Ramai di antara kita mesti keliru rutin penjagaan manakah yang sesuai dengan kulit wajah kita. Ramai yang ingat jika kulit berminyak tidak perlu pakai pelembap tapi sebenarnya salah tanggapan itu! Kulit yang berminyak juga perlukan pelembap tau.

Menerusi perkongsian Nurul Khairunie di facebook, dia telah menjelaskan mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak. Lebih beruntung sekali, segala produk ini boleh didapatkan dengan mudah di gedung farmasi.

Mekap yang cantik bermula dengan asas penjagaan wajah yang baik.

Jika anda mengikuti 8 langkah ini, insyaAllah kulit anda akan bertambah sihat dan jelita!

Pembersih berasaskan minyak yang bagus untuk menghilangkan segala sisa kotoran di wajah.

Micellar water ini juga bagus digunakan sebelum mencuci muka dengan sabun pembersih wajah.

Produk yang bagus untuk membuang sisa kulit mati.

Toner untuk melembapkan kulit kembali selepas muka dibersihkan.

Yang ini pula sentiasa laris di pasaran.

Bagi menghidrasi kulit anda, bolehlah mencuba yang ini.

Masker tanah liat yang boleh menarik segala kekotoran dari dalam wajah.

Jangan lupakan krim pelindung cahaya matahari!

Gel pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak.

Yang ini pula boleh melembutkan kulit selain melembapkan.

Diharap perkongsian ini dapat membantu hijabi di luar sana yang mengalami masalah kulit berminyak. Yang paling penting mestilah kena rajin mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Jangan malas tau!

Tinggalkan Komen