Siapa yang tidak menginginkan kulit yang sihat, licin dan selembut sutera? Bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat, bebas jerawat, jeragat dan sebagainya, anda perlulah rajin membelai kulit wajah secara konsisten.

Tidak dapat dinafikan bukan semua orang bertuah dikurniakan kulit sihat, bermaya dan mulus tanpa jerawat, jeragat mahupun masalah kulit lain yang merimaskan. Oleh sebab itulah kita perlu rajin melakukan perawatan kulit wajah agar kulit wajah kekal sihat dan berseri.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

Antara perawatan kulit wajah yang penting uintuk menaikkan seri kulit wajah ialah rawatan pengelupasan kulit wajah. Tujuan pengelupasan kulit ialah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Jika sel-sel kulit mati ini masih menempel maka kesannya kulit akan kelihatan kusam dan kelihatan tidak bermaya.

Apabila kulit wajah tidak dilakukan proses pengelupasan maka ia akan menyebabkan terjadinya garis-garis halus, jerawat, perubahan warna kulit dan banyak lagi. Berikut kesan-kesan yang berlaku jika kita tidak melakukan proses pengelupasan kulit wajah.

MENCEGAH JERAWAT
Manfaat pengelupasan kulit wajah ialah untuk membantu mengatasi jerawat kerana ia boleh menurunkan pH kulit serta menyingkirkan bakteria pada kulit wajah. Pengelupasan kulit wajah juga membantu membersihkan kotoran kulit sehingga menyebabkan kulit lebih sihat dengan pori-pori kulit wajah yang tidak tersumbat.

IKLAN
Photo by Anna Nekrashevich from Pexels

KULIT LEBIH SIHAT, BERSIH DAN BERSERI
Manfaat pengelupasan wajah juga menjadikan kulit wajah tampil lebih sihat dan berseri.
Memang jelas berbeza kulit wajah yang dilakukan proses pengelupasan dengan yang tidak. Kulit kelihatan kusam, pucat dan kelihatan tidak berseri berbanding kulit wajah yang konsisten dengan pengelupasan.

SUPAYA PRODUK-PRODUK LAIN YANG DIPAKAI LEBIH BERKESAN PADA KULIT
Apabila sel-sel kulit mati dapat disingkirkan pada kulit wajah maka segala produk perawatan kulit wajah yang dipakai selepas itu akan lebih mudah meresap ke dalam lapisan kulit wajah. Ia membantu produk lain yang anda pakai pada kulit anda menembusi lebih dalam.

Photo by Elly Fairytale from Pexels

MEMINIMUMKAN KEROSAKAN KULIT AKIBAT SELARAN CAHAYA MATAHARI DAN HIPERPIGMENTASI
Pendedahan kulit wajah pada sinar cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan kulit wajah. Proses pengelupasan menjadikan kulit wajah memulihkan kembali kulit wajah yang rosak. Bagi mereka yang mengalami masalah pigmentasi, proses pengelupasan amat membantu memulihkan kembali keadaan kulit wajah. Hasilnya kulit kelihatan lebih rata dan lebih muda.

IKLAN
Photo by Houcine Ncib on Unsplash

MENGHALUSKAN GARIS-GARIS HALUS DAN  KEDUTAN
Pengelupasan kulit wajah juga akan membantu untuk menghaluskan garis-garis halus pada kulit wajah. Ia juga turut membantu untuk memudarkan serta menghilangkan kedutan pada kulit wajah secara perlahan-lahan.

HIJABISTA: Proses pengelupasan mampu menghasilkan kulit baru yang bebas kusam dan menjadikan wajah lebih cerah dan berseri secara semula jadi.

IKLAN

Sumber kredit: Top image: Photo by Polina Kovaleva from Pexels  Canva

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI