Bergelar ibu pada usia muda membuatkan Eyra Hazali,22, semakin matang dalam menjalani kehidupan sehariannya bersama keluarga tersayang.
Faham dengan kewajipan menunaikan solat, ibu kepada Muhammad Hayder Qhalish ini telah berkongsikan cara yang memudahkan buat mereka yang bergelar ibu sepertinya untuk solat bersama bayi di laman Instagram miliknya.
Solat itu wajib,tak kira dalam keadaan apa pun,pasti ada cara yang memudahkan. Islam itu mudah. Before this tak tahu, if Hayder cranky, dia nangis teruk memang biar je nangis. Sampai eyra terfikir, takkan takda cara ?
Susah juga macam ni sebab kita susah hati dia nangis kuat. Hayder sekarang memang cranky teruk,nak dukung saja. Alhamdulillah,eyra jumpa cara and sangat-sangat mudah.
Ads
Dukung, if dia still nangis,tenangkan saja,tak batal pun,janji kusyuk and aurat terjaga. Tengok la Hayder,time dukung elok,bila letak mengada-ngada nak juga guling 😂. Semoga bermanfaat untuk kita semua ❤️
Berikutan perkongsian isteri kepada Haziq Nadzli ini, ramai yang terinspirasi dengan video yang dimuat naiknya dan mengakui ia sangat membantu buat mereka yang berada dalam situasi seperti dirinya.
Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.
Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.
Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”
Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.
Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)
Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.
Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).
Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Konklusinya:
Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Masalah datang dan pergi setiap hari. Ada yang mengajar kita dalam mengetahui sesuatu perkara itu. Manusia tidak akan lari dari masalah. Tidak kira masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kerja, masalah kawan dan banyak lagi. Lain orang lain cara penyelesaian masalah. Usah risau sis sebab ada cara-cara untuk bantu anda untuk lebih tenang!
Penyebab emosi kadang-kadang adalah berpunca daripada masalah dan kaitan masalah dengan orang lain. Walau apapun, dinasihatkan untuk anda kekal bertenang kerana setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan terlalu gopoh untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana itu akan hanya menyebabkan anda stress. Tidak kira apa jua, kalau kita tenang pasti segalanya akan berjalan dengan lancar.
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk anda lebih tenang? Ini adalah cara-cara untuk menenangkan diri:
Dalam keadaan apa jua sekalipun anda semua tahu bahawa beribadah dan doa itu merupakan perkara yang boleh menenangkan hati kita di saat resah. Doa juga merupakan senjata umat Islam. Selepas solat berdoalah jika rasa hati tidak tenteram.
Kadang-kadang kita terlampau sibuk sehingga terlupa untuk berehat. Terutama sekali apabila berkait dengan pekerjaan. Meskipun, ada yang rasa mereka mempunyai cukup rehat tetapi sentiasa ingat bahawa sangat penting untuk rehatkan diri supaya minda anda lebih tenang. Kalau terlampau memikirkan kerja, sampai bila tidak akan habis.
Semestinya jika kita ingin berbelanja untuk diri sendiri boleh tetapi jangan terlampau emosi sehingga tidak fikir dengan rasional. Ini seringkali terjadi apabila seseorang itu ingin membeli apa sahaja di hadapan mata mereka seperti makan.
Cuba tenangkan diri dengan tarik nafas dan bercakap pada sendiri tentang perbezaan antara keperluan dan kehendak!
Ada sesetengah individu akan menjadi lebih tenang apabila semua benda yang dibuat teratur. Sebagai contoh kerja mengemas atau susunan barang-barang di rak meja bilik. Rupanya, bila semua dalam keadaan kemas dan tersusun akan membuatkan emosi anda lebih baik. Jadi tunggu apa lagi? Cubalah!
Rupanya rasa sitrus ini boleh memberi ketenangan kepada minda dan dapat merehatkan badan anda. Madu sekadar pemanis buat air lemon anda. Elak untuk minum kopi atau teh kerana ia boleh meningkatkan keresahan diri anda.
Tidak semua orang akan menyokong anda dan anda perlu mengetahui itu. Sekiranya anda ingin berkongsi tentang masalah, berkongsilah pada mereka yang positif dan boleh dipercayai. Susah tau kalau dengan orang negatif, semua salah! Jadi untuk tenang, pergi pada orang yang positif.
Salah satu sebab utama umat Islam digalakkan untuk membaca Al-Quran adalah ia sangat membantu apabila seorang individu itu dalam keadaan hati tidak tenang dan serabut kepala.
Oleh itu, membaca Al-quran itu merupakan salah satu cara untuk mendidik kita saat tidak tenang, sedih atau mental breakdown.
Akhir kata, setiap masalah itu boleh diatasi dengan tenang dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Jangan rasa bimbang dan bersabarlah menghadapi ujian. Oleh itu, jika anda ingin mencapai hidup tenang sentiasa ingatlah tentang dunia dan akhirat!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun sedang bercuti, pasangan bahagia Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman masih sempat memberikan nasihat yang amat berguna tentang amalan yang harus dilakukan di bulan Rejab ini.
Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Datin Seri Heliza itu mendapat perhatian ramai kerana penuh dengan info yang bermanfaat. Malah, bukan itu sahaja, pasangan itu juga kelihatan amat santai memberi nasihat sambil berada di atas jet ski. Alahai! ‘Sweet’ nya!
Perkongsian daripada kedua pasangan itu, apabila tibanya bulan Rejab, kita disarankan untuk melakukan beberapa amalan seperti:
Selain itu juga, ada sebuah doa yang boleh kita baca di bulan Rejab iaitu;
“ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJABA WA SYABANA WA BALIGHNA RAMADANA”.
Ertinya: Ya Allah, Berkahilah umur kami di bulan Rejab dan Syaban serta pertemukanlah kami sampai bulan Ramadan.
Disamping mendapat info yang bermanfaat, ramai juga yang terhibur melihat gelagat pasangan ini sehinggakan netizen melabelkan mereka sebagai ‘pasangan nakal’ di ruangan komen.
Terdahulu, Heliza berkahwin dengan ahli perniagaan berstatus jutawan pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu. Pasangan romantik yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ini memilih lokasi Pulau Langkawi sebagai lokasi bulan madu mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.