
Perkara paling merunsingkan wanita pada kulit wajah mereka selain jerawat ialah jeragat. Walaupun jeragat tidak berbahaya tetapi ia menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sebenarnya jeragat terjadi apabila kita terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran matahari. Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat.
Tidak dapat dinafikan, wajah yang mula dilitupi jeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek.

Namun tidak salah jika kita mencuba cara semula jadi berbanding rawatan moden kerana tentulah ia memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi.
Jom kita cuba tip menghilangkan jeragat hasil perkongsian Amy Azila ini.
PETUA HILANGKAN JERAGAT
Nak tahu cara-cara hilangkan jeragat di wajah anda dalam masa yang singkat? Gunakan sahaja 4 bahan-bahan semulajadi yang semestinya selamat dan tidak berbahaya!
BAHAN-BAHAN:
1 genggam beras
1 sm kunyit hidup
Sedikit putih telur
Perahan lemon/limau nipis

CARA-CARA:
1. Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
3. Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis.
4. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber kredit: Amy Azila
Rawat Kulit ‘breakout’ Dengan Produk ‘Drugstore’ Pada Harga Berpatutan & Mudah Didapati

Penjagaan kulit memang penting terutamanya bagi kaum wanita. Masalah kulit ‘breakout’ sering dihadapi oleh setiap wanita dan sekurang-kurangnya akan dialami sekali seumur hidup. Bila muka ditumbuhi jerawat, anda sendiri akan terasa malu untuk keluar berjumpa kawan-kawan sekaligus buat anda hilang keyakinan diri.
Anda tentu merasakan bahawa hanya produk mahal mampu merawat masalah kulit yang anda alami tetapi sebenarnya anda silap. Pemilihan produk yang tepat juga penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri, Produk yang dijual di drugstore juga sebenarnya bagus dan mampu merawat masalah kulit anda.
Nak tahu produk mana yang elok dan baik untuk kulit, baca perkongsian Aznini Azis menerusi laman Facebooknya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Pertama sekali, kulit muka aku breakout bukan disebabkan oleh pemakaian local produk tapi disebabkan alergik makanan. Jenis jerawat yang menyinggah tak payah cakap la semua jenis ada. Jerawat batu, nasi, pasir and so on. Kalau dah muka menggerutu cenggitu nak keluar rumah pon kurang confident apatah lagi nak jumpa orang. Nasib la aku jenis yang study jauh dari kampung takdela orang kenal sangat. Okay ni antara produk yang aku guna yang harga mampu milik dimana korang semua memang terlebih mampu nak beli.
1. Pencuci Muka (Eucerin White Therapy Clinical Gentle Cleansing Foam)
Untuk korang yang kulit sensitif, korang boleh try guna ni. Sebab kulit aku memang over sensitif. Bila try je cleanser lain yang tak sesuai terus rasa pedih dan muka jadi kering gila plus merah-merah mintak cendol. Tapi yang ni serius best sebab dia moist kan kulit dan langsung tak mengeringkan kulit.
2. Skrub (St. Ives Oatmeal Scrub + Mask)
Okay part scrub ni korang kena pilih ikut jenis kulit sebab dia dah spesifikasi kan mengikut jenis kulit muka kita. Aku pilih yang oatmeal sebab dia punya biji scrub tu halus dari yang appricot punya. Yang oatmeal ni sesuai untuk korang yang dry skin sebab dia bertindak melembapkan kulit.
3. Toner (Safi Penyegar)
Okay toner ni tak semua orang rajin nak pakai. Tapi dia antara step yang paling penting dalam rutin harian. Bagi korang yang ada masalah pori terbukak lebar seluas kuali tu korang memang patut apply toner. Paling malas pon sehari sekali pon dah cukup la. Tak kisah la toner jenis apa pon janji sesuai dengan kulit muka korang.
4. Serum (Chriszen)
Okay serum ni tak semua orang suka pakai jugak sebab ada yang jenis melekit dan berminyak. Korang kena pandai cari yang water based sebab dia terus meresap ke dalam kulit kita. Aku pilih yang ni sebab dia ada effect brightening dan moisturizing plus ada collagen sekali.
5. Moisturizer (Safi Pelembap Muka)
Mesti pelik kan, dah pakai serum pastu nak pakai moisturizer lagi? Aku suka double kan dia sebab kulit aku jenis dry. Lagipun aku suka buat benda ni mekap based sebelum aku pakai mekap sebab dia buat skin kita nampak moist and glow gittew.
6. Masker (NARUKO)
Masker ni best gila babas sebab dahlah murah lepastu banyak pilihan pulak. Korang pon tau kan produk naruko ni antara produk yang best seller dekat taiwan. So aku pernah try yang hydrating dengan yang brightening. Dia punya skin lepas pakai memang best. Dia dapat minimize kan pores kita dan memang hydrate kan kulit. Serius korang kena try!
7. Ubat Jerawat (POND’S Acne Clear)
Okay dalam banyak-banyak ubat jerawat yang aku pernah try tapi yang ni paling superb. Bagi la jerawat besar gedabak mana pon dia boleh settle. Sapu malam ni esoknya terus lesap gittew. Lepas apply korang akan rasa panas atau pedih sikit mungkin sebab nak matikan kuman dekat jerawat tu.
8. Ubat Parut (Hiruscar Gel)
Yang ni pon best sebab murah tapi berkesan. Ramai yang syorkan ubat parut yang sampai 80 hinggit tapi sis tak mampu nak beli. Last sekali cuba yang ni dan kesan dia memang bagus. Memang la dia punya kesan bukan harini sapu besok hilang. Makan masa jugak la diknon. Mana-mana ubat parut pon cenggitu la kesan dia. Yang aku cuba sampai kan ni dia murah tapi kesan dia setanding dengan yang mahal. Haa gitu.

Kesimpulannya aku baru try semua produk ni awal tahun 2018. Sekarang dah kira 2 bulan lebih la tapi serius menjadi. Sebab tu la aku kongsikan supaya korang pon boleh berjimat dalam merawat kulit. Aku paham macam mana perasaan bila muka menggerutu dengan jerawat dan parut berkeliaran. Self-confident tu memang low gila. Nah aku dah try bagi solusi dekat korang. Besok boleh pegi cari. Goodluck!
Sumber: Facebook Aznini Azis
Kembalikan Keyakinan Diri Dengan Senarai Produk Ini, Rutin Kecantikan Untuk Hijabi Kulit Berminyak Terlampau.

Apabila kulit muka berminyak ia akan menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan mula terhasil di muka anda seterusnya menjadikan anda kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Jika kamu tergolong di dalam golongan beauty junkie, jenis-jenis kulit tentu bukan perkara yang asing. Salah satu masalah kulit adalah kulit berminyak. Sayangnya jenis ini boleh mengurangkan kepercayaan diri. Minyak di kulit, atau disebut sebum, dihasilkan oleh kelenjar sebasea (sebaceous glands) yang berukuran sangat kecil, dan jumlahnya paling banyak di kulit wajah dan kepala. Sebum sendiri berfungsi untuk melindungi dan menjaga kelembapan kulit.
Ada berbagai penyebab wajah berminyak. Ada di antaranya, memang mustahil untuk dicegah. Jom semak apa punca kulit berminyak dan senarai produk yang sesuai untuk hijabi yang mempunyai kulit berminyak
Punca Kulit Berminyak
-
- PEMAKANAN – Kulit berminyak apabila pengambilan makanan berminyak dan berlemak.
- KOSMETIK – Menggunakan barangan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit.
- GENETIK – Ada sebhagian dari anda yang memang dilahirkan dengan kulit berminyak.
- HORMON – Ketidakseimbang hormon juga boleh menyebabkan kulit mula berminyak terutamanya kepada kaum wanita yang datang bulan.
- TEKANAN – Ada sesetengah dari anda mungkin bekerja di kawasan panas atau terbuka. Minyak yang keluar dari muka dihasil dari habuk dan juga kepanasan.
Untuk mendapatkan hasil lebih hebat buat kulit wajah anda, langkah rutin skincare juga haruslah mengikut urutan yang betul agar kulit tampil lebih flawless. Jom lihat senarai dibawah untuk mengetahui info tentang produk skincare sesuai untuk kulit berminyak anda;
1. GARNIER Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam
Harga bersesuaian untuk remaja yang baru berjinak dengan rejim kecantikan
Pembersih muka ini mampu untuk membersihkan wajah dari kesan-kesan minyak dan kotoran yang melekat pada kulit wajah dengan berkesan. Berfungsi untuk membersih secara mendalam dan mampu mencerahkan kulit kusam serta meningkatkan tahap kesihatan kulit agar wajah anda tampak segar dan bermaya. Kandungan pembersih muka ini pula menggunakan bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan iritasi dan sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak.
2. Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub
Skrub muka yang menghalang pertumbuhan jerawat dan penghasilan minyak berlebihan
Produk skrub ini berkesan untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan jerawat, skrub muka ini akan mengurangkan kesan minyak berlebihan selama 12 jam dan berfungsi untuk meningkatkan kesihatan kulit. Diformulasi dengan ekstrak blueberry dan bahan anti-bakteria yang dijamin tidak akan menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit wajah. Ianya dapat membantu melawan kulit wajah yang berminyak cenderung jerawat. Selain menghalang penghasilan minyak berlebihan, fungsi utama skrub ini adalah untuk melindungi parut jerawat dan cela, sekatakan kembali tona kulit, menghapus kulit kusam, menghalang sinaran UV, membersih serta menutup liang pori terbuka.
3. NANO WHITE Refining Treatment Toner
Toner untuk kulit berminyak dan terbaik mengecilkan liang pori
Toner ini mengandungi teknologi nano, Omega White-C, Allantois, ekstrak Orange, Lemon dan Blueberry yang mampu untuk mengimbangi serta bertindak sebagai astringen. Ianya juga dapat meminimumkan liang-liang dari mengeluarkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk mengurangkan sebum berlebihan dan mengecilkan liang-liang pori.
4. HIMALAYA Almond and Cucumber Peel Off Mask
Face mask untuk menyegarkan kulit berminyak di area T-Zone
Mask muka ini berfungsi untuk membersih liang pori serta mampu menarik segala kekotoran pada kulit muka agar menjadi lebih sihat dan berseri. Kandungan Almond di dalam face mask ini dapat menenangkan dan melembutkan kulit. Ekstrak timun pula memberi kesan penyejukan, manakala nanas menghilangkan kotoran dan sel-sel mati serta mengekalkan keanjalan kulit. Mask muka yang sesuai digunakan oleh anda yang alami masalah kulit kering kerana kulit jenis ini sering memiliki pori-pori yang tersumbat dan mudah teriritasi.
5. HIMALAYA Herbals Under Eye Cream
Eye Cream untuk kulit berminyak dan sensitif – elak iritasi di kawasan mata
Produk eye cream ini telah disah dan diformulasi dengan kandungan herba untuk menjaga kawasan yang lebih halus serta cepat sensitif seperti bawah mata. Ianya mampu untuk mengawal lingkungan gelap atau dark circle bawah mata. Terbaik dalam mengurangkan kedutan di bawah mata dan dapat menyihatkan kulit berpanjangan. Skincare ini sangat sesuai untuk anda yang miliki kulit berminyak serta sensitif kerana ianya dirumus dengan 100% bahan organik dan semulajadi.
6. COSMODERM Tea Tree Oil Oil Control Serum
Serum untuk kulit berminyak terbaik dari drugstore
Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree yang mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersih pori terbuka. Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.
7. COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Essence berfungsi meremajakan kulit untuk kulit yang berminyak
Essence ini dibuat dengan lendir siput domestik yang telah ditapis sebanyak 96% untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam skincare ini. Ianya mampu mengubah kulit sambil mengekalkan kelembapan dan menggalakkan kulit menjadikan sihat. Essence ini bertindak dengan menambah zat-zat nutrien kepada kulit untuk mencegah dan memperbaiki kerosakan pada kulit. Kulit akan kekal anjal dan kelihatan awet muda sepanjang masa. Sesuai digunakan untuk anda yang alami masalah kulit berminyak kerana ianya sangat ringan dan lembut pada kulit.
8. NEUTROGENA Oil Free Moisture
Moisturizer untuk mengekalkan lembapan pada kulit wajah kaum lelaki
Moisturizer ini bebas minyak dan diformulasi sangat ringan serta sesuai digunakan untuk kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya dapat melembapkan kawasan kering sambil mengawal sinar di kawasan berminyak untuk mendapatkan hasil kulit lebih halus. Kulit akan kelihatan lebih lembut dan licin serta kemasan mattenya dapat bertahan sepanjang hari. Sesuai digunakan oleh lelaki yang kebanyakannya mengalami masalah kering dan berminyak kerana tidak menggunakan produk skincare yang tepat.
9. OLAY Total Effects Night Facial Cream
Night Cream untuk kulit berminyak dan kusam agar kekal berseri dan awet muda
Night cream atau krim malam ini adalah untuk memulihkan 7 masalah kulit yang seringkali dialami oleh wanita. Diformulasi dengan Vitamin B3, Pro-B5 dan E, ianya mampu untuk mengurangkan garis kedutan, sekatakan tona kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengkekalkan lembapan pada kulit serta menghalang kulit kusam. Krim ini sesuai digunakan pada waktu malam agar bahan aktif yang terkandung di dalam skincare tersebut dapat berkerja secara ekstra. Ini kerana ianya dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah.
10. BIORE UV Perfect Face Milk
Sunblock untuk memutihkan kulit – melindungi kulit dari sinaran UV
Sunblock ini merupakan produk yang ringan dan sangat licin untuk kegunaan harian agar kulit terlindung daripada sinaran UVA & UVB. Dengan kemasan matte, sunblock ini juga mengandungi serbuk penyerap sebum yang mampu menyerap minyak berlebihan untuk makeup tahan lama serta memberi kesan pencerahan serta-merta pada kulit muka. Gunakannya setiap hari agar kulit anda dapat dielakkan daripada terkena sunburn atau kulit menjadi gelap akibat pembentukan melanin.
Senarai produk ini dicadangkan oleh productnation
Kaum Wanita Lebih Ramai Hadapi Masalah Selulit, Amalkan Rawatan Mudah Ini!

Lebih kurang 85% hingga 90% kaum wanita yang berumur lebih dari 18 tahun
(selepas pubertasi) akan menghadapi masalah selulit (tidak kira sama ada sudah
bersalin atau tidak).
Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi
“gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di bahagian paha, punggung, pinggul
dan dada. Bagi lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang
tertumpu di perut dan dada.

Selulit adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan penampilan kulit berlekuk yang disebabkan oleh lapisan lemak yang terkumpul di lapisan bawah kulit. Kadang-kala, kebanyakan orang akan keliru dengan selulit dan ‘stretch mark’. Selulit akan menyebabkan permukaan kulit tampak tidak rata dan berkedut seperti oren. ‘Stretch mark’ pula adalah garisan putih atau rekahan yang muncul pada peha, perut, lengan dan betis.

Selulit boleh diasingkan kepada tiga gred:
Gred 1 : tiada tanda atau gejala klinikal tetapi pemeriksaan mikroskopik yang dilakukan
pada sel-sel lapisan bawah kulit akan mengesan berlakunya perubahan anatomi
Gred 2 : kulit kelihatan pucat, mempunyai suhu yang lebih rendah dan kurang anjal di
samping perubahan anatomi yang dicatatkan di bawah pemeriksaan mikroskopik.
Gred 3 : kulit kelihatan kasar seperti kulit buah oren dengan semua tanda dalam Gred 2
sebelumnya.
Menurut Dr Christie Moey, Pakar Perubatan Estetik, Clique Clinic, selulit biasanya terjadi di
kalangan wanita tetapi boleh berlaku kepada kedua-dua jantina.
“Punca-punca selulit yang terbentuk tidak begitu jelas tetapi terdapat teori yang telah
dikemukakan, seperti selulit dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan dan tidak bersenam. Ramai berpendapat hormon seperti estrogen, insulin, noradrenalin, tiroid dan prolactin memainkan peranan dalam proses pembentukan
selulit.
Rawatan efektif untuk hilangkan selulit.

Selulit tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Terdapat banyak produk, mesin dan krim yang
boleh rawat selulit tetapi tiada rawatan khusus yang terbukti keberkesanannya.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara yang dibuktikan begitu efektif untuk
mengurangkan selulit dan melicinkan selulit seperti lasers (fractional CO2 laser, Picogenesis Cutera), radiofrequency (Sylfirm, Tixel), ultrasound (Ultherapy), suntikan (Rejuran, Ellanse, Radiesse, Belotero, PRP), subcission, dan sebagainya.
“Selulit bukanlah keadaan perubatan yang serius dan rawatan tidak perlu. Sebenarnya, ramai doktor menganggap selulit adalah kejadian biasa,” tambah Dr Christie.
Fakta tentang gejala selulit:
1. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan
selulit.
2. Ia biasanya berlaku di bahagian abdomen, kaki, peha dan kawasan pelvis dan
biasanya terbentuk selepas baling.
3. Selulit boleh berlaku mula dari umur 18 ke atas, tetapi selulit adalah lebih biasa
dengan penuaan, apabila kulit kehilangan keanjalanya.

Cara-cara untuk elak dari mendapat selulit:
1.Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan
rendah lemak seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mempunyai serat tinggi
2.Air putih juga dapat beri manfaat pada tubuh dengan memberi kelembapan pada kulit.
3.Amalkan senaman secara kerap untuk mengekalkan berat badan yang diperlukan.
4.Kurangkan tekanan /stress.
5.Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat.