Oppa, saranghae!

Sebut sahaja mengenai K-pop atau apa sahaja berkaitan dengan hiburan dari Korea, pasti ramai yang sudah memiliki minat tersendiri daripada pelakon hinggalah penyanyi. Tidak bernokhtah di situ sahaja, pasti juga ramai yang ingin memiliki kulit cantik seperti selebriti Korea yang sentiasa mempunyai kulit yang putih, mulus dan berseri! 

Sumber gambar: Hallyumart

Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda rahsia kecantikan masyarakat Korea yang sememangnya menjadi idaman ramai. Bukan itu sahaja malah, rakyat dari negara Jepun juga turut sama memiliki kecantikan wajah yang luar biasa! Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.

Sumber gambar: South China Morning Post

1. Sumber teh hijau! Sebenarnya banyak kebaikan teh hijau untuk kecantikan kuit. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

Sumber gambar: Insider

2. Seterusnya untuk pencuci muka pula, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424. Apakah itu teknik 424? Ha! Teknik 424 ialah teknik di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

IKLAN

3. Produk penyegar wajah juga menjadi fokus utama dalam rejim kecantikan mereka. Tidak ramai yang peduli tentang kebaikan produk ini, malahan produk penyegar muka mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Barulah muka bersih dengan betul! Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

4. Sama juga seperti penyegar muka, produk pelembap muka dipercayai memebri kelembapan yang penuh pada wajah dan akan menyebabkan wajah tidak akan kering. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

IKLAN

5. Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

IKLAN
Sumber gambar: Healthy Skin

7. Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI