Ada tak yang mengalami masalah bintik atau kutil bawah mata? Bukan jerawat tapi kutil kolestrol. Memang sukar untuk hilangkan bintik putih bawah mata ni walaupun menggunakan pelbagai cara. Ia sukar hilang sebab jika puncanya timbul bintik ini tidak diketahui.
Biji kolesterol (lemak) atau xanthomas dan juga dikenali sebagai milia. Ia adalah lebihan lemak yang muncul di bawah kulit. Semua orang berpotensi untuk mendapat biji kolesterol ini termasuklah kanak-kanak mahupun orang dewasa, perempuan ataupun lelaki.
Xanthomas boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan tetapi biasanya terdapat pada siku, lutut, tangan, kaki, sendi, dan punggung. Namun, biasanya ia terjadi di bawah mata atau spesifiknya dikenali sebagai xanthelasma palpebra.
Kolestrol jahat di bahagian mata dan muka
Ramai yang mula-mula salah anggap itu ialah jerawat. “Jerawat nasi” sebab halus dan berwarna putih. Memang siapa yang ada bintik putih bawah mata itu tandanya badan anda terlebih kolestrol jahat.
Individu yang tidak mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi pun boleh menghadapi biji kolesterol jenis ini. Tanda-tanda tahap kolesterol tinggi dalam badan ialah munculnya biji lemak di bahagian mata atau muka.
Ada tak yang mengalami masalah ini? Cuba belek muka sendiri? Mesti mencari cara untuk mengatasi dan menghilangkan bintik kolesterol yang mencacatkan rupa wajah. Bintik kolesterol terjadi apabila terdapat lebihan lemak yang terbina di bawah kulit.
Ads
Masalah kolesterol tinggi memang agak membimbangkan kerana banyak penyakit berpunca dari kolesterol tinggi ini. Masalah ini tidak semestinya dihadapi oleh orang gemuk sahaja malahan orang yang kurus juga berisiko mengalami masalah kolesterol jika cara pemakanan tidak dijaga.
Cara Mengukur Kadar Kolestrol :
Normal – jika kolestrol kurang atau sama dengan 200 mg/dL
Sederhana tinggi – kolestrol 200 mg/dL hingga 239 mg/dL
Berbahaya – kolestrol 240 mg/dL
Tanda-Tanda Kolestrol Tinggi
Sering kebas-kebas pada kaki.
Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, muka dan bahagian leher yang disebabkan kadar tringliserida yang tinggi.
Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
Sering berasa sakit.
Arteri semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. (kaki merupakan bahagian paling sedikit mendapat darah).
Senak dada sbelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
Cara Atasi Biji Kolestrol
1. Kurangkan makanan yang bergoreng serta berlemak yang tinggi kandungan kolestrol.
Kolestrol Jahat ialah kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan dikenali sebagai LDL. Kolestrol baik dikenali sebagai HDL.Contoh makanan yang perlu dikurangkan ialah daging, majerin dan dessert yang manis-manis.
Ads
2. Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan.
Banyakkan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran kerana ia boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kerana kandungan fiber. Digalakkan ambil buah segar dan jus buahan tanpa campuran gula. Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur untuk membantu turunklan paras kolestrol.
Ads
3. Amalkan makanan yang mengandungi Omega 3.
Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
4. Lebihkan bawang putih dalam masakan
Bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit kita perlu dibelai dengan penjagaan yang lebih daripada kebiasaannya. Oleh itu, inilah masanya untuk anda memberikan belaian kasih sayang dengan produk yang bebas daripada paraben dan wangian demi kebaikan kulit anda.
La Roche-Posay telah disarankan oleh lebih 90,000 pakar dermatologi seluruh dunia, kami mempunyai misi untuk memberikan yang lebih baik buat anda yang mempunyai kulit sensitif. Dirumus khas oleh seorang ahli farmasi pada tahun 1975, jenama ini kini telah berada di lebih 60 buah negara.
La Roche-Posay menawarkan rangkaian produk kecantikan yang menarik untuk digunakan pada setiap hari. Selain itu, produk kami dicipta khas untuk merawat masalah kulit yang berlainan yang dialami oleh pelanggan.
Jenama ini juga membangunkan formula daripada air ‘selenium-rich’, yang turut digunakan di Thermal Center, iaitu pusat dermatologi pertama di Eropah. Air istimewa ini diketahui umum sebagai bahan yang mempunyai ciri antioxidant dan juga agen penyembuhan.
Di samping itu, rangkaian produk La Roche-Posay telah dihasilkan mengikut formulasi yang teliti dan ketat di tahap konsentrasi yang optimum bagi menghasilkan yang terbaik. Tambahan pula, produk-produk ini juga telah melalui saringan ujian klinikal yang ketat supaya ia berkesan dan selamat digunakan walaupun pada kulit sensitif.
La Roche-Posay merupakan jenama dermo-kosmetik pertama di dunia. Antara rangkaian produk kami yang menjadi pilihan semua ialah Lipikar (untuk kulit kering), Anthélios (untuk proteksifoto), Effaclar (untuk kulit berjerawat), Tolériane (untuk kulit sensitif) dan Cicaplast (untuk membaiki kulit).
Bagi memberikan sentuhan berbeza untuk kulit anda, cubalah produk La Roche-Posay dan jangan lupa untuk mendapatkan tawaran istimewa dari ‘La Roche-Posay x Shopee Super Brand’ pada 27 – 28 Mei akan datang. https://bit.ly/2WyQk3X
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bermula semalam 29 April pengguna WhatsApp di Malaysia boleh menggunakan fitur panggilan suara atau panggilan video berkumpulan hingga 8 orang. Menerusi sebuah kenyataan pemberitahuan, fitur ini telah dilancarkan untuk semua pengguna, baik di smartphone Android dan iPhone di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
WhatsApp meningkatkan keupayaan panggilan video, dengan mempertingkatkan keupayaan panggilan video di sebabkan penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika wabak virus korona.
Panggilan suara atau video berkumpulan boleh memuatkan sehingga lapan peserta. Fitur ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja pengguna berada.
Untuk menggunakan ciri kumpulan panggilan video agak mudah. Inilah langkahnya:
Walau bagaimanapun, jika satu kumpulan mempunyai lebih daripada empat ahli, pengguna mesti meningkatkan jumlah peserta satu persatu untuk mencapai maksimum lapan orang.
Walaupun panggilan video kumpulan WhatsApp mampu memuatkan lapan orang, jumlah peserta masih rendah berbanding aplikasi lain.
Anda boleh menggunakan aplikasi Google Duo, aplikasi pesanan segera ini telah meningkatkan kapasiti maksimum peserta kumpulan panggilan video dari lapan hingga 12 orang. Boleh lah hilangkan kerinduan melalui video whatapp ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun kerajaan tidak membenar kita kunjung mengunjung ketika raya, tidak semestinya wajah kelihatan kusam. Ramai mengabaikam pemakaian krim di rumah. Salah tindakan itu, wajah yang berseri dan bercahaya datangnya dari kulit yang lembap. Jadi jangan abaikan pemaikaian krim wajah.
Peranan utama krim wajah adalah melembapkan kulit dan memastikan kelembapan tersebut tetap terjaga. Pada dasarnya, krim wajah dapat dipakai di pagi dan malam hari. Namun, anda boleh menyesuaikannya dengan jenis dan kondisi kulit Anda. Menggunakannya hanya di malam hari pun tiada masalah.
Meski sama-sama digunakan setelah essence, krim wajah berbeza dengan face emulsion. Perbezaannya adalah pada jumlah kandungan minyak. Krim wajah mengandung minyak yang lebih banyak dapat menjaga kelembapan kulit dengan lebih baik.
Selain itu, teksturnya yang krim memudahkan pencampuran bahan aktif menjadi lebih efektif dan sangat berfungsi. Makanya, krim wajah merupakan item penting untuk anda yang menginginkan produk yang berkuasa dalam melembapkan.
Contoh bahan pelembap yang dicadangkan:
Ceramide, proteoglycan, glycosphingolipid, hyaluronic acid, amino acids, squalane, lipidure (polyquaternium-51 atau polyquaternium-61), collagen, glycerin, butylene glycol,dipropylene glycol,sodium PCA, dan lainnya.
Biasanya, penjelasan tentang kandungan dijelaskan lebih lengkap di web rasmi produk. Oleh itu, periksalah web rasmi dan baca pelbagai review dari pengguna di internet untuk informasi yang lebih tepat.
Krim pemutih wajah sering dianggap sebagai jalan pintas untuk memperoleh kulit wajah cerah dan anggun seketika. Siapa pun boleh tergoda dengan label “dapat memutihkan kulit” pada produk whitening cream, terlebih apabila ada anggota keluarga atau teman yang berhasil membuktikannya. Tanpa berpikir panjang, pasti langsung membeli produk yang sama.
Apabila Anda salah satu yang menginginkan kulit wajah putih dan bersih, tidak ada salahnya menggunakan krim pemutih wajah yang bagus di pasaran. Tapi sebelumnya, Anda perlu tahu bahwa setiap orang memiliki tipe kulit berbeda-beda, termasuk Anda. Oleh karena itu, untuk kulit normal, kering, berminyak, atau kombinasi, ada baiknya mengenali terlebih dahulu jenis krim seperti apa yang cocok.
Sebelum meninjau senarai krim pemutih wajah terbaik, jom fahami dulu poin-poin dalam memilih produk. Sekian banyaknya pilihan yang tersedia, tentu membuat sebahagian dari anda bingung. Oleh itu, berikut penjelasan perkara yang perlu diperhatikan. Mulai dari kandungan, kadar perlidungan dan ada tidak bahan penyokong semua wajib anda periksa.
Untuk mewujudkan tuntutan yang ditawarkan, krim pemutih wajah mengandungi bahan-bahan pencerah yang berfungsi mengikut ciri-cirinya. Ini dia beberapa kandungan pemutih yang biasa terkandung dalam whitening cream.
Sinaran matahari secara langsung menyebabkan tubuh memproduksi melanin sebagai bentuk perlindungan. Pigmentasi berlebihan membuat warna kulit gelap, untuk anda yang mempunyai kulit gelap dan kusam akibat hiperpigmentasi, pilihlah krim pemutih wajah dengan kandungan vitamin B3 atau niacinamide.
Vitamin B3 lazim disematkan dalam produk pencerah kulit. Kandungan ini bertindak sebagai antiinflamasi yang juga baik untuk membantu pengurangan jerawat. Dalam rangka mencerahkan wajah, niacinamide akan mengurangi pembentukan melanin, kulit pun tampak sekata.
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan, juga bekerja menyingkirkan oksigen aktif dan menangkal penuaan pramatang. Bintik-bintik hitam pada wajah dapat dikurangkan dengan vitamin C. Zat yang memberikan perlawanan terhadap radikal bebas ini menurunkan jumlah melanin serta mencegah tindakan enzim tirosinase. Temukan vitamin C pada krim pemutih wajah dari jenama ternama dan lokal.
Agar bekerja secara optima untuk memutihkan kulit, vitamin C harus masuk ke lapisan bawah epitelium. Oleh itu, perhatikanlah seberapa efektif krim pilihan anda meresap ke dalam kulit. Pastikan vitamin C yang terkandung konsentrasi tinggi dan berbentuk stabil dengan pH agar tidak mengiritasi kulit.
Dari beberapa bahan pemutih yang umum dicantumkan, hydroquinone merupakan salah satu yang patut diberikan perhatian lebih. Hydroquinone adalah komponen yang terbukti berkuasa mencerahkan noda dan bintik hitam, mengatasi perubahan warna kulit akibat penuaan, serta mengurangi stretch mark.
Hydroquinone menimbulkan efek samping seperti neuropati, suatu penyakit sistem saraf bila tidak dipakai secara tepat. Oleh kerana itu, perhatikanlah kadar hydroquinone dalam krim pemutih yang anda pilih. Minta nasihat pakar untuk menerima anjuran penggunaan sekaligus pantauan ketat agar terhindar dari risiko negatif.
Kulit yang putih bercahaya boleh diraih dengan rutin menggunakan krim dengan kandungan arbutin. Bahan yang dihasilkan hydroquinone ini sangat efektif mengatasi hiperpigmentasi kulit dalam bentuk topikal. Pada kulit yang mengalami hiperpigmentasi, arbutin berperanan baik mengatasi mengesan hitam dan kulit kusam.
Arbutin ditemukan pada dedaunan kering pada beberapa spesis tanaman berbeza, contohnya blueberry, cranberry, bearberry, dan pokok pir. Meski efektif menghalang pembentukan melanin yang mencetus penggelapan, kandungan arbutin pada krim pemutih wajah juga perlu disesuaikan dengan keperluan. Rujuk pada pakar kulit untuk nasihat lanjut.
Kojic acid popular sejak 1989 sebagai komponen perawatan kulit. Bahan ini sama seperti whitening agent lain yang beroperasi mepengaruhi pembentukan pigmen kulit dengan intensiti kerja lebih ringan. Kojic acid akan menekan pembentukan tirosin, iaitu asid amino yang diperlukan untuk memproduksi melanin.
Pada orang yang berkulit gelap, melanosit menciptakan lebih banyak melanin sehingga berakhir pada kegelapan kulit. Pada krim pemutih wajah, kojic acid dikombinasikan bersama bahan lain, bukan sebagai komponen tunggal. Alasannya, kompaun ini bersifat tidak stabil, harus digabungkan dengan zat-zat lain agar warnanya tidak berubah coklat.
Adanya bahan-bahan yang berbahaya pada krim pemutih kulit. Oleh itu, waspadalah agar tidak salah memilih produk. Telitikan setiap kandungan yang tertera pada label bungkusan produk. Bila terdapat bahan seperti petroleum jelly, vitamin E, atau asid ekstrak buah misalnya, komponen-komponen tersebut telah dibuktikan selamat.
Bahan-bahan berbahaya yang dimaksud, seperti merkuri. Kandungan merkuri pada krim pemutih dituliskan dengan nama lain, contohnya calomel, chloride, mercuric, dan mercurio. Hydroquinone yang membawa efek negatif bila penggunaannya tidak sesuai anjuran doktor.
Hydroquinone pada produk biasanya dicatitkan dengan nama lain seperti arctuvin, benzohydroquinone, p-Hydroxyphenol, p-Hydroquinone, 1,4-Benzenediol, p-Benzenediol, bezoquinol, 1,4-dihydroxybenzol, benzene, aida, dan tequinol. Pada takaran tinggi, hydroquinone berubah kecoklatan ketika terpapar udara luar atau matahari, sedangkan merkuri menjadi keabuan gelap atau hijau.
Krim pemutih wajah dibezakan menjadi dua jenis berdasarkan waktu penggunaan, iaitu krim pagi (day cream) dan krim malam (night cream). Krim pagi dengan fungsi whitening, utamakanlah produk dengan zat penawar matahari, misalnya SPF (Sun Protector Formula).
Carilah krim pemutih multi-spektrum, sehingga kulit pun terlindungi dari sinar UV-A dan UV-B. Penggunaan harian sudah cukup dengan day cream ber-SPF 15 ke atas. Jika lebih banyak beraktiviti di luaran, gunakanlah krim dengan SPF lebih tinggi agar efektif penghalang matahari semakin tinggi, serta waktu kerjanya lebih lama.
Anda yang mengalami permasalahan kulit kering, fikirkan untuk memilih krim wajah yang dibekali agen pelembap. Lazimnya, produksi bergantung pada bahan-bahan pelembap seperti hyaluronic acid, glycerin, elastin, ceramide, dan kolagen untuk menahan kadar air di dalam kulit.
Walaupun dikategorikan sebagai bahan pelembap, beberapa komponen dibezakan berdasarkan lokasi kerjanya. Misalnya saja, hyaluronic acid, elastin, dan kolagen bekerja pada dermis (lapisan di bawah paling luar kulit atau epidermis). Kemudian, bahan seperti ceramide, cholesterol stearate, dan natural moisturizing factors (NMF), beroperasi aktif pada bahagian luar kulit atau epidermis.
Kulit lembap menyokong proses pencerahan lebih optima. Maka, carilah keseimbangan kandungan antara bahan-bahan pelembap yang bekerja pada dua bahagian kulit, yakni epidermis dan dermis. Di samping melembapkan, bahan-bahan seperti hyaluroniac acid, ceramide, kolagen, dan lainnya efektif melawan tanda penuaan.
Penting memastikan ada kandungan zat aditif pada setiap produk kosmetik, tak terkecuali krim pemutih wajah. Zat aditif dalam jumlah sedikit masih boleh ditoleransi, namun anda yang berkulit sensitif tetap perlu berwaspada dengan bahan ini. Sebaik mungkin, carilah krim wajah dengan zat aditif seminimal mungkin.
Zat-zat yang merangkumi bahan tambahan antara lain paraben, surfaktan, parfum, phenoxyethanol, dan sebagainya. Jumlah sedikit zat aditif tidak memberikan efek buruk pada kulit, namun tidak terjadi untuk semua orang.
Krim pemutih wajah yang dipakai sebagai day cream dan night cream. Dibuat dari ekstrak bunga sakura yang dipetik langsung dari Jepun, produk yang sesuai untuk remaja ini memberikan hasil pemakaian berupa kulit lebih putih dan cerah merona hanya dalam 4 minggu.
Kandungan ekstrak bunga sakura yang digabungkan dengan whitening vitamin, iaitu vitamin B3 dan vitamin C, menjadikan krim ini tak hanya mencerahkan warna kulit, namun sekaligus menutrisi wajah. Apabila anda punyai masalah dengan flek hitam atau noda lain, Garnier Sakura White Pinkish Radiance Whitening Cream mampu mengusirnya. Kulit wajah halus dan berpori kecil juga boleh diperoleh dengan pemakaian krim pemutih jenama Garnier ini.
Innisfree Whitening Pore Sleeping Pack adalah krim pemutih wajah yang tepat untuk anda gunakan sebagai penunjang proses pencerah wajah di malam hari saat tidur. Pada keesokan harinya, ketika dibersihkan, Anda akan terlihat perubahan signifikan pada tingkat kecerahan kulit wajah.
Krim dengan fungsi mencerahkan dari Innisfree ini bukan sekadar membuat wajah kelihatan cerah bercahaya, tetapi juga meratakan warna kulit dan menyamarkan noda hitam yang mengganggu penampilan. Salah satu kandungannya iaitu ekstrak buah tangerine dari Pulau Jeju menawarkan hasil kulit halus dan lembut bagaikan puteri raja.
Olay juga mengeluarkan cream pemutih wajah dengan SPF. Diciptakan dalam tekstur losyen yang ringan, akan lebih mudah ketika mengaplikasikannya ke seluruh permukaan kulit wajah. Krim pemutih wajah SPF 24 ini boleh digunakan untuk pemilik jenis kulit berminyak. Olay White Radiance Intensive Whitening Cream bebas formula minyak.
Di dalamnya terdapat vitamin B3 dengan konsentrasi tinggi yang efektif menyamarkan bintik hitam, sehingga berdampak pada kulit kelihatan lebih cerah. Selain mudah digunakan, Olay Whitening Radiance Intensive Whitening Cream juga mempunyai formula ringan sehingga ideal digunakan sebagai night cream.
Krim pencerah wajah daripada Senka ini adalah multifungsi iaitu melembap, merawat dan mencerah dengan hanya 1 langkah sahaja. Dengan mengandungi Shiseido m-tranexamic acid untuk merawat pigmentasi pada kulit wajah akibat pancaran sinar UV terus ke lapisan kulit.
Diperkaya dengan White Silk, Rice Bran dan madu ianya dapat mengekalkan hidrasi pada kulit wajah anda yang kekeringan. Kandungan asid Hyaluroniknya pula bertindak sebagai pelembap untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.
Bahan pembersih wajah ini dapat mengekalkan lembapan pada kulit walaupun dibasuh secara konsisten 2-3 kali seminggu. Ianya mampu untuk membersih kotoran yang melekap pada lapisan luar kulit wajah sambil menutup liang pori terbuka. Ini untuk mengelakkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Produk Halal daripada Wardah ini juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, pembersih wajah ini akan membuatkan kulit anda terasa lembut bak sutera!
Produk ini diperkaya dengan vitamin C dan arbutin yang dapat menghilangkan jeragat dan meratakan tona kulit tidak sekata untuk kulit yang lebih cerah berseri. Kandungan Hyaluronic Acid nya membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, membuatkan kulit berasa licin dan lembut. Formulanya ringan, tidak berminyak, tahan lama serta bebas daripada pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna yang boleh menyebabkan iritasi.
Krim pengencang dan pemutihan yang menampilkan penghalang yang melindungi kulit dan pada masa yang sama mencegah kulit kusam dan mengurangkan kekencangan. Ia mempunyai tekstur seperti gel (tetapi krim) dengan aroma bunga. Mudah dicampur dan memberi anda rasa yang menyegarkan.
Krim Sendayu Tinggi ini sesuai untuk penggunaan harian kerana ia memiliki tekstur lembut dan mudah diratakan pada kulit. Dengan mengandungi SPF15 untuk perlindungan terhadap sinaran UV. Fungsi utama krim ini adalah untuk membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat sambil memutihkan kulit. Anda boleh memiliki kulit yang licin dan putih berseri jika memakainya secara konsisten.
Dikemas dalam bentuk botol berwarna biru yang membuat tampilannya kelihatan mewah dan mahal, krim pemutih wajah ini dapat anda gunakan pada pagi dan siang hari sebelum mengaplikasikan pelembap wajah. L’oreal Paris menuntut krim pemutih wajah ciptaannya ini mampu memberikan efek hidrasi bagi kulit yang kering.
Belum usai di situ, krim pemutih wajah ini pula membuat kulit kelihatan bersinar dan bertekstur halus. Apabila dipakai dalam jangka panjang, performa yang terus-menerus bekerja pada kulit akan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah. Tekstur kulit lembut dengan warna merata juga boleh anda peroleh hanya dengan rutin mengaplikasikan L’oreal Paris White Perfect Laser Day Cream.
Produk krim pencerah wajah dari Pond’s ini teruji secara klinikal memberikan hasil sesuai dengan tututan pada kemasannya. Dari hasil pengujian tersebut, dapat dilihat bahzwa Pond’s Flawless White Visible Lightening Day Cream ini mampu menyamarkan noda hitam dan membuat wajah lebih bercahaya hanya dalam satu minggu pemakaian. Dijual dengan harga murah, tentu Anda boleh menghemat pengeluaran apabila tertarik membeli produk ini.
Pond’s menyertakan bahan khusus seperti rose lumiere serum yang dihasilkan dari ekstrak kelopak bunga mawar alphine untuk membantu menyamarkan kulit kusam dari dalam. Selain itu, ekstrak bunga mawar alphine akan menjaga kelembapan dan elastisitas kulit. Pakailah secara rutin Pond’s Flawless White sebagai krim pemutih wajah permanen harian, Anda akan merasakan perubahan ajaib pada kulit wajah anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!