Ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apabila telah tiba saatnya, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. Kita harus bersedia kerana bila-bila masa sahaja Allah akan menjmeput kita ‘pulang’ ke alam yang abadi.
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Ads
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Ads
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan. Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Ramadan sudah tiba, dan umat Islam di seluruh dunia digalakkan untuk melakukan yang terbaik pada masa ini. Salah satu cara untuk menunjukkan kebaikan adalah dengan berpuasa.
Waktu yang paling istimewa ialah umat Islam waktu sahur dan berbuka. Kemudian, pada penghujung Ramadan. Umat Islam dinasihatkan untuk mengikuti amalan pemakanan Nabi Muhammad SAW. Baginda makan sahur dan berbuka dengan menu yang sihat agar tidak menyebabkan dia berasa sakit atau letih.
Salah satu ibadah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad adalah memakan kurma pada waktu pagi. Ini disebutkan dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Daud.
Kurma adalah pilihan makanan yang tepat untuk bersahur. Buah ini mengandungi kalori, serat dan karbohidrat yang cukup untuk mengisi badan. Kita akan rasa kenyang lebih lama apabila memakannya kerana kurma merupakan sumber karbohidrat kompleks.
Kurma adalah sumber pemakanan yang baik, dan ia sangat baik untuk orang yang ingin mengekalkan berat badan mereka. Kurma tinggi serat dan tidak mempunyai sebarang gula tambahan. Maknanya sepanjang Ramadan ini, anda boleh makan kurma sebanyak yang anda mahu dan masih kekal sihat.
Pada waktu sahur, Nabi Muhammad SAW juga menyarankan agar kita minum air jika tidak biasa bangun awal untuk makan. Beliau berkata walaupun kita tidak bersarapan, sekurang-kurangnya kita perlu minum air.
Untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi semasa berpuasa, minum sekurang-kurangnya dua gelas air setiap kali berbuka, empat gelas selepas tarawih, dan dua gelas seterusnya semasa sahur. Dengan cara itu, badan anda akan mendapat air yang diperlukan walaupun anda tidak minum pada waktu tengah hari.
Kurma adalah sejenis makanan yang sepatutnya dimakan oleh umat Islam di meja makan. Hadis riwayat Abu Daud mengatakan bahawa Nabi selalu mengakhiri puasanya dengan kurma yang segar, dan jika tidak ada baginda akan mengambil kurma kering. Kemudian, jika kedua-duanya tidak ada, dia akan minum air. Selepas itu, Nabi akan menunaikan solat Maghrib.
Ini menunjukkan bahawa puasa amat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW. Dari sudut kesihatan, buah-buahan yang berasal dari Timur Tengah adalah baik untuk berbuka puasa kerana ia menyihatkan untuk anda.
Kurma merupakan sumber tenaga yang baik kerana badan boleh menukarkannya kepada tenaga dengan mudah. Selain itu, makan kurma selepas berpuasa sepanjang hari boleh membantu memulihkan paras gula darah yang normal.
Sebab kedua ialah buah kurma merupakan buah yang tinggi serat, bermakna ia akan membantu mengelakkan anda daripada makan berlebihan semasa tempoh berpuasa. Dengan cara ini, anda akan kekal sihat dan langsing.
4.Pelbagaikan Variasi Makanan
Selepas berbuka, Nabi Muhammad makan beberapa buah kurma untuk membantu menghilangkan rasa lapar. Baginda pun solat Maghrib. Kemudian, makan apa yang ada padanya, seperti roti dan daging. Ini kerana Nabi Muhammad tidak pernah memilih apa yang dimakannya.
Nabi Muhammad bersabda bahawa penting untuk makan dalam jumlah yang sederhana, terutamanya semasa berbuka puasa. Menurut satu hadis, perut hendaklah dibahagikan kepada sepertiga untuk makanan, minuman, dan udara.
Makan berlebihan boleh memberi beberapa kesan negatif terhadap kesihatan anda, termasuk penambahan berat badan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gembira sungguh Daiyan Trisha kerana diajak kembali ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Dia dapat pergi ke sana tahun lepas, dan dia sangat menikmatinya.
Ini merupakan kali kedua pelakon berusia 30 tahun itu menunaikan umrah pada bulan Ramadan.
“Assalamualaikum semua. Saya sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah pada setiap Ramadan.
“Syukur alhamdulillah tahun ini saya dijemput sekali lagi untuk berada di sini (Tanah Suci) buat kali kedua,” kongsinya dalam Instagram.
Pelakon siri Projek High Council itu berkata lagi, dia memohon doa dan kemaafan daripada kenalan yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan. Beliau juga memohon doa agar perjalanan beliau dan jemaah haji yang lain dipermudahkan.
“Saya mohon doa dan keampunan daripada semua atas salah dan silap saya. Doakan perjalanan pergi dan balik saya serta semua jemaah lain. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur,” kata Daiyan.
Daiyan juga berkata bahawa dia tidak sabar untuk bertemu “cinta hatinya” dalam beberapa hari, mungkin merujuk kepada Kaabah, yang merupakan tapak paling suci dalam Islam.
Ramai rakan artis mendoakan keselamatan dan keselesaan pelakon itu sepanjang perjalanan umrahnya semasa dia pergi.
Walaupun pintu sempadan dibuka selepas wabak itu, Daiyan hilang keinginan untuk mengembara dan mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk dia “terbang” ke luar negara semula, seperti yang dilakukannya berkali-kali sebelum ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tester lipstick boleh tercemar dengan bakteria dan virus seperti HSV-1. Ketahui risiko sebenar, fakta saintifik serta cara lebih selamat mencuba lipstick sebelum membeli.