Kecantikan

Ini Teknik Sebenar Untuk Pakai Sunscreen, Barulah Tiada Jerawat & Tak Bercapuk!

Share

Rutin harian yang kita tidak boleh tinggal setiap hari pastinya adalah memakai krim pelindung cahaya matahari (sunscreen/sunblock). Apa gunanya pakai toner dan pelembap bagai tapi tak aplikasikan sunscreen?

Sunscreen inilah yang akan bertindak mengunci semua khasiat krim yang telah anda pakai sebelumnya. Ramai yang sering kali keliru cara sebenar untuk mengaplikasikan sunscreen

di wajah. Hmm, banyak mana nak guna? Jika anda tak tahu caranya, ikuti langkah yang dikongsikan menerusi video ini. Memang terbaik penjelasannya!
Photo by BATCH by Wisconsin Hemp Scientific on Unsplash
  1. Pilih yang sesuai dengan jenis kulit anda (normal, berminyak atau kombinasi)
  2. Picit sunscreen di dua jari anda
  3. Jari pertama adalah untuk anda aplikasikan sunscreen di wajah dengan seratanya agar tidak bercapuk
  4. Sunscreen di jari kedua pula adalah untuk diaplikasikan di bahagian leher ataupun tangan anda

 

Photo by Daria Rem from Pexels

Mudahkan caranya? Jadi, tiada alasan lagi untuk anda skip rutin ini kalau mahukan kulit yang glowing lagi sihat! Moga terus konsisten ya sis.

kredit: @rumahmakeupid

IKLAN