Bergelar ibu pada usia muda membuatkan Eyra Hazali,22, semakin matang dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama keluarga tersayang.
Faham dengan kewajipan menunaikan solat, ibu kepada Muhammad Hayder Qhalish ini telah berkongsikan cara yang memudahkan buat mereka yang bergelar ibu sepertinya untuk solat bersama bayi di laman Instagram miliknya.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu, if Hayder cranky, dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir, takkan takda cara ?
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat-sangat mudah.
Ads
Dukung, if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga. Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada-ngada nak juga guling 😂. Semoga bermanfaat untuk kita semua ❤️
Berikutan perkongsian isteri kepada Haziq Nadzli ini, ramai yang terinspirasi dengan video yang dimuat naiknya dan mengakui ia sangat membantu buat mereka yang berada dalam situasi seperti dirinya.
Rambut ialah aurat bagi wanita dan ia perlu memeliharanya daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram. Sepertimana lelaki, golongan wanita juga akan memotong rambut mereka.
Benar, rambut ialah bahagian yang wajib ditutup oleh wanita supaya tidak didedahkan kepada selain mahramnya. Namun, bagaimanakah pula status rambut wanita yang telah dipotong supaya aurat wanita itu tidak dilihat oleh sesiapa pun.
Hukum Memotong Rambut Bagi Wanita
Terdapat sebuah riwayat daripada Abu Salamah bin Abd Al-Rahman R.anh beliau berkata:
وَكَانَ أَزْوَاجُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَأْخُذْنَ مِنْ رُءُوسِهِنَّ حَتَّى تَكُونَ كَالْوَفْرَةِ
Maksudnya: Adalah isteri-isteri Nabi S.A.W mencukur rambut mereka sehinggalah ia menjadi seperti al-wafrah (rambut yang tidak melepasi paras dua cuping telinga). Riwayat Muslim (320)
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini: Al-wafrah itu rambut yang lebih banyak daripada Al-Lammah. Manakala Al-Lammah itu adalah rambut yang mengurai sehingga ke bahagian bahu. Inilah pendapat yang disebutkan oleh Al-Asm’aie. Manakala pendapat lain menyebutkan bahawa Al-Wafrah itu lebih sedikit berbanding Al-Lammah, iaitu rambut yang tidak melepasi paras kedua telinga. Abu Hatim pula mengatakan Al-Wafrah itu rambut yang berada pada kedudukan atas telinga.
Kata Al-Nawawi lagi: Hadis ini merupakan dalil keharusan untuk memendekkan rambut bagi orang perempuan. Lihat Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (4/7).
Kami nyatakan di sini beberapa dhawabit (kriteria) yang disebutkan oleh para fuqaha bagi seseorang perempuan itu untuk memendekkan rambutnya. Dalam beberapa keadaan berikut, adalah tidak boleh untuk memendekkan rambutnya di antaranya seperti:
Bertujuan untuk bertabarruj dengan rambut tersebut buat lelaki ajnabi.
*Jika dia memotong rambut dengan tujuan untuk tasyabbuh (menyerupai) wanita-wanita kafir atau fasiq.
*Apabila potongan rambut wanita itu menyerupai keadaan rambut orang lelaki.
*Jika rambutnya itu dipotong oleh orang lelaki yang ajnabi.
*Sekiranya tidak mendapatkan keizinan daripada suaminya.
Justeru, jika ternafi beberapa perkara yang kami sebutkan di atas maka dibolehkan untuk seorang perempuan itu memotong rambutnya dengan bersandarkan kepada hukum asal bagi setiap perkara yang bersifat adat itu adalah harus sebagaimana yang dinyatakan di dalam kaedah usul yang masyhur.
ADAKAH RAMBUT WANITA YANG SUDAH DIPOTONG ITU DIANGGAP SEBAGAI AURAT?
Dalam isu ini, tidak dinafikan bahawa para fuqaha terdahulu tidak mempunyai kesepakatan pendapat padanya. Bahkan mereka berbeza pendapat kepada dua pandangan yang utama.
PENDAPAT PERTAMA: RAMBUT WANITA YANG TELAH DIPOTONG ADALAH AURAT
Di dalam mazhab Imam Al-Syafie, para pembesar mazhab ini kebanyakannya berpendapat bahawa rambut wanita yang terpisah daripada badannya itu tetap dianggap sebagai aurat yang haram dilihat oleh lelaki ajnabi. Ini dapat dilihat daripada beberapa kenyataan tokoh-tokoh mazhab tersebut.
Kata Imam Abu Bakr Al-Dimyathi Rahimahullah: Setiap apa yang haram untuk dilihat daripada orang lelaki atau orang perempuan semasa berada pada tubuh badannya, ia juga haram untuk dilihat apabila sudah terpisah daripada badannya. Ia seperti rambut perempuan dan juga bulu kemaluan lelaki. Maka wajib untuk disembunyikan. Lihat I’anah Al-Thalibin, Al-Dimyathi (3/303).
Syeikh Dr. Wahbah Al-Zuhaili Rahimahullah mengatakan: Setiap yang haram untuk dilihat ketika ia bersambung dengan anggota badan, haram juga untuk dilihat apabila ia terpisah dari badan. Sekalipun setelah kematian. Ia seperti bulu kemaluan (aurat) sekalipun milik seorang lelaki, juga rambut orang perempuan, serta kuku kakinya dan tidak termasuk kuku tangannya menurut ulama bermazhab Hanafi, sedangkan di sisi Al-Syafieyyah kuku jari di tangan juga turut termasuk, maka disunatkan untuk menyembunyikannya supaya tidak ada seorang pun yang dapat melihatnya. Dan terdapat pengecualian terhadap rambut-rambut yang terjatuh di dalam bilik air kesan daripada sikatan rambut orang perempuan atau cukuran bulu kemaluan lelaki. Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Dr. Wahbah Al-Zuhaili (3/568).
PENDAPAT KEDUA: RAMBUT WANITA YANG SUDAH TERPISAH DARIPADA BADAN BUKAN AURAT
Ini adalah pendapat yang disebutkan oleh para ulama bermazhab Hanbali. Kata Al-Syeikh Abdul Qadir Bin Umar Al-Syaibani Rahimahullah: Maka tidak boleh untuk seorang lelaki itu memandang sedikitpun daripadanya (orang perempuan) sekalipun rambutnya yang bersambung. Adapun rambut yang terpisah daripada wanita ajnabi maka dibolehkan untuk seorang lelaki itu menyentuhnya serta memandang ke arahnya. Sekalipun ia merupakan bahagian aurat, ini kerana telah hilangnya keharamannya disebabkan terpisahnya ia dari jasad. Rujuk Nail Al-Maarib, Abdul Qadir Al-Syaibani (2/138).
Ini juga merupakan salah satu pendapat yang dhaif dalam mazhab Al-Syafie. Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi.
SUMBER PERBINCANGAN
Isu hukum rambut wanita yang terputus ini, para ulama terdahulu membahaskannya di dalam bab hukum anggota badan yang terpisah daripada manusia baik lelaki atau perempuan. Termasuk di dalamnya adalah isu kecil berkenaan hukum rambut wanita yang terpisah dari badan.
Para ulama tidak berbeza pendapat bahawasanya jika seorang lelaki itu melihat ke arah mana sahaja anggota yang terpisah (terputus) daripada badan seorang wanita dengan perasaan syahwat maka hukumnya adalah haram. Sama ada anggota itu terpisah semasa dia masih hidup ataupun setelah dia meninggal dunia.
Demikian juga mereka bersepakat bahawa halal bagi lelaki untuk melihat tanpa sebarang syahwat ke arah anggota yang terpisah/terputus dari badan seorang perempuan sekiranya anggota tersebut halal untuk dilihat oleh lelaki sebelum ia terpisah dari badan.
Manakala para ulama berbeza pendapat terhadap hukum seorang lelaki itu memandang ke arah anggota yang terpisah dari badan perempuan tanpa sebarang syahwat, yang mana anggota itu adalah tidak dibolehkan untuk melihatnya sebelum ia terputus kepada beberapa pendapat seperti berikut:
Pertama: Tidak halal bagi seorang lelaki untuk melihat ke arah anggota yang terpisah dari badan orang perempuan sekiranya anggota itu di antara bahagian yang tidak halal untuk dilihat sebelum ia terpisah dari jasad. Tidak ada beza sama ada ia terpisah semasa hayatnya ataupun sesudah kematiannya. Kaedah yang digunakan oleh para ulama yang berpegang dengan pandangan ini adalah : Setiap anggota yang tidak boleh untuk dilihat sebelum terputus adalah tidak boleh juga untuk dilihat setelah ia terpisah. Maka tidak boleh bagi seorang lelaki untuk melihat tangan wanita ajnabi, atau lengan, rambut, serta betis, sekiranya ia terpisah dari jasad wanita itu sama ada semasa hidup mahupun sesudah meninggal dunia. Pendapat ini dipegang oleh ulama bermazhab Hanafi dan disifatkan sebagai pendapat paling asah (sahih) di sisi mereka. Inilah juga pendapat paling sahih dalam mazhab Imam Al-Syafie. Rujuk Al-Radd Al Mukhtar ‘Ala Al-Durr Al-Muhtar, Ibn Abidin (9/534), Mughni Al-Muhtaj, Al-Syarbini (3/130). Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (7/26).
Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Apa-apa yang tidak boleh untuk dilihat semasa ia berada di anggota badan seperti zakar, lengan orang perempuan, rambutnya, bulu kemaluan lelaki, dan yang seumpamanya, haram juga untuk dilihat setelah terpisahnya ia dari anggota badan. Begitu juga pendapat yang paling sahih, haram melihat kepada kuku kaki wanita setelah ia terpisah dari jasad, tetapi tidak pada kuku tangan (tidak haram dilihat setelah terpisah).
Maka hendaklah bagi sesiapa yang memotong bulu kemaluannya untuk menyembunyikan bulu tersebut, supaya tidak seorang pun dapat melihatnya. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (7/26-27).
Kedua: Dibolehkan untuk seorang lelaki itu melihat ke arah anggota badan wanita yang sudah terpisah darinya sekiranya anggota itu terputus semasa hayatnya. Ini kerana, anggota itu telah menjadi ajnabi daripada jisim. Manakala tidak halal untuk ia dilihat sekiranya ia terpisah setelah kematiannya. Inilah pendapat ulama Malikiyyah. Rujuk Bulghah Al-Saalik Li Aqrab Al-Masaalik, Ahmad Al-Sowi (1/194).
Ketiga: Dibolehkan bagi seorang lelaki itu untuk melihat ke arah anggota badan yang terpisah dari seorang perempuan, ini kerana telah hilang keharamannya oleh sebab terputus dari badan. Inilah pendapat al-Syafieyyah berlawanan dengan pendapat asah dan juga golongan al-Hanabilah. Manakala Imam al Juwaini dari Al-Syafieyyah mengatakan: Sekiranya tidak dapat dibezakan anggota yang terputus dari seorang perempuan itu gambaran dan bentuknya dengan anggota orang lelaki, seperti kuku, rambut, dan juga kulit, maka tidak haram untuk melihatnya. Sekiranya dapat dibezakan maka hukumnya haram. Al-Nawawi mendhaifkan pendapat ini kerana tidak ada kesan pada membezakan sedangkan kita telah tahu ia merupakan bahagian yang haram untuk dilihat ke arahnya. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (7/26).
CARA-CARA MENGURUSKAN ANGGOTA YANG TERPISAH DARI BADAN MANUSIA
Berikut dikongsikan beberapa cara yang ditunjukkan oleh para fuqaha baerkaitan cara pengurusan anggota badan yang telah terpisah dari tubuh manusia.
Kata para fuqaha bahawasanya anggota yang telah terpisah dari badan manusia yang hidup itu perlu ditanam tanpa perlu membasuhnya serta tidak perlu disolatkan, sekalipun ia adalah kuku dan juga rambut. Rujuk Hasyiah Ibn Aabidin (5/260), Hasyiah Al-Qalyubi (1/338), Nihaayah Al-Muhtaj (1/341).
KESIMPULAN
Setelah diteliti beberapa pendapat di atas, kami lebih cenderung kepada satu pendapat dalam mazhab Hanbali bahawa telah hilangnya pengharaman melihat kepada aurat yang terpisah dari wanita. Ini kerana, telah terpisahnya ia dari tubuh badan. Di samping itu, kerana terdapat kesukaran untuk membezakan di antara rambut lelaki dan juga perempuan kerana terdapat kemungkinan rambut itu bukan sahaja dari orang lelaki dan perempuan dewasa. Barangkali ia datang dari kanak-kanak perempuan yang belum baligh. Ini juga sepertimana yang difatwakan oleh Syeikh Dr. Wahbah Al-Zuhaili Rahimahullah tentang rambut-rambut yang dikecualikan daripada pengharaman sepertimana yang kami nukilkan sebelum ini.
Perbuatan memotong rambut sendiri dan ditunjukkan dengan sengaja kepada lelaki ajnabi adalah tidak dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam mazhab Al-Imam Al-Syafie.
Melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita memang sukar. Apatah lagi jika kehadirannya memberikan seribu satu makna dalam hidup kita. Pasti kita rasa sukar untuk menghilangkannya dari ingatan kita.
Namun, sukar tidak bermaksud mustahil. Untuk melupakannya memang tak boleh tetapi yang bisa kita lakukan adalah redha dengan apa yang terjadi dan menerima segala ketentuan ini dengan hati yang terbuka.
Buat anda yang sedang berusaha untuk move on, kuatkan semangat anda dan sentiasa positifkan diri. Cuba ikuti tip yang dikongsi oleh Farah Lee ini. InsyaAllah, anda boleh melakukannya!
Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang.? . Takde jalan, sebab kau takkan mampu lupa. They were part of your life and forever will be. Tapi kau mampu untuk lupa rasa sayang yang pernah ada. #FLwrites . Bagaimana.? . • Bangun tahajjud. • Solat sunat hajat untuk memaafkan. • Usai solat dan berdoa, • Letak telapak tangan di dada. • Baca Surah Ar-Ra’ad ayat 39 tiga kali. • Genggam tapak tangan tersebut. • Masukkan semua rasa sayang, geram, benci dalam tu. • Campak genggaman tersebut ke udara. • Menangis sampai puas. • Tenangkan diri. • Lapangkan hati. • Redha. • Serahkan pada Allah. . Ulang sampai you no longer have any feelings towards them. Begitu juga boleh amal untuk hilangkan rasa benci pada seseorang contoh perampas suami kurrr ? Hiks.!
.
I’ve received a lot of DMs tanya camne nak move on. Actually maybe sebab I dah moved on jadi I lupa dah I pernah buat apa ? So I tried to recall. And this is one of the tips, I suggest this to be the first and foremost thing to do to move on.
.
The rest I’ll share in next post.! (Doakan assignments ni smooth so I have time for that haha). #ommabebel
Namanya pernah menjadi sorotan ketika masih aktif dalam dunia ratu cantik, hingga tersenarai sebagai peserta top 16 Miss Universe Phillipines pada tahun 2021. Bagaimanapun, nama Jasmine Umali kembali meledak pada pertengahan tahun lalu, apabila dia mengumumkan penghijrahannya memeluk agama Islam.
Sebelum ini, bekas ratu cantik popular asal Manila ini memuat naik dalam satu hantaran instagram potongan ayat Al-Quran siap dengan kapsyen tertulis perkataan tawakul yang mana dalam bahasa melayu bermaksud tawakal.
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimanakah permulaan bekas ratu cantik ini mula menerima hidayah sehingga terbuka hati untuk menjadikan agama Islam sebagai satu pegangan dalam hidupnya. Ini penjelasan Jasmine Umali tentang bagaimana dia menemui cahaya Islam.
“Mengimbau kembali ke 2017. Momen ini mungkin merupakan panggilan pertama saya kepada Islam. Ia adalah penerbangan pertama saya dan 6 hari persinggahan sebagai pramugari antarabangsa.
“Ini kali pertama saya mencuba abaya dan tudung juga. Walaupun saya tidak belajar banyak tentang Islam pada masa itu, ia pastinya membuka mata.
“Selepas beberapa hari, syarikat penerbangan tempatan kami menutup penerbangan ke Abu Dhabi dan saya adalah salah seorang pramugari bertuah yang dapat menikmatinya.
Sejak itu, saya sering terbang ke destinasi timur tengah yang lain dan saya menyukainya. Alhamdulillah kini saya faham bahawa Allah swt membimbing saya ke jalan ini,” ujarnya penuh makna.
Menyifatkan penghijrahannya sebagai satu proses pembelajaran, Jasmine yang tampil sopan berhijab turut menyatakan yang dia mengagumi kemesaran yang maha Esa.
Kongsinya lagi, “Semoga Allah SWT memudahkan kita, membersihkan fikiran kita, meletakkan kegembiraan dalam hati kita, meningkatkan iman kita, mengangkat darjat kita di luar jangkaan dan membimbing kita ke mana pun kita pergi.”
Semoga kisah penghijrahan Jasmine ini menjadi inspirasi kepada Nonarians untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.