhnya tanpa rawatan
Jeragat selalunya tidak boleh hilang sepenuhnya tetapi boleh pudar dan kurang hanya dengan gunakan produk (perlukan rawatan lanjut seperti laser/ chemical peeling/ prp dan lain-lain) Jeragat ada 2 jenis di lapisan epidermis atau lapisan dermis (lebih dalam).

Jeragat di lapisan epidermis lebih senang hilang manakala jeragat di lapisan dermis susah untuk hilang. Ade jugak yg ade jeragat jenis mix (both dermis dan epidermis), jeragat di kedua2 lapisan dalam masa yg sama!

IKLAN

Menurut statistik, jeragat pada kulit wajah merupakan masalah yang paling biasa dihadapi oleh masyarakat Asia. Hampir 50% konsultasi kepada doktor kulit dan doktor perubatan estetik adalah berkenaan masalah kulit berjeragat seperti masalah melasma, freckle, lentigenes dan bintik suria (sun spot).

Masalah hiperpigmentasi atau jeragat ini berlaku kerana sel kulit daripada jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen ‘melanin’ yang berwarna hitam yang duduk pada sel-sel kulit sehingga menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap.

Terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mengurangkan dan merawat masalah jeragat ini.

1. Elakkan daripada berjemur atau terdedah kepada cahaya matahari yang terik di waktu tengah hari dan petang. Jika perlu keluar gunakan krim pelindung matahari. Gunakan krim pelindung matahari ini daripada jenis yang tidak berminyak dan tidak menyebabkan masalah jerawat dengan kekuatan sekurang-kurangnya faktor pelindung matahari 30 (SPF30).

IKLAN

2. Bagi yang ingin menggunakan produk untuk menghilangkan jeragat, pastikan produk teserbut mengandungi bahan-bahan yang boleh menghalang aktiviti enzim tirosinase seperti tokotrienol, vitamin C, beta karotin, asid kojik, asid azelaik, alfa arbutin, asid mandelik dan hidroquinon. Bahan hidroquinon ini hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah sahaja, malah ia juga tidak selamat diamalkan untuk jangka masa yang panjang. Pastikan produk yang anda gunakan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri dan hidroquinon.

3. Terdapat juga beberapa suplemen dan vitamin yang boleh membantu mengurangkan masalah jeragat seperti vitamin C dan vitamin A dalam bentuk asid retinoik. Suplemen antioksidan daripada buah-buahan seperti buah beri, beri biru, beri hitam, acaiberi, strawberi dan sebagainya boleh membantu mengurangkan masalah jeragat ini.

Suplemen seperti glutathion dan asid alfa lipoik juga boleh membantu mengurangkan jeragat. Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan asid tranexamic untuk mengatasi masalah jeragat, walaupun terdapat juga kajian yang menunjukkan ia boleh mengurangkan jeragat tetapi ubat ini tidak disyorkan oleh FDA sebagai rawatan khusus untuk jeragat.

4. Dapatkan rawatan profesional dengan doktor yang terlatih jika anda menghadapi masalah jeragat yang teruk. Doktor akan memberikan krim-krim tertentu dan memantau rawatan untuk memastikan ia selamat.
Terdapat juga beberapa jenis rawatan yang dilakukan oleh doktor di klinik untuk merawat masalah jeragat ini seperti rawatan mikrodermabrasi, chemical peeling, rawatan laser suntikan dan ubat-ubatan tertentu. Janganlah membeli krim atau ubat-ubat secara atas talian yang tidak diketahui kandungan bahan di dalamnya kerana ia memberi risiko untuk anda mendapat pelbagai komplikasi kesihatan yang lebih merbahaya.

Elakkan daripada mengambil suntikan yang tidak anda ketahui bahan-bahannya daripada individu yang tidak bertauliah ataupun dari pusat-pusat kecantikan kerana ia juga berisiko pada kesihatan yang tidak anda ketahui.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang sihat dengan sayur-sayuran dan buah-buahan serta gunakanlah minyak sihat seperti minyak zaitun, minyak ikan dan minyak kelapa dara untuk memberi kesihatan dan pelindungan kepada kulit selain mengelakkan terjadinya masalah jeragat ini.

Sumber kredit: Dr Syahida, Klinik Avicenna/BeautyLicious Medispa

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI