Pada masa kini, kita sering lihat ramai gadis yang mula terjebak mengenakan seluar senteng tanpa sarung kaki di khalayak ramai. Tak salah untuk berfesyen tapi seharusnya kita tahulah batas-batasnya dalam agama kerana bila berpakaian sebegitu, kita juga akan mendapat dosa kerana mendedahkan aurat.
Ads
Ads
Ads
SOALAN :
Apakah hukumnya di sisi syarak orang perempuan memakai seluar yang singkat yang mendedahkan betis atau ketingnya seperti ini?
JAWAPAN :
Bermula aurat perempuan di hadapan lelaki yang ajnabi ialah sekelian badan melainkan muka dan dua pergelangan tangan.
Oleh itu apabila kaum perempuan keluar dari rumah dengan memakai seluar atau kain yang singkat yang mendedahkan betis atau ketingnya maka dia telah melakukan satu perbuatan maksiat kerana haram dengan ijmak ulamak perempuan mendedahkan betis atau keting di hadapan lelaki ajnabi.
Ertinya : “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar r.a. telah masuk kepada Rasulullah saw dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu baginda berpaling daripadanya dan bersabda : Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa betis atau keting yang didedahkan dalam soalan penanya adalah aurat yang wajib ditutup ketika keluar.
Berdosalah jika sengaja memakai pakaian yang menampakkan keduanya bahkan tumit perempuan pun adalah aurat yang haram didedahkan.
Di dalam hadith yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.
Ertinya : “Apabila adalah pakaian perempuan itu labuh sampai menutup akan belakang dua tapak kakinya.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Kerana itulah ulamak menetapkan haram hukumnya perempuan itu menampakkan dua tumitnya kepada selain dari mahramnya.
Berkata Mufti Jordan Dr Nuh Ali Sulaiman :
قرر الفقهاء أن جميع بدن المرأة عورة أمام الأجانب إلا الوجه والكفين فيحرم عليك أن تظهري شيئا من قدميك للرجال غير المحارم
Ertinya : “Telah menetapkan oleh fuqahak bahawasanya sekelian badan perempuan adalah aurat di hadapan segala lelaki ajnabi kecuali wajah dan dua pergelangan tangannya. Maka haram atas kamu menampakkan suatu dari dua tapak kakimu kepada segala lelaki selain dari segala mahram.” (Majlis Fatwa Jordan)
kredit foto: twitter @ZainatunAdilah
Kesimpulannya haram bagi kaum perempuan memakai seluar atau kain yang singkat yang tidak menutup betisnya atau ketingnya kerana kaum perempuan sekali pun bertudung di kepalanya tetapi mendedahkan betisnya atau ketingnya adalah dikira perempuan yang bertelanjang yang disebut di dalam hadith.
Berkata ulama :
والمرأة التي تخرج من بيتها وهي تلبس الملابس الضيقة التي تصف تقاطيع جسمها وتضع المكياج وترتدي حذاء يكشف رجلها تدخل ضمن الكاسيات العاريات اللاتي توعدهن رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحديث الشريف.
Ertinya “Dan orang perempuan yang keluar dari rumahnya dan dia memakai pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya dan memakai akan alat solek dan berfesyen dengan fesyen yang mendedahkan akan kakinya adalah termasuk dalam kalangan perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang yang telah diberi amaran oleh Rasulullah saw pada hadith yang mulia.”
Bersempena hari ulangtahun kelahiran isteri dan juga rakan seperjuangan dalam arena politik negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuliskan sebuah ucapan penuh makna khas buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ucapan berkenan telah dizahirkan Anwar menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, berserta muat naik gambar bersama yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Anwar menyifatkan Azizah sebagai seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan setia berbakti kepada suami, keluarga dan masyarakat.
Malah, Anwar berkata, Azizah adalah seorang ibu yang tidak pernah jemu dan lelah menabur bakti dan mencurahkan kasih sayangnya.
Selain bekas juara Dewi Remaja Haneesya Hanee yang ditarik balik gelaran berkenaan dan dikenakan tindakan oleh pemilik jenamanya, dua orang lagi bekas dewi juga turut menerima nasib sama. Salah seorang darinya adalah Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman, 23 tahun yang merupakan salah seorang peserta berhijab.
Menyedari tindakan dilakukan memalukan dirinya serta jenama Dewi Remaja itu sendiri, telah diadakan sidang media khas bertujuan untuk memberitahu hal sebenar. Ernisha dalam sidang media itu mengakui dirinya bersalah dan memohon maaf serta mahu dirinya diberi peluang kedua.
“Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan.
“Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku,” kata Ernisha.
Dalam pada itu ketika dihubungi sebelum ini, Ernisha mengakui berdepan saat sukar apabila kontroversi membabitkan dirinya itu, sementelah dia adalah peserta berhijab. Namun itu bukanlah dijadikan alasan untuk Ernisha membuka hijabnya.
“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.
“Namun buat masa ini (lepas kejadian) saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih. Doakan saya terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan,” ujarnya yang mengakui apa dilakukan sebelum ini adalah kesilapan besar.
Menurutnya dia memang salah pergi dan bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Malah turut menyesal dengan perbuatan dilakukannya itu.
Akibatnya dia mendapat pembalasan dari Allah apabila aibnya disebarkan supaya dia akan kembali ke pangkal jalan yang betul.
Walau bagaimanapun saat berdepan kontroversi ini Ernisha turut bersyukur kerana keluarganya cukup memahami dan memberi sokongan padu.
“Mula-mula keluarga memang terkejut, malah terkilan dengan sikap saya memandangkan saya adalah anak sulung mereka. Mereka Tak sangka sikap saya jadi begini tetapi akhirnya keluarga boleh terima saya seadanya.
“Keluarga maafkan perbuatan saya dan minta saya perbaiki diri, berdoa dan banyakkan bersabar. Kekuatan saya untuk menghadapi semua kontroversi adalah sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus bagi semangat.
“Malah ada antaranya yang saya tak kenal, mereka ini secara personal mesej dan jumpa serta beri kata-kata motivasi supaya saya berubah dan bertaubat,” akui Ernisha yang turut terkejut dengan sokongan yang diterimanya ini.
Malah menurutnya ada antara insan yang tidak dikenali turut memberi sokongan dan berikan nasihat supaya saya berubah.
“Mereka ini (insan tidak dikenali) yang dulunya juga jahil, tetapi kini sudah berubah memakai tudung litup datang bagi nasihat. Golongan ini faham jiwa dan darah muda yang mahu mencuba benda baru.
“Mereka ini faham situasi ini dan beri nasihat. Ini kerana mereka juga pernah lalui benda yang sama. Tetapi kini mereka sudah berubah dan jadi insan yang lebih baik.
“Kedatangan mereka diterima dengan hati terbuka dan niat mereka untuk melihat saya berubah cukup dihargai,” tambahnya yang turut belajar sesuatu dari kesilapannya.
Walaupun begitu, Ernisha tidak akan mengalah dan putus asa untuk terus berada dalam industri hiburan ini. Namun buat masa ini dia akan melalui tempoh bertenang.
“Saya akan kembali semula nanti. Tetapi dalam tempoh itu saya akan isikan diri ini dengan pelbagai ilmu seperti bidang lakonan, pengacaraan atau nyanyian sebelum mula bertapak kembali.
“Doakan saya agar terus kuat menghadapi segala dugaan ini. Satu pengajaran yang saya dapat dari insiden ini adalah jangan terlalu mudah mempercayai orang lain walaupun sahabat baik kita sendiri.
“Orang yang paling rapat itulah yang tahu baik buruknya diri kita sebenar. Insya-Allah saya akan ingat apa yang terjadi dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama,” akhirinya.
Faizni Fazreen Fazera binti Faizul, 20 dan Erni Nurshahira binti Khairul Zaman, 23 tampil untuk berjumpa dengan pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Remaja bagi kes yang melibatkan mereka.
Atas kesalahan melanggar kontrak yang telah mereka baca dan persetujui sebelum menyertai pencarian Dewi Remaja 2018/2019, gelaran finalis Dewi Remaja milik mereka terpaksa ditarik balik.
Di dalam kontrak tersebut, telah termaktub di bawah satu seksyen ‘Standard Terms and Conditions’ yang melarang para peserta daripada berkelakuan kurang sopan, tidak senonoh atau melakukan apa jua perbuatan dan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi penganjur dan pemilik jenama iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan yang reputasi para peserta sendiri. – REMAJA
Kebiasaannya kaum Hawa akan memilih untuk menjual produk kosmetik ataupun pakaian apabila menceburi bidang perniagaan. Namun situasi itu berbeza buat Arliya Munif,21, apabila dia memilih untuk menjual perabot terpakai di Kedah.
Bukan calang-calang, usahawan muda dari Merbok ini mampu mencipta jualan mencecah RM100,000 sebulan melalui perniagaan yang diusahakannya itu sejak tahun 2017.
Menggunakan nama Perabot Berkualiti Kedah, perniagaannya itu kini menjadi perhatian penduduk setempat kerana menawarkan perabot terpakai pada harga mampu milik.
Ujarnya, dia menceburkan diri dalam perniagaan berkenaan selepas melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya disebabkan oleh kerosakan kecil.
“Idea menjual perabot terpakai bermula apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang sehingga mengakibatkan pencemaran.
“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja dan ia nampak baharu semula malah ada yang kelihatan mewah,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, dia juga menjual perabot terpakai kerana mahu memberi peluang kepada golongan B40 melengkapi keperluan rumah mereka dengan harga mampu milik.
“Melalui perniagaan ini, saya dapat jual perabot pada harga berpatutan dengan kualiti yang memuaskan hati.
“Lagipun kalau nak beli perabot baharu harganya mahal dan ramai orang tidak mampu,” katanya.
Bermula dengan modal sebanyak RM1,500, Arliya yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan ini memulakan perniagaan dengan membuka kedai pertamanya di Jeniang, Kedah.
Dia yang ketika itu sedang mengikuti pengajian diploma tidak menyangka bisnes diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Setahun kemudian, dia membuka cawangan kedua pula di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok.
Jelasnya, pembukaan kedai tersebut didorong oleh jualan yang tinggi selepas beliau memasarkan perabot terpakai yang diambil dari Singapura.
“Selepas enam bulan beroperasi, kami mula mendapat permintaan agar menyediakan perabot dari negara tersebut kerana jaminan kualitinya.
“Di samping itu, keunikan rekaan dan cara pembuatannya menyebabkan perabot dari Singapura mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Seiring dengan perkembangan perniagaan yang diusahakan itu, Arliya telah mempelbagaikan produk terpakai dijualnya seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.
Dia juga telah menutup cawangan di Jeniang kerana mahu memberi sepenuh fokus terhadap perniagaan di Merbok.
“Kedai di Merbok telah dibesarkan bagi menampung jumlah perabot terpakai yang meningkat berkali ganda hasil permintaan tinggi daripada pelanggan,” ujarnya.
Sentiasa berfikiran positif, dia menyasarkan untuk mencapai jualan tahunan mencecah RM1juta pada tahun ini kerana yakin mampu mencapai sasaran berkenaan selepas mempelbagaikan perniagaannya menggunakan platform dalam talian.
Tambahnya, kaedah berkenaan digunakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Kita telah mengambil pendekatan mempromosikan barangan melalui dalam talian sepanjang PKP.
“Tidak sangka pula pelanggan membeli seperti biasa kerana ramai yang memanfaatkan tempoh berkurung di rumah itu untuk menghias kediaman masing-masing,” katanya.