Sejak merangkul kemenangan sebagai Bintang Paling Popular, nama penyanyi berwajah lembut bersuara gemersik Wany Hasrita tidak perlu diperkenalakn lagi. Malah, diari kehidupan ibu kepada seorang cahaya mata ini semakin sibuk.
Terdahulu, Wany berkesempatan bertemu dengan pakar motivasi, Prof Dr. Muhaya untuk menjalankan konsultasi mata dan membuat pembedahan lasik. Pertemuan itu juga sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu ibarat dari seorang guru kepada anak muridnya.
Meski apa sahaja aktiviti yang dilakukannya, menjadi sorotan follower dan juga warganet, Wany tetap menjadi dirinya sendiri. Wany yang dianggap sebagai ikon kepada para remaja telah mengambil kesempatan bertanya beberapa soalan kepada Prof Dr. Muhaya dan salah satunya adalah bagaimana untuk kekal istiqamah.
Bersolek Tapi Mahu Menjaga Solat Sebaiknya!
Menurut Wany sebagai public figure, memang dia sering sibuk dengan pelbagai urusan dari pagi hingga ke petang. Dan pada masa perlu bersolek dan juga menjaga solat.
Dalam bab ini, Prof Dr. Muhaya memberitahu Wany caranya dalam formula kehidupan adalah dengan berpandukan kepada Rukun Islam. Iaitu yang pertama syahadah, solat, berpuasa, zakat dan terakhir sekali menunaikan haji untuk melengkapi Rukun Islam berkenaan.
Ads
Jadi dalam hal ini bab solat jangan sesesekali ditinggalkan dan mesti diberi keutamaan. Dan menurut Prof Dr. Muhaya lagi jika seseorang itu niat menjaga solatnya, insya-Allah Allah akan pegang dan sentiasa menolong diri hamba-Nya.
“Jangan kita bergantung pada masa seseorang. Kalau sudah cantik, tambah solekan sedikit pun sudah terserlah kejelitaannya. Lagi satu kita perlu plan (jika ada apa-apa urusan) untuk solat di mana. Jadi tiada alasan untuk tidak kerjakan solat yang telah diwajibkan ini.”
Tambah Prof Dr. Muhaya lagi untuk menjaga solat walaupun ketika itu ada show, perlu mengambil wuduk siap-siap sebelum kita bersolek. Dan jika jurusolek tidak berkesempatan untuk menyolekan diri kita, cuba untuk melakukannya sendiri.
Jaga Batas Pergaulan Sesama Bukan Mahram
Ads
Beliau juga turut mengingatkan Wany agar sentiasa menjaga pergaulan. Menurut Prof Dr. Muhaya wanita ini adalah sesuatu yang sangat berharga dan jangan bagi orang lain tidak dikenali menyentuh kita sesuka hati. Kalau boleh sentiasa dekat dengan Allah dan Allah akan sentiasa berada dekat dengan kita.
Prof Dr. Muhaya juga turut memuji Wany yang menjaga auratnya dan itu adalah satu satu dari formula kejayaan. Selain itu, Prof Dr. Muhaya turut memberi tip dan nasihat kepada Wany untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa istiqomah kepada Allah.
Pertama cari ilmu dalam apa jua platform terkini, cari kawan dan guru yang bagus dan akhir sekali cari suasana tenang di persekitaran kita. Turut diselitkan agar sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa terutamanya ibu.
Ads
Tidak lupa juga diakhir pertemuan itu Prof Dr. Muhaya mendoakan agar Wany menjadi anak yang baik kerana aura yang terdapat dalam diri penyanyi jelita ini sangat kuat.
Anda semua pernah dengar tak mengenai bayam brazil? Selalunya kalau sebut mengenai bayam, ingatkan bayam tu hanya mempunyai satu jenis. Tetapi tidak.. Kalau anda nak tahu, banyak rupanya khasiat bayam brazil ni!
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Suku bayam-bayaman atau Amaranthaceae merupakan salah satu suku tumbuhan berbunga. Ianya turut dikenali sebagai ‘bayam sambu’ dan ‘kobis samba’.
Sayuran ini begitu meluas di negara Brazil sehingga dinamakan bayam Brazil. Sejak tahun 2015, rakyat Malaysia mula menanam bayam ini secara landskap dan sebagai sumber sayur-sayuran. Bayam Brazil adalah salah satu tumbuhan yang paling cepat tumbuh dan mudah ditanam. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 30 cm tinggi dan mempunyai saiz daun kira-kira 2 hingga 3.5 cm lebar.
Meninjau perkongsian daripada Root Of Science, kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:
Mesti anda terfikir, bayam ini zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain…jadi mungkin keistimewaannya juga sama. Tidak sama sekali! Keunikan bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad. Masyarakat di Brazil sering makan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain dimakan secara mentah, ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Contoh masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah:
Manfaat bayam Brazil adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Ianya mendatangkan banyak kebaikan dan bagus untuk kesihatan anda. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’
Selain tu, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.
2.Bagus untuk kesihatan mata
Bayam bazil mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Malah, kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
3. Menguatkan tulang
Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan nutrisi diatas, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Kalau anda nak tahu,tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.
4. Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan
Apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini sangat penting. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama.
Bayam brazil ini memberikan anda sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya anda mempunyai serat yang cukup dalam badan anda, anda boleh mengatasi masalah sembelit juga. Ha.. banyakkan khasiatnya. Tambahan itu, kandungan seratnya yang tinggi ini dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan memperbaiki sistem penghadaman anda.
5. Membantu masalah penuaan
Siapa je taknak menghentikan masalah penuaan dan terlihat muda kan? Terutamanya wanita, mestilah mahu terlihat muda sentiasa. Selain vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid, bayam brazil juga mempunyai sebatian antioksidan. SebatianantioksidandaripadavitaminC ini pula membantu melawanradikalbebasdalamsistemselmanusia.
Radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaranradikalbebas ini jugabolehdisebabkanolehpemakananyangtidaksihat,persekitaranyangtidaksihat,dangayahidupyangtidakseimbang. Disebabkan itulah, badankitabertindakbalasdenganmenunjukkanpenuaankulitdanfungsiorgan. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.
Ternyata, bayam brazil memiliki banyak khasiat dalam kesihatan. Mungkin, ini merupakan perkara baru juga buat anda. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah mampu melawan kanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, dan mencegah penuaan. Walau bagaimanapun anda perlu ingat bahawa bayam Brazil mempunyai kandungan asid oksalik yang agak tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pengambilan bayam brazil ini perlulah secara sederhana dan disertai sayur-sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat.
Setiap perhubungan punya dugaan yang tersendiri termasuklah dalam hubungan pertunangan. Tidak semua kuat menghadapi dugaan ini. Bak kata orang dahulu, ‘sembunyikan pertunangan, hebahkan pernikahan’. Dugaan yang melanda tentunya membuatkan hati anda kecewa dan terluka. Pastinya tiada siapa yang mahu merasai persasaan ini.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tipulah kalau tidak berasa kecewa apabila hubungan yang terbina terputus di tengah jalan. Kadangkala, hubungan yang terputus itu terjadi bukan disebabkan oleh kesalahan pasangan masing-masing. Boleh jadi akibat campur tangan orang ketiga hingga menyebabkan ikatan tersebut terlerai begitu sahaja.
Hati yang kecewa mungkin boleh dilindungi dengan gelak tawa dan senyum yang mungkin dibuat-buat, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya anda untuk mengharungi semua dugaan ini. Sampai bila kita harus berpura-pura? Ingatlah bahawa kita semua manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan.
Jadi, Hijabista ingin berkongsi tentang cara mahu menguatkan serta menenangkan kembali hati yang sedang berperang dengan rasa kecewa akibat dugaan yang dihadapi. InsyaAllah, diharapkan tip ini dapat membantu diri anda yang mungkin sedang mencari kembali kekuatan diri,
Mungkin selama ini anda kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Ini merupakan salah satu sebab mengapa anda mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan membaca Al-Quran ini.
Semasa sedang alami ‘keserabutan’, cuba amalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. InsyaAllah, diri anda akan merasa tenang selepas itu. Surah ini sememangnya mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Bagaimana jika anda sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 dan lain-lain lagi.
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
“ Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu, baca surah Al-Kafirun & dalam rakaat yang kedua, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita terus kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
Antara zikir yang boleh diamalkan:
#Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi perlu sampai masuk ke dalam hati.
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta/tunang, sila elakkan diri daripada terbelenggu dalam suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa ingat pada Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di