Ketika di bulan Ramadan selain masalah kulit kering antara masalah lain yang dihadapi oleh ramai kaum wanita ialah masalah bibir kering. Penjagaan bibir sama penting dengan penjagaan kulit wajah.

Elakkan pemakaian gincu kemasan pusam ketika bibir kering kerana ia boleh memburukkan lagi penampilan dan rupa anda. Sewaktu bibir sedang kering, dan mengelupas, pemakaian pelembap mungkin kurang sesuai kerana bibir cenderung menjadi gatal, tidak selesa dan pedih.

Photo by Kevin Lerich from Pexels

TUJUH TIP MENGATASI BIBIR KERING DI BULAN RAMADAN

Selain persiapan untuk melipat gandakan amal ibadat di bulan Ramadan , apakah persiapan untuk kita hadapi pada masalah yang pasti ada di bulan puasa iaitu bibir kering dan pecah-pecah?

Bibir kering dan pecah-pecah membuatkan penampilan semakin tidak bermaya malah menyebabkan kita berasa kurang selesa. Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh kita lakukan sepanjang bulan ini:

Banyak minum air putih waktu sahur dan berbuka
Air putih sangat penting untuk menggantikan cecair yang hilang daripada badan setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine dan proses tubuh yang lain. Untuk memastikan badan sentiasa dehidrasi dan kulit sentiasa lembab, kita memerlukan 8-10 gelas sehari.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Minum air yang mencukupi semasa sahur dan berbuka, Tidak perlu minum dengan banyak sekali minum. Minumlah sikit demi sedikit mengikut kemampuan perut untuk menerima agar tidak rasa terlalu ‘tepu’.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan anak atau mengepam susu di tempat kerja, pastikan anda minum dengan mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Boleh minum sedikit demi sedikit selepas berbuka sehingga sebelum tidur.

Hindari makanan yang terlalu masin

Makanan yang masin membuatkan bahagian mulut menjadi lebih kering, sehingga bibir boleh menjadi pecah-pecah. Selain itu, memakan makanan masin sebelum berpuasa membuat kita menjadi kehausan sepanjang hari, kerana cairan di dalam tubuh diserap oleh garam.

IKLAN

Hindari Minuman yang Mengandung Kafein Waktu Berbuka dan Sahur

Photo by Jason Villanueva from Pexels

Sepanjang berpuasa, kurangkan atau hindari langsung minuman berkafein kerana ia membuatkan kulit semakin kering. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing. Anda juga boleh makan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk menambah kandungan air dalam tubuh.

Hindari menjilat bibir

Photo by Oleg Magni from Pexels

Ramai beranggapan membasahkan bibir dengan air liur dapat membantu melembapkan bibir. Tapi sebenarnya tidak. Ini kerana kandungan bahan-bahan semula jadi di dalam air liur semakin mengeringkan bibir. Jika anda biasa melakukannya, hentikan segera tabiat ini.

Menghilangkan kulit mati pada bibir

Photo by Rodolfo Clix from Pexels

Gunakan skrub bibir untuk pengelupasan kulit mati pada bibir. Lakukan 2 kali seminggu. Temyracle Lip scrub sangat membantu memulihkan keadaan bibir yang merekah-rekah dan menggelupas.

Sapukan pada bibir dan gosok perlahan-lahan. Biarkan beberapa saat sebelum dicuci.
Jangan gunakan skrub bibir di waktu bibir sangat pedih atau sensitif. Perbaiki dahulu keadaan bibir dengan menggunakan pelembap bibir. Selepas itu barulah lanjutkan dengan skrub bibir.

IKLAN

Pelembap Bibir

Photo by Pexels

Mencegah lebih baik daripada merawat. Cegah daripada bibir menjadi terlalu kering dan pecah-pecah dengan menggunakan pelembap bibir. Gunakan pelembap bibir sepanjang hari atau setiap kali bibir terasa kering. Gunakan juga pada waktu malam sebelum tidur. Pastikan pelembap bibir sentiasa ada di dalam beg anda.

Lip-stick atau Lip-tint
Gunakan lip-stick atau lip-tint yang mempunyai kandungan yg mampu melembapkan bibir.
Lip-tint sobella yang berasaskan water gel based, sesuai dipakai dalam bulan puasa. Kandungan Vit E&C dpt membantu utk mengekalkan kelembapan pada bibir.

 

IKLAN

DIY skrub bibir yang boleh anda cuba di rumah.

BAHAN BAHAN:

Minyak zaitun
Gula pasir (gula perang atau gula putih)

CARA CARANYA:
1. Titiskan minyak zaitun ke dalam bekas.
2. Masukkan gula pasir dan gaul rata hingga sebati.
3. Dengan menggunakan jari, sapukan campuran tadi pada seluruh bibir dan gosok selama 2 hingga 3 minit.
4. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.
5. Amalkan petua ini secara konsisten In syaa Allah bibir anda akan semakin cerah dan berseri.

HIJABISTA: Selepas bibir dirawat, barulah lipstik yang disapu pada bibir mampu menaikkan seri pada wajah. Jika bibir mengelupas, kering dan pecah-pecah tetapi anda tetap juga memakai lipstik maka sapuan lipstik akan kelihatan merekah. Bibir pun akan terasa pedih. 

Sumber kredit: Farahin Yusoff Top image: Canva

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI