Jerawat merupakan masalah kulit yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Jerawat juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri jika ianya agak serius. Hari ini, memang tidak dinafikan banyak rangkaian produk untuk menghilangkan masalah jerawat.

Namun, tidak semua yang mampu memberi keberkesanan yang cepat dan efektif. Jadi, apa kata kita guna bahan semula jadi untuk merawat masalah jerawat ini terutamanya jerawat batu yang sememangnya menyakitkan.

Sebelum itu, untuk info, jerawat berpunca dari pelbagai aspek antaranya adalah:

  • Lapisan kulit mati tersumbat pada pori-pori kulit
  • Faktor keturunan
  • Kelenjar peluh yang menghasilkan banyak peluh
  • Faktor pemakanan
  • Kurangnya bersenam atau bersukan

Antara bahan semula jadi atau kaedah tradisional yang boleh cuba adalah:

  1. Serbuk kunyit
Sumber gambar: Shopee

Kunyit mengandungi banyak kelebihan & kebaikan untuk kulit muka kerana ia mengandungi bahan yang mampu melawan keradangan kulit & memberi kesan antiseptik kepada kulit dimana kunyit adalah sumber magnesium dan vitamin c yang baik, kandungan serat yang agak tinggi, vitamin B6, potasium & zat besi tetapi kadar kandungan sodiumnya yang sangat rendah.

Cara menggunakan serbuk kunyit untuk menghilangkan jerawat  :

IKLAN
  • Ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan sedikit air.
  • Pastikan ia pekat dan selepas itu, pakai seperti mask dan seterusnya sapu di muka.
  • Biarkan kering selama beberapa 5-10 minit dan basuh.
  • Ulang beberapa kali sehingga nampak jerawat tu hilang.

2. Daun Pudina

Sumber gambar: Majalah Sains

Sama juga seperti kunyit, daun pudina juga berfungsi untuk merawat jerawat. Malah ia juga boleh merawat gatal-gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, jerawat, dan banyak lagi masalah kulit.

Cara menggunakan daun pudina untuk menghilangkan jerawat  :

  • Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan sabun atau pencuci muka.
  • Kemudian sediakan 8 hingga ke 10 helai daun pudina yang telah dicuci bersih.
  • Tumbuk daun pudina hingga halus.
  • Tempekkan daun yang telah ditumbuk halus itu ke bahagian jerawat anda selama 15 minit.
  • Kemudian gosok-gosokan (scrub) daun pudina tersebut di tempat jerawat sebelum anda membersihkan muka anda dengan air suam. Ia akan meransangkan jerawat tersebut untuk keluar.
  • Lakukan dengan kerap selama 2 atau 3 kali seminggu.

3. Limau Nipis

IKLAN
Sumber gambar: Veggies.my

Bukan hanya boleh menghilangkan bau ketiak ataupun kaki, malah limau nipis mampu untuk membunuh kuman, kolera dan tifoid. Ia mengandungi Asid sitrik yang berfungsi untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C yang amat baik untuk kulit wajah.

Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan jerawat  :

  • Belah dua limau nipis tersebut dan sapukan pada muka terutama pada muka yang ada tumbuh jerawat.
  • Biarkan ia kering selama 10-15 minit.
  • Jika anda terasa pedih, itu adalah kerana vitamin c sedang bekerja memasuki jerawat tersebut.
  • Bilas muka anda dengan air suam sehingga bersih.
  • Ulangi beberapa kali dan lihat hasilnya.

4. Bawang Putih

IKLAN
Sumber gambar: Jawa Pos

Bawang Putih merupakan jenis rempah-rempah yang memiliki kandungan anti-bakteri dan anti viral. Kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencegah dan mengatasi jerawat pada kulit anda. Selain itu, bawang putih juga memiliki kandungan allicin yang mampu menghaluskan dan melembutkan kulit berjerawat. Sedangkan kandungan minyak atsiri yang tersimpan di dalamnya mampu membuang kadar minyak berlebih pada kulit wajah yang menjadikan punca tumbuhnya jerawat.

Cara menggunakan Bawang Putih untuk menghilangkan jerawat  :

  • Kupas dahulu bawang putih dan hiris dengan nipis.
  • Sebelum menyapu dan gosok bawah putih ke tempat jerawat, kamu seharusnya bersihkan terlebih dahulu kulit wajah yang berjerawat dengan air suam.
  • Kemudian sapu dan gosok irisan bawah putih tadi pada jerawat.
  • Kemudian biarkan semalaman dan bersihkan pada keesokan harinya dengan air sejuk dan sabun ataupun pembersih muka.
  • Anda boleh lakukan cara ini setiap malam sebelum tidur untuk kesan yang efektif.

5. Timun

Sumber gambar: Hello Doktor

Seperti yang kita tahu, ramai yang membuat mask menggunakan timun. Ini adalah kerana, timun mengandungi Vitamin A, B1, B2 dan C. Timun membantu untuk mengurangkan masalah jerawat dan meredakan keradangan jerawat batu di kulit wajah.

Cara menggunakan Timun untuk menghilangkan jerawat  :

  • Sediakan sebiji timun segar bersama-sama dengan satu senduk yogurt.
  • Bersihkan timun tersebut dan kemudian timun itu dipotong nipis.
  • Tambahkan yogurt pada potongan timun, kemudian gaul rata yogurt pada permukaan timun.
  • Tempelkan timun di seluruh muka.
  • Biarkan selama 15 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air suam.
  • Ulang beberapa kali dan anda boleh lihat hasilnya nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI