Pakaian ataupun outfit ketika menunaikan ibadah umrah perlu diambil perhatian oleh kaum wanita. Pemilihan pakaian sesuai adalah amat penting untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan untuk beribadah di sana.
Di samping itu juga ada beberapa perkara penting yang kaum wanita jangan sesekali terlepas pandang dalam soal pemilihan pakaian ketika berada di Tanah Suci. Seeloknya, jubah atau abaya perlulah selesa dipakai, tidak meleret dan tidak terlalu nipis atau tebal.
Berikut perkongsian daripada Masnira Ramli yang menyentuh tentang pemakaian ketika menunaikan umrah.
Datang umrah sudah boleh pakai jubah berwarnakah? Kalau ikutkan dari dahulu, tiada masalah untuk jemaah umrah/ haji wanita untuk pakai jubah berwarna selain dari warna hitam.
Photo by ade-rifaie- from Pexels.
Kini, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong. Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selain dari jubah asalkan sopan.
Ads
Cuma menyentuh dari segi budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan design yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik. Terutama apabila datang umrah.
Solat di dalam masjid dengan jubah yang berwarna terang, design yang terlalu cantik juga boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.
Photo by alena-darmel from Pexels.
Kita ulangkaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid. * Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan. * Tidak bersolek dan memakai bau-bauan. * Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.
Ads
Jadi, jika bertanya pendapat saya untuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, design yang simple dan tidak sarat serta kurang hiasannya. Begitulah. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga.
Photo by pavel-danilyuk from Pexels.
Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat terawih di masjid berdekatan rumah, ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.
Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya.
Ads
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang untuk banyak mata memandang.
Sumber kredit: Masnira Ramli Top image: Photo by rhyan-stark from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Membaca doa di malam hari antara waktu yang disarankan kerana Allah SWT suka dengan hambanya yang terjaga di malam hari dan membaca doa kepada-Nya. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.
Tahukah kamu jenis doa yang sesuai dibacakan ketika di malam hari? Jom amalkan barisan doa dan zikir mudah ini untuk mendapat ganjaran pahala dan kebaikan dari-Nya.
Dari Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda:
“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:
لا إله إلا الله, وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد, وهو على كل شيء قدير, الحمد لله, وسبحان الله, ولا إله إلا الله, والله أكبر, ولا حول ولا قوة إلا بالله
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, Alhamdulillaah, wa Subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya;
Atau dengan mengucap kalimah;
اللهم اغفر لي
Allaahummaghfir lii.
Ya Allah, ampunilah dosa saya.
Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat, maka akan diterima solatnya – al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878.
Tidak susah kan untuk mendapat pahala di malam hari? Apa yang penting, kita haruslah sentiasa mengingati Allah S.W.T setiap masa kerana sesungguhnya Allah S.W.T ialah Maha Pencipta kita. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak solat Subuh, bangun 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas di atas muka bumi Allah.
Tak solat Zuhur, balik rumah makan nasi lauk ikan siakap, rasa ikan siakap. Makan bihun goreng, rasa bihun goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
Tak solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
Tak solat Maghrib, nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi walaupun tinggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
Tak solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi siha walafiat, tak sakit.
Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi ‘cash’ hukuman jadi muka khinzir.
Tapi sebab kita ini menumpang rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azab dariNya. Allah beritahu dalam Al-Quran balasan di akhirat sangatlah dahsyat bagi orang yang meninggalkan solat.
kredit: Facebook Assalamualaikum WMT
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bulan Ramadhan diketahui semua sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan. Maka kita sebagai umat Islam haruslah berlumba-lumba bagi mengejarkan ibadat untuk mendapat amalan pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan ini.
Selain itu, terdapat lagi satu amalan yang sangat baik dilakukan iaitu berdoa sebelum tibanya waktu berbuka puasa. Ini bukan bermakna waktu lain tidak elok, cumanya inilah waktu yang lebih afdal untuk berdoa.
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.
Semoga memberi manfaat buat semua.
In sha ALLAH.
Kredit : Syed Hameed
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!