‘Jatuhlah Air Mata Kami Bersama’-Memey Suhaiza Kongsi Sedih Dengan Pemergian Baby D

Share

Semalam kita telah dikejutkan dengan pemergian anakanda tercinta Abby Abadi iaitu Muhammad Daniah Firman atau Baby D.
Bayi pramatang itu telah dilahirkan dengan berat 535gram pada 27 September yang lalu.

Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember yang lepas.

Berkongsi rasa sedih, Memey Suhaiza yang juga sedang mengerjakan umrah turut berasa sebak bila mendapat tahu akan perkara ini dan terharu melihat ketabahan Abby dan suami, Muhammad Faizal menghadapi dugaan ini.

Selain itu, rata-rata rakan artis serta peminat juga turut sebak dengan pemergian Baby D.

Ya Allah, sungguh berat ujian buat Abby dan pasangannya ini. Salam takziah diucapkan buat mereka. Semoga Abby dan keluarga terus cekal, diberikan ketabahan dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin.

IKLAN