Banyak manfaatnya jika kita berusaha menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Jika tidak mampu hafal kesemuanya, paling tidak kita cuba untuk menghafaz lima surah ini yang boleh menjadi pelindung kita di dunia dan akhirat kelak.
Surah Al-Kahfi
2. Al-Mulk
Ads
3. Surah Ar-Rahman
4. Surah Al-Waqiah
Ads
5. Surah Yasin
Ads
Mula-mula memang nampak macam susah, namun jika anda komited berusaha untuk menghafalnya selepas solat fardhu maka nanti ia akan menjadi tabiat baik yang susah untuk anda tinggalkan kelak. Tak perlu gopoh, baca dan hafallah dengan dengan sebaiknya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fasa indah bergelar ibu buat Elfira Loy begitu dinikmati oleh wanita berusia 26 tahun ini. Bercerita tentang perkembangan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf. Si kecil ini kini sudah sudah berusia 1 tahun dan boleh berjalan serta berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang wenangnya bercampur dengan orang ramai,” kata ibu muda ini.
Bergelar ibu ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini. Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasaan itu menjadi-jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama-lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya yang dikeluarkan oleh Anggun Kirana Sdn Bhd.
Kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka. Jadi kena pilih yang bagus seperti Himaya.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga. Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya yang turut memberi input termasuk pemilihan warna serta fabrik pelitup muka itu.
Memandangkan Himaya menyasarkan golongan bertudung, ia didatangkan dengan tali yang lembut dan boleh meregang di bahagian kepala, berbeza dengan kebanyakan pelitup muka yang menyediakan tali untuk dicangkukkan di bahagian telinga.
Pelitup muka premium Himaya didatangkan dengan dua warna iaitu Love Latte (coklat lembut) dan juga Soft Olive (Hijau Pastel) yang tentunya memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih pelitup muka yang sesuai dengan penampilan mereka.
Untuk rekod, Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal Yale University yang merupakan antara universiti terkemuka dunia dan berada dalam kelompok ivy league. Bukan mudah untuk mendapatkan tempat disini sebagai pelajar melainkan individu tersebut cemerlang bukan sahaja dalam pejalaran tetapi juga peribadinya.
Mencipta nama dalam sejarah 320 universiti berkenaan, Bayan Galal menjadi Muslim pertama dipilih sebagai presiden badan pelajar universiti berkenaan. Memperolehi 56 peratus majoriti undian keseluruhan menjadikan dia calon pilihan para pelajar yang mengundi.
Dalam laporan stesen televisyen tempatan Connecticut, WFSB, Bayan Galal berkata, “Sebagai seorang wanita Muslim, saya hanya dapat mencapai banyak perkara kerana orang lain yang telah memberikan sokongan kepada individu seperti saya. Tujuan saya adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah kepada generasi akan datang dengan memberikan hasil untuk badan pelajar Yale.”
Bayan merupakan pelajar dalam dua jurusan utama iaitu Biologi Molekular dan Perhubungan Antarabangsa dan minor dalam jurusan pengajian kesihatan global.
Sebagaian daripada mesej kempennya ketika bertanding, dia menyatakan kepada WFSB bahawa dia menekankan platform untuk ‘membangunkan Yale yang lebih sihat’ menerusi pemerhatian semasa pandemik Covid-19 berlaku, faktor lain memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan pelajar.
“Kami memiliki lima prinsip utama kesihatan – kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan masyarakat, kesihatan akademik dan kesihatan kewangan, dan tujuannya adalah sebagai pentadbiran, kami akan menekankan kelima-lima prinsip kesihatan dengan mendekatinya secara holistik,” jelasnya.
Menarik tentang Bayan, sebelum ini kakaknya, Ayah Galal juga memecah sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang memakai hijab sebagai wartawan di saluran televisyen tempatan di Connecticut.
Memang tidak dinafikan wanita pada hari ini lebih berdikari dan ‘berani’ lagi-lagi di zaman serba moden ini. Namun wanita yang bergelar isteri walau bagaimana hebat dan berjaya pun suami adalah paling utama dan syurga kita.
Mari membaca coretan buat peringatan bersama yang dikongsikan oleh Fauziah Hashim ini tentang dugaan dan kealpaan seorang isteri.
“ Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah tangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin. ‘
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.