Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran semata-mata, malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani.
Pada zaman yang sarat dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai ubat-ubatan dan kaedah moden yang sangat membantu dalam rawatan dan pengubatan penyakit. Tidak dinafikan perkara ini sangat membantu manusia dalam proses rawatan.
Namun, di sebalik semua kemajuan ini, ramai yang sudah terlupa dengan rawatan dan pengubatan secara Islam. Vaksin terhebat untuk menjauhi wabak penyakit, adalah jangan sesekali ada perasaan ragu-ragu untuk menggunakan ayat al-Quran, wirid dan doa-doa asy-Syifa’ dalam proses rawatan mula menular dalam kalangan kita.
Ads
Alangkah indahnya jika proses rawatan dilakukan dengan mengamalkan doa-doa daripada ayat al-Quran disertai dengan ikhtiar melalui rawatan dan pengubatan moden. Cuba amalkan doa-doa ini untuk mengelak dari pelbagai penyakit yang menular. Insyallah!
Sesungguhnya, dari Dia penyakit itu datang, dan kepada Dia Rita mohon penawarnya. Semoga beroleh manfaat.
Ads
Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular:
Ads
Doa Menjauhi Wabak Penyakit:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan bulan puasa memang bulan kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak ibadah. Tetapi dalam masa yang sama perlu juga pergi bekerja sebagai tuntutan harian dan penampilan perlu elok dan sempurna.
“Persoalannya bagi wanita, adakah boleh memakai gincu ketika Ramadan dan adakah batal puasa jika tertelan sewaktu membasahkan bibir?”
Walaupun perbuatan ini kedengaran amat remeh, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa sedikit was-was. Maklumlah penampilan ketika bekerja perlu dijaga walaupun sekadar calitan gincu di bibir.
Menurut Ustaz Haslin Baharin, hukum bergincu untuk tabbarruj atau berhias adalah diharamkan, berdasarkan firman Allah kerana ia amalan jahiliyah.
Firman Allah yang bermaksud:
“… dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliyah yang dahulu…” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ia termasuk bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah lelaki. Ini termasuk memakai gincu bibir, memakai pipi merah dan berwangi-wangian di luar rumah. Hukum bergincu daripada segi orang yang berpuasa boleh dibahagikan kepada tiga.
Pertama, jika sengaja bergincu adalah dimakruhkan tanpa sebarang tujuan, manakala jika tertelan sesuatu darinya, maka batallah puasanya. Wajib pula menqadanya atau menggantikannya pada bulan lain.
Kedua, bergincu bertujuan sekadar melembapkan bibir, jika tiada rasa atau sesuatu benda sampai ke kerongkong, maka hukumnya harus.
Ketiga, bergincu bertujuan perubatan dan terdesak adalah dibolehkan kerana tujuan yang mendesak itu.
Jika tertelan secara tidak sengaja dalam bentuk yang sangat sedikit, adalah dimaafkan. Sebagaimana disandarkan kepada hukum merasa makanan ketika seseorang itu berpuasa.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sanggup menghabiskan wang untuk memberikan keperluan kecantikan buat isteri tercinta. Kisah gadis ini bersama suaminya menjadi perbualan warganet mengenai kesanggupan suaminya untuk memberi wang bagi isterinya untuk mengekalkan kecantikan.
Perkongsian itu telah di muat naik melalui platform TikTok dan meraih sebanyak 325K penonton sehingga ke hari ini. Wah! min pun teruja nak tahu mengenai cerita ini dengan lebih lanjut, jom!
Kisah gadis yang membuat perkongsian di TikTok pada minggu lepas membuatkan orang ramai tergamam apabila dia menyatakan bahawa suaminya memberikan sejumlah wang hanya untuk dia mencantikkan diri.
Tidak ramai yang sanggup membuat sedemikian oleh kerana itu penonton yang melihat video perkongsian pengguna akaun TikTok @nisahany_ atau lebih gemar di kenali sebagai Nisa. Dia telah membuat satu video yang berdurasi selama 15 ke 30 saat itu menunjukkan kompilasi penghargaan pengorbanan suaminya yang telah selamat di ijab kabul pada 10 September lalu.
“Finally, lelaki yang invest kecantikkan Nisa 2k per week jadi suami Nisa. Alhamdulillah, 10.9 Nisa jadi isteri dia.” katanya melalui video yang di kongsikan itu.
Nisa atau nama sebenarnya Nur Nisahany Binti Rusle, 25, di temu bual oleh team Hijabista untuk mengetahui lebih lanjut perkara ini. Siapa sangka dia pernah di ejek dan caci sewaktu ketika dahulu.
“Sebelum ini berat saya sebanyak 62kg, waktu itu saya tidak berapa cantik nak di bandingkan dengan sekarang,
“Waktu main TikTok, ramai yang suka lontarkan kata-kata ejekkan di sebabkan rupa paras saya. Ada yang kata terlalu ‘confident‘, kulit gelap, dan kulit muka seakan jalan tar,
“Jadi waktu itu teman lelaki (kini suami) encourage saya untuk kuruskan badan. Tapi biasalah awal-awal sahaja beria, lama-lama sudah mula tidak lakukan apa-apa untuk kuruskan badan” katanya.
Wanita yang berasal dari Kedah itu juga berkata, suaminya ketika itu memberikan semangat kepadanya supaya turunkan berat badan dan jaga penampilan. Namun, usahanya kian pudar saban hari. Lalu, Nisa di cabar ketika itu oleh suaminya sewaktu itu.
“Time itu dia cabar saya, kata dia kalau saya berjaya turunkan berat badan dalam tempoh 2 bulan, dia akan kahwini saya,
“Jadi saya sahut cabaran itu dan cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badan. Manakan tidak, bila dengar perkataan ‘kahwin’ itu tandanya dia serius.” ujarnya lagi.
Nisa berjaya menurunkan berat badan yang di impikannya. Bahkan, sebelum melanjutkan pernikahan pada bulan September, ketika itu suaminya memberikan sejumlah wang sebanyak RM2k setiap minggu baginya untuk membuat apa-apa rawatan kecantikan.
“Memang tidak plan pun untuk dia beri apa-apa pada saya untuk ubah. Ada pun saya makan supplemen untuk mencantikkan diri,
“Tapi dia berikan saya RM2k pada suatu hari katanya untuk buat apa-apa sahaja yang boleh mencantikkan diri saya. Ingatkan dia bagi itu sekali untuk sebulan, tetapi dia mula bagi setiap minggu,
“Saya ada juga ingin ganti balik duit itu, tapi katanya tidak perlu, itu bahagian untuk saya mencantikkan diri” jawabnya apabila menjawab tindakan suaminya yang mengejutkan itu.
Nisa dan juga suaminya, Muhammad Farhan Bin Zulkeffle, 24, selamat di ijab kabulkan pada 10 September lalu. Sungguh manis apabila di lihat semula perjalanan Nisa dan suaminya sehingga ke tahap ini. Tahniah kepada anda berdua!
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.