Rutin penjagaan wajah tidak hanya dilakukan pada waktu pagi mahupun petang. Malah, rutin ini harus sentiasa diamalkan pada waktu malam, sebelum anda bersedia untuk tidur. Wajah yang kusam kerana seharian di pejabat, rambut yang kering, tubuh yang penat serta keadaan kulit yang tidak bersih disebabkan dek pancaran UV merupakan faktor penjagaan kecantikan pada waktu malam amatlah penting!

Sumber gambar: Polina

Sel kulit mati akan digantikan dengan yang baru semasa anda tidur dengan lena dan secukupnya. Nak tahu apa rutin penjagaan pada waktu malan yang harus diamalkan? Jom baca!

  1. Bersihkan kotoran make-up

Jangan sesekali biarkan solekan anda berapa lama di wajah! Dan, jangan tidur dengan wajah yang masih bersolek! Sangat bahaya untuk kulit wajah anda. Seharusnya, amalkan rutin membersih mekap-up sebelum tidur untuk mengelak dari bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik. Untuk cara yang lebih mudah, gunakan kapas dan pencuci muka yang sesuai. Kemudian bilas menggunakan toner.

2. Pakai pelembap

Dalam rutin penjagaan wajah, jangan sesekali anda ‘skip’ langkah ini. Ini adalah kerana produk pelembap amat sesuai disapukan saat anda tidur kerana pori-pori kulit terbuka di waktu malam. Jadi ia akan meresap jauh ke dalam kulit dan memberi banyak kebaikan ketika anda sedang tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam yang sesuai dengan jenis kulit.

IKLAN
Sumber gambar: Angela

3. Minum air masak

Petua untuk diet adalah minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter . Begitu juga jika ingin mendapat wajah yang cantik, minumlah segelas air masak sebelum tidur kerana ia berfungsi untuk menambah sumber vitamin E dan meneutralkan garam yang anda makan sebelum ini.

4. Sarung bantal 

IKLAN

Rajin-rajinlah mengganti sarung bantal . Seminggu sekali paling malas kerana bantal yang anda tidur mungkin tempat membiaknya kuman. Belum lagi dikira make-up yang tidak dibersihkan serta minyak dan kotoran di rambut bakal menyinggah di situ.

Sumber gambar: Monstera

5. Mandi

IKLAN

Walaupun ramai yang tahu tentang kebaikan mandi, namun masih ramai juga yang ‘malas’ untuk melakukannya. Tambahan pula bila penat balik dari kerja, pasti anda akan berasa malas untuk ke bilik air. Seharusnya, apabila anda sudah membuang solekan anda, lebih baik jika anda mandi untuk menghilangkan kotoran di seluruh badan dan memberikan kesegaran pada tubuh bada. Barulah lena bila tidur nanti!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI