Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa lamakan sesuatu produk itu akan bertindakbalas setelah dipakai. Jangan tukar semua produk sekali gus. Cuba pakai satu persatu dan kekalkan rutin yang sedia ada supaya kulit dapat menerima perubahan secara perlahan-lahan.

Jangan tergoda dengan ‘jualan diskaun’ yang ditawarkan di kedai drugstore sebaliknya cuba dahulu sesuatu produk satu demi satu, bukannya beli sekali gus. Sekurang-kurangnya setiap satu produk pakai selama seminggu atau dua minggu untuk melihat keberkesanannya.

Setiap produk itu sebenarnya ada tempoh-tempoh yang anda boleh rasa berkesan atau tidak. Untuk lagi berkesan, apabila tukar produk baru, step exfoliate jangan lupa. Bila tanggalkan sel kulit mati, sel kulit baru akan terhasil dan produk lagi mudah menyerap pada kulit wajah. Produk tidak perlu banyak, yang penting langkah wajib kukuhkan dan konsisten.

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

IKLAN

 

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merawat kulit wajah dengan lebih berkesan. Ingat, paling penting untuk merawat kulit wajah mengambil masa bukannya dalam tempoh yang singkat. Oleh itu kesabaran diperlukan bagi memastikan usaha anda untuk merawat kulit wajah menemui kejayaan.

Sumber kredit: Facebook Fatina Amalina

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI