
Kebiasaannya mereka yang bergelar pelajar pastinya akan selalu tidur pada waktu lewat malam. Memang jaranglah nak tidur awal kerana pada waktu itulah segala assignment daripada pensyarah akan dilakukan bersama rakan-rakan sekuliah.
Namun, sedar tak sedar rupa-rupanya tidur lewat ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita hingga menyebabkan kematian disebabkan kurangnya waktu rehat.

Jangan main-main sis. Ikuti perkongsian netizen di twitter ini mengenai bahayanya jika kurang waktu tidur. Moga kita sama-sama mendapat iktibar daripadanya.
Antibodi badan juga boleh menjadi lemah dan senang diserang penyakit merbahaya.
Janganlah kita terlalu mengutamakan pekerjaan sehingga terlupa menjaga kesihatan tubuh badan sendiri.
Ada yang sampai terpaksa ditahan di wad kerana berlakunya pendarahan. Ambillah kisah ini sebagai iktibar buat semua.

Antara risiko-risiko yang mendatang jika kita tidak menukar tabiat suka tidur lambat ini. Take care of your health sis!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Air Rendaman Halba Rahsia Untuk Kekal Langsing Dan Awet Muda! Minuman Terbaik Di Waktu Pagi!

Pasti ramai yang tidak tahu mengenai kelebihan halba kan? Halba ialah jenis rempah-ratus yang popular dalam masakan negara Timur Tengah dan juga negara seperti India, Pakistan dan Sri Lanka. Mungkin ramai tak perasan, sebenarnya halba selalu berada sekali dalam tempat rempah di rak-rak pasaraya. Ia memang amat mudah didapati di Malaysia.
Ia boleh diminum sebagai teh atau direndam semalaman. Sebenarnya halba antara ramuan terbaik untuk menguruskan badan dan boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan air ‘detox’ yang terbaik! Malah, banyak lagi kelebihan halba yang boleh kamu perolehi!

1. MEMBANYAKKAN SUSU IBU
Teh halba boleh menjadi alternatif semulajadi yang terbaik sebagai pengganti suplemen untuk meningkatkan produksi susu ibu. Menurut beberapa kajian saintifik, ia telah dibuktikan secara spesifik bahawa hasil susu perahan didapati bertambah daripada 1.15 oz kepada 2.47 oz apabila meminum teh halba ini.
2. DIJADIKAN SEBAGAI IMMUNITY BOOSTER
Dari segi nutrisinya, biji halba ini mempunyai kandungan serat dan mineral yang baik seperti zat besi dan magnesium.
Oleh sebab itu, air halba dipercayai memiliki khasiat untuk meningkatkan imuniti atau sistem pertahanan tubuh. Jadi, ia elok diamalkan oleh mereka yang sering diserang demam, batuk dan selesema.
3. MENURUNKAN BACAAN GULA DALAM DARAH
Halba didapati dapat memperlahankan penyerapan gula dalam perut dan menstimulasikan penghasilan insulin.
Ini tentunya berita baik buat penderta diabetes, bukan? Tak salah mencubanya dalam kuantiti kecil setiap hari sebagai ikhtiar mengurangkan bacaan gula dalam darah.
4. MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
Ha, taukah kamu, halba juga boleh mengurangkan sakit ketika senggugut? Pengambilan air teh halba amat digalakkan dan boleh mengurangkan penggunaan ubat-ubatan. Ia boleh diambil sekitar 1800mg-2700mg dalam 3 kali sehari dalam 3 hari pertama, diikuti dengan 900mg dalam 3 hari berikutnya.
5. MERAMPINGKAN BADAN
Meminum air halba dengan perut kosong setiap pagi adalah cara yang baik untuk meningkatkan metabolisme. Ini kerana ia akan menghasilkan haba dalam badan dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Terdapat juga kajian yang mengaitkan pengambilannya dengan selera yang lebih terkawal.
Ramai Tak Tahu 10 Salon Ini Khas Sediakan Rawatan Rambut Untuk Pengunjung Mesra Muslimah

Keterampilan diri sempurna bukan hanya dari hijab yang cantik, malahan penjagaan mahkota harus diurus terlebih dahulu. Ramai hijabi tidak mengetahui kewujudan salon khas untuk wanita bertudung.
Kebanyakkan mereka kurang yakin berkunjung ke salon kerana bimbang ketika menjalani rawatan ada pengunjung bukan muhrim memasuki salon ketika aurat mereka terdedah.
Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Lebih mudah jika melakukan rawatan rambut di salon.
Masalahnya susah untuk mencari salon yang khas buat wanita muslimah. Di sini Hijabista salon khas untuk muslimah menjalani rawatan rambut mesra muslimah .
1. Siti Salon Al -Zahra, Shah Alam
Di premis ini, hanya pelanggan wanita yang dibenarkan masuk.dan salun ini menggunakan konsep moden dan dihiasi dengan amat cantik sekali. Kedai gunting rambut ini mengamalkan syariat dan menjaga aurat kaum wanita. Rawatan yang “special” dalam salon ini ialah rawatan akar rambut dengan madu.
Lokasi: 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu kerja: Setiap hari kecuali hari Selasa
Facebook: Siti Salon | Al – Zahrah
2. Secret Muslimah Salon
Salon ini terletak di Alor Setar. Walaupun salon kecil dan ruang terhad, ia masih membekalkan perkhidmatan yang paling profesional dan ramah yang anda boleh jumpa di Kedah. Kakitangan di sini tidak kedekut berkongsi ilmu menjaga rambut dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk di Alor Setar.
Lokasi: No. 20, Tingkat 1 Komplex Perniagaan utama Sambungan Sultanah Alor Setar Kedah
3. Chinta Hair Salon & Beauty Wangsa Maju
Salon ini bertemakan konsep rona bunga ungu, ia membekalkan kawasan bertutup khas untuk wanita yang bertudung untuk menjalankan rawatan atau gunting rambut. Salon ini di miliki oleh pelakon terkenal Fasha Sandha.
Lokasi: 33 – 1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wangsa Walk, Wangsa Maju bersebelahan dengan OCBC
Waktu kerja: setiap hari 11am – 9pm
4. FYNNA HAIR STYLING & HOUSE OF BEAUTY

Fynna pernah muncul di paparan surat khabar Metro. Salon ini menawarkan perkhidmatan penjagaan rambut dan kecantikan. Salun ini sering kali menjalankan promosi dan menawarkan diskaun kepada pelanggan lama sehingga 50 %.
Lokasi: 27 -1, Jalan Lagenda Suria 1, Taman Lagenda Suria, 41300 Hulu Langat, Selangor.
5. Iris Salon & Spa
Salon ini dapat memenuhi keinginan wanita muslimah yang mengejar kesihatan dan kecantikan. Di sini membekalkan kawasan untuk muslimah menjalankan rawatan berdasarkan konsep islam.
Lokasi: No. 23 -1 – A, Jalan Kristal AS7/AS, Sek 7, Shah Alam.
Waktu kerja: Setiap hari kecuali Isnin
Facebook: Iris Salon & Spa
6. Sue Beauty Salon
Salon muslimah ini membekalkan anda kawasan yang selesa dan rawatan serta perkhimatan gunting rambut yang profesional untuk golongan wanita. Rawatan lain yang istimewa termasuklah rawatan inai uban, steam treatment, facial dan lain – lain.
Lokasi: No 579 -G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Sue Beauty Saloon
7. Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis
Di sini lah tempat rawatan dan salon yang semua muslimah mengidam – idamkan. Pelanggan pasti merasa amat selesa dan selamat sekali kerana tiada kaum lelaki dibenarkan untuk memasuki premis ini.
Lokasi: 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Hurunainoasis Spa
8. Jazeerat El-Rahah, Bangi
El-Rahah menyediakan ruang yang luas, tertutup dan privasi hanya untuk wanita Islam sahaja.
Lokasi : 55-1 Jalan 8/35 Bandar Baru Bangi
Waktu kerja: Selasa – Khamis : 11:00 am – 8:00 pm
Jumaat : 11:00 am – 8:00 am
Sabtu : 10:00 am – 7:00 pm
Ahad : 10:00 am – 6:00 pm
Facebook Jazeerat El Rahah – Professional Hair Salon for Muslimah
9. Suri Permai Spa, Setapak
Semua wanita datang kepada kami kerana kepakaran kami menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan untuk semua peringkat pusingan hidup. Kami peneraju menyelesaikan masalah penjagaan rejim kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Lokasi : 17-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Kerja: 10 am – 7 pm
10. EKA ROOT
Eka Roots adalah pusat kesihatan rambut dan kulit kepala di Bangsar. Rawatan untuk pertumbuhan rambut, rambut kering dan warna rambut dengan rawatan henna dan salun. Walaupun pemiliknya bukan Islam tetapi tetap menyediakan ruang khas utntuk muslimah
Lokasi : 123 Jalan Maarof, Bangsar
Kuala Lumpur, Malaysia
Perkongsian Wanita Ini Guna ‘Ais Kiub Ajaib’ Untuk Dapat Kulit Yang Sihat & Lembap. Hasilnya ‘Flawless’!

Pelbagai jenis petua untuk kecantikan kulit boleh anda dapati menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Ternyata petua-petua memang berkesan jika diamalkan secara berterusan.
Cuma, anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum mencuba sesuatu petua kerana terdapat sesetengah individu mengalami masalah kulit yang sensitif.
Terbaru, terdapat satu perkongsian menerusi Facebook oleh seorang wanita bernama Nurtieja Sheikh Ismail tentang petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda. Memang menarik bila melihat potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan.
Tetapi, buah-buahan ini bukan untuk anda makan tau. Ia digunakan untuk kulit, bergantung kepada apa yang anda mahu ubah pada kulit anda.
Sekiranya anda mahukan kulit yang cerah, gunakanlah buah oren dan jika anda mahu kulit yang lembap, gunakan tomato. Memang mudah!
Ayuh baca perkongsian gadis ini. Semoga perkongsian ini membantu anda untuk memilki kulit idaman.

Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.
Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.
Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.
Bahan yang korang perlu ada:
GULA PASIR (Jadikan seperti air gula)
⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering
BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.
- OREN: mencerahkan
- ANGGUR HIJAU: kulit lebih berkilau
- EPAL MERAH: membantutkan pertumbuhan jerawat
- LEMON: kurangkan minyak muka
- KENTANG: ini tieja buat khas untuk mata
- TOMATO: melembapkan
- PEACH: anti penuaan/anjal kan kulit
- TIMUN: kecilkan pori
- KUNYIT HIDUP: kecutkan jerawat
Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.


Cara buat boleh refer video ok.