Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi kerana banyak kebaikan yang anda boleh miliki darinya! Anda juga harus tahu bahawa sarapan pagi lebih penting daripada makan tengah hari.

Sumber gambar: Daria

Malah, jika anda seringkali meninggalkan sarapan pagi, kebarangkalian untuk berat badan anda bertambah sangatlah tinggi! Jadi, anda nak tahu apakah kebaikan sarapan pagi? jom baca!

Sumber gambar: Polina

1. Meningkatkan metabolisme

Jika anda ingin mengajar tubuh anda untuk mengambil diet yang sihat, anda tidak seharusnya meninggalkan sarapan pagi. Ini adalah kerana, pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur.

2. Sumber tenaga

IKLAN

Untuk membekalkan tenaga yang cukup, anda haruslah mengambil sarapan pagi yang sempurna. Ini dapat memberi anda semangat dan fokus yang tinggi untuk memulakan kerja atau aktiviti anda sepanjang hari. Skip hidangan pagi hanya akan membuat anda rasa lemah dan lesu.

Sumber gambar: Karolina

3. Lebih konsentrasi

Terutamanya kerja di pejabat, konsentrasi amatlah penting untuk memastikan kualiti kerja bagus dan tidak terjejas. Oleh kerana itu, janganlah anda tinggalkan sarapan pagi kerana selepas berpuasa dari pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk boost up konsentrasi sewaktu kerja dan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong buatkan kita lapar dan hilang fokus.

IKLAN

4. Sumber nutrisi yang mencukupi

Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan pagi hanya akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi.

Sumber gambar: Ketut

5. Mengelakkan dari berat badan bertambah

IKLAN

Apabila anda mengambil sarapan pagi yang secukupnya, anda tidak akan makan dengan banyak pada waktu tengah hari, petang dan juga malam. Ini secara tidak langsung dapat mengawal pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan sekali gus dapat mengawal berat badan anda. Inilah sebabnya sarapan pagi amatlah diwajibkan dalam menu pemakanan diet anda!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI