Sesungguhnya nasi tidak bersalah. Asal nak kurus je, terus jauhkan diri dari nasi sedangkan nasi menjadi sumber tenaga tetapi perlulah diambil dengan kadar yang terkawal.

Masalah berat badan terjadi apabila nasi diambil melebihi kuantiti yang sepatutnya.

Berikut perkongsian Dr Says.

Topik: Cukuplah Dengan “Owh I Tak Makan Nasi”

Kita sembang diet arini. Satu kepercayaan karut yg cukup terkenal di Malaysia ialah kalau nak lose weight JANGAN MAKAN NASI. Ibarat nasi ni COVID-19 je. Pastu bila tanya “tak makan nasi, ganti dengan ape?”. Jawabnya roti, mee kuning, ketiau, bihun, pasta, kentang. Ya Rabb SAMA JE semua tu, satu kumpulan karbohidrat dengan nasi tu peeps! Meh sy tanya antara 2 keping roti putih dengan sepinggan nasi mane lagi mengenyangkan?

Korang berhenti isi minyak, masuk kedai nampak ade sandwich tuna mayo & telur pastu korg beli & makan, korang rasa kekenyangan korang tahan berapa lama? Kalau setakat sandwich tu rasanya terhadam kat tekak sy je, tak sempat cecah perut sebab terlalu ringan walhal kalori 2 keping roti dikerat mengiring tu sebijik dengan sepinggan nasi. Nasi ni jadi bersalah ada 2 sebab je. Satu, korang amik dalam kuantiti yg ganas contohnya nasi tambah/ nasi membukit. Kedua, korang amik yg persediaannya jahat contohnya digoreng kasih sayang/ kuah banjir mengalir.

IKLAN

Otherwise nasi ni perfectly safe to consume walaupun nak lose weight. Nasi ni fuel bagi kita. No fuel kereta jalan tersengguk2. No carbs aka nasi otak kita slow lampi. Cukup2 lah sebarkan fitnah pasal nasi ni. Lepasni kalau korang dengar kawan korang nak lose weight korang tanya dia awal2 “ape plan ko untuk lose weight?” kalau die jawab “aku nak buang nasi doe, nasi COVID doe, taknak makan dah doe” korang hantar la gambar kecewa sy ni kat dia suruh dia makan roti2 kat perut sy tu k? Plz peeps, school yourself before u get school-ed by me.

IKLAN

Tolong Jangan Membabi Buta Malaysian

Sorry topik sedikit kasar tapi sy muak menjawab dm mengenai segala “shortcuts” untuk mengurangkan berat badan ni. Dari detox tea ke fat burner ke krim sapu pembakar lemak ke bekung pelangsing ke ber-tapa dalam sauna ke tutup kipas kasi berpeluh lencun dan akhirnya ke air kosong letak garam mampu membunuh COVID-19 (tiberrr tapi saje nak nyatakan kemengarutan ni)

Sebelum korang keluarkan cash korang/ swipe kad korang/ keluarkan cash suami/ swipe kad suami tidakkah akal korang berfikir sejenak “MACAM MANA product/ kaedah ni mampu menurunkan berat aku?” or korang jenis beli je dulu pastu guna je dulu pastu kalau tak menjadi takpe cuba product lain? Come on peeps tahukah anda yg selalu menjadi mangsa produk sebegini adalah mereka yg KURANG BERPENDIDIKAN, NAIF & STATUS EKONOMI RENDAH?

IKLAN

Have some respect to urself because u deserve better. Daripada korang menghabiskan duit kat benda2 tak berfaedah & mungkin merosakkan hati & buah pinggang korang, baik korang gunakan duit tu untuk beli fresh food & healthy groceries. TAK ADA SHORTCUT when it comes to losing weight. Kalau ada shortcut kenape laaa Malaysia masih mengungguli negara paling obese kat Asia Tenggara ni? Proper diet, regular exercise & proper rest are all u need for a prosper life ok peeps?

Sebenarnya boleh sahaja kita makan nasi tetapi biarlah beragak-agak. Segenggam nasi sudah mencukupi. Lebihkan lauk-pauk dan sayur-sayuran. Kuah jangan banjir ya sis. Renjis-renjis dan cukup sis!

Sumber kredit: Dr Shazril Shaharuddin

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI