Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan alasan untuk tidak kekal aktif. Senaman itu penting bagi memastikan tubuh tidak rasa lembik lemau. Tiada alasan untuk tidak bersenam kerana apabila kita bersenam, tubuh akan cergas, segar dan bertenaga.

Tak Nak Badan Lembik? Jangan Stop Untuk Kekal Aktif.

Musim-musim PKP ni, semua pergerakan kita terbatas kan. Nak joging tak boleh, nak pegi gym pun tak boleh.

Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak kekal aktif.

Anda tahu tak, ada kajian mengatakan jika seorang atlet berlatih sekurang-kurangnya setahun, bila atlet tersebut berhenti bersenam tiba-tiba, dia akan kehilangan separuh daripada kecergasan fizikal dalam masa 3 bulan.

Kalau yang baru start bersenam selama 2 bulan pula mereka akan kehilangan sepenuhnya selepas 2 bulan.

IKLAN

Sebab itu kalau kita perasan, bila kita dah aktif, bila tinggal senaman dalam tempoh yang agak lama, bila nak mula balik tu badan jadi lemah, lemau, semua ada.

Dalam ilmu Fisiologi, kehilangan kecergasan otot ini kita panggil “disuse atrophy” iaitu kehilangan tisu dan jisim otot yang tidak digunakan.

Bila ia terjadi, otot anda akan mengecil dan jadi kurang “firm”.

IKLAN

Otot-otot yang sebelum ini aktif dan “firm” akan ditukarkan menjadi otot “couch potato” yang sangat mudah berasa letih.

Tambah pula dengan tidak menjaga pemakanan, berat badan pun cepat naik.

Nasihat seorang ahli fisiologi sukan, anda jangan berhenti bersenam melebihi 2 minggu!

IKLAN

Jika tidak, ia akan memaksa anda untuk mengambil masa dua kali lebih lama untuk mula cergas kembali okay.

Jadi, please jangan sia-siakan kecergasan badan, otot-otot yang anda dah bina selama ni.

PKP lagi 2 minggu, itupun tak tentu lagi. Jadi teruskan kekal aktif dengan senaman ringan.

2-3 kali seminggu pun dah okay. Tak lama pun, 20-30 minit sahaja. Ia juga membantu kita untuk menguatkan sistem imun badan.

Sumber kredit: Sharinaz Redwan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI