Hari Arafah jatuh pada Rabu ini. Banyak amalan yang boleh dilakukan sempena Hari Arafah. Ia juga merupakan waktu yang terbaik untuk berdoa kepada Tuhan. Di sini, Hijabista kongsikan kepada semua mengenai doa yang boleh dibaca menjelang hari itu nanti.
Ads
Buat semua, ambillah peluang ini untuk berdoa apa yang dihajati kepada Tuhan dan berusaha untuk menjadi hambanya yang lebih baik.
Ads
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
CREDIT: TWITTER @zt000tz
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat umat Islam untuk mempunyai satu landasan yang benar. Ternyata, Al-Quran juga merupakan perantara terjadap suruhan Allah SWT kepada umatnya.
Baginda nabi Rasulullah SAW telah menerima al-Quran al-Karim dan menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS serta ditanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang akan di jaga hingga ke hari kiamat.
Justeru, umat Islam dianjurkan untuk mendampingi kitab suci ini dengan membacanya sebagai amalan harian kerana ia mempunyai banyak fadhilat jika seseorang itu beriman kepada Al-Quran sepertimana hijabi yang dikenali sebagai Dian Karisma Mohd Japar agau lebih mesra disapa sebagai Dian.
Meski baru berusia 18 tahun, Dian mendedahkan bahawa dia menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengaji sebanyak 12 hingga 15 juzuk setiap hari untuk memperbaiki bacaan hafazanya untuk bertanding dalam acara hafazan Al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 baru-baru ini.
Hijabi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini berkata, tujuan dia melakukan demikian adalah untuk mengekalkan dan melancarkan hafazan yang dilakukan. Malah, Dian juga sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada gurunya supaya ia dapat diperbaiki.
“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”
“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya lapor portal berita AlHijrah Online.
Lebih mengagumkan Hijabista, apabila Dian menjelaskan bahawa dia sudah mulai menghafaz Al-Quran sejak di bangku sekolah rendah pada darjah tiga lagi, iaitu ketika dia berusia 9 tahun.
Dian mula menghafaz Al Quran sejak di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan Al-Quran sepenuhnya iaitu sebanyak 30 juzuk.
“Hafal darjah tiga, khatam pada 2018 dan saya mengambil masa dalam lima tahun untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Al-Faizin,” ujarnya.
Semoga kita semua direzekikam oleh Allah SWT untuk rajin menghafaz Al-Quran dan menjadikanya sebagai pedoman serta teman karib sepanjang kehidupan!
Jika selama ini Anda mengenal makeupprimer berasaskan silikon dengan kemampuan membentuk lapisan baru agar wajah tampak smooth, ada pula water basedprimer dengan formula lebih ringan.
Dengan primer, solekan anda akan tampak lebih menyatu. Primer akan mempersiapkan wajah untuk pemakaian foundation, moisturizer, atau concealer kemudiannya. Makeupprimer yang mana paling sesuai dengan keperluan riasan anda? Ikuti penjelasan tentan make up primer dan cara memilihnya dengan tepat.
Jurusolek setuju bahawa makeupprimer ada beberapa kelebihan, meskipun ada sebahagian tidak mengemarinya. Pada dasarnya, cocok tidaknya penggunaan makeupprimer perlu disesuaikan dengan keinginan anda.
Akan tetapi, makeupprimer kini diperbuat tidak hanya untuk menghaluskan tekstur kulit, membuat makeup lebih menyatu, atau menyamarkan pori-pori yang tampak terbuka. Lebih dari itu, produk primer sekarang dibekali formula tambahan untuk fungsi mencerahkan, menutupi jerawat, dan menjaga hidrasi kulit agar makeup lebih melekat sekaligus mencegah breakout.
Apabila anda bermasalah dengan garisan halus, pori-pori besar, dan tekstur kulit tidak rata, gunakanlah makeupprimer yang mampu menangani seluruh permasalahan tersebut. Untuk lebih jelas, ikuti beberapa tips sebelum membeli make up primer.
Perkara utama yang mesti anda pertimbangkan adalah memilih makeupprimer berdasarkan keadaan wajah. Anda yang kulit berminyak tentu memerlukan makeupprimer yang berbeza dengan keadaan kulit wajah yang kering atau kombinasi. Oleh itu, berhati-hati memilih produk agar sesuai keadaan kulit.
Kulit Kering – Primer yang mampu melembapkan dan mengilaukan kulit
Wajib pilih primer dengan komponen moisturizer bagi anda yang berkulit kering. Salah satu permasalahan umum anda yang kulitnya kering adalah mekap sulit menyatu. Dengan adanya bahan khusus untuk menghidrasi kulit wajah, mekap pun lebih melekat. Lebih baik jika primer pilihan anda mampu memberikan efek kilau.
Utamakan unsur makeupprimer yang mencantumkan keterangan “hydrating”, “dewy”, “glowing”, atau “moisturizing”. Semua efek tersebut diperlukan oleh kulit kering, agar hasil riasan tahan lama, dan terlihat berkesan. Selamat tinggal wajah kusam, bahkan wajah tampak lebih segar!
Untuk Kulit Normal – Pilih primer formula Illuminating dengan Hasil Dewy
Anda kulit normal tidak mengalami masalah kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, juga tidak mengalami keadaan pori-pori yang terlalu terbuka mahupun tertutup. Bila Anda mempunyai jenis kulit normal, cari makeupprimer yang diformulasikan dengan illuminating hasilkan kesan dewy.
Sebaiknya hindari primer yang meninggalkan kesan mattifying kerana hanya akan membuat wajah kelihatan kering dan kusam. Anda juga disarankan memilih formula primer yang mampu meminimalkan pori kerana akan lebih optima untuk lapisan foundation atau concealer di atasnya.
Untuk Kulit Berminyak – Carilah Primer yang meninggalkan kesan matte
Anda yang memiliki jenis kulit berminyak dianjurkan memilih makeupprimer yang memberi efek matte. Bagu mengurangkan kilauan akibat minyak berlebih yang diproduksi wajah melalui mattifying formula pada produk primer.
Kulit yang cenderung berminyak umumnya disertai pori-pori besar. Oleh sebab itu, selain mengutamakan primer dengan oil control yang baik, anda juga disarankan memilih produk yang mampu meminimakan pori-pori. Sebagai gantinya, makeup pun tidak mudah luntur dan wajah kelihatanlebih halus.
Untuk Kulit Berjerawat atau Sensitif – Utamakan Primer yang mengandungi formula non-comedogenic dan zat aditif
Bermasalah dengan jerawat, cari primer yang mengandung bahan kawalan jerawat. Salicylic acid dan glycolic acid merupakan komponen utama yang terbukti kuat menangani masalah wajah berjerawat. Makeup primer dengan formula non-comedogenic pula pilihan agar tidak kondisi jerawat tidak lagi parah. Seboleh mungkin pilih makeupprimer dengan kandungan minima agar tidak mendorong alergi atau radangan kulit.
Untuk Kulit Kombinasi – Pastikan formula yang bekerja menghidrasi dan memberikan kesan mattifying
Kulit kombinasi bererti terdapat dua area dengan kondisi berbeza pada kulit wajah. Biasanya, area U yang meliputi rahang cenderung kering, sementara area T sering kali berminyak. Jenis kulit kombinasi perlu makeupprimer yang mampu bekerja melembapkan di area yang kering, namun mengawal lebihan minyak pada area yang berminyak.
Makeup primer berformula neutral sesuai untuk kulit kombinasi. Produkini takkan menyebabkan efek kilap ataupun matte berlebihan. Cadangan beli dua produk sekaligus yang masing-masing berfungsi sebagai mattifying primer dan hydrating primer. Namun, hal ini tentu memakan lebih banyak anggaran sehingga anda perlu pertimbangkan kembali dari segi bajet.
Color-correcting primer – Jika anda berkeinginan membeli makeupprimer untuk mengurangkan kemerahan atau menambah kecerahan wajah.
Smoothing atau blurryeffect – Fungsi menutupi garis halus.
Apa pun fungsi utama makeupprimer pilihan anda, sangat penting mengutamakan produk yang formulanya terbukti selamat untuk penggunaan harian.
Kandungan dasar makeupprimer dibezakan menjadi dua, iaitu silikon (silicone based) dan air (water based). Formula Produk silicone based lebih banyak diproduksi dibandingkan water based. Sebenarnya, apa perbezaan dari kedua jenis ini?
Berasaskan Silikon (Silicone Based): Menutup pori dan meratakan tekstur kulit
Ciri utama makeupprimer berasaskan silikon kemampuannya menutup pori-pori dan meratakan tekstur kulit. Begitu pun pada kulit wajah belubang akibat bekas jerawat, komponen silikonnya akan mengisi lubang serta menciptakan lapisan baru agar tekstur kulit lebih merata.
Adapun komponen silikon yang digunakan adalah dimethicone, trimethicone, trisiloxane, atau cyclopentasiloxane. Cara fungsinya dengan membentuk layer baru untuk smoothing effect.
Berasaskan Air (Water Based): Peranan optima dalam membetulkan Warna kulit tidak sekata
Anda yang berkulit kering lebih dicadankan memakai makeupprimer dengan formula dasar air. Primer ini menyimpan komponen pelembap cukup tinggi yang akan memelihara lingkungan wajah tetap basah agar makeup melekat lebih lama.
Formulanya yang lightweight, water based primer terasa lebih ringan. Makeupprimer ini tidak sebaik silicone based primer dalam coverage tekstur tidak rata. Selain itu, kemampuan mengawal minyak juga tidak terlalu baik.
Ciri Lain:
Makeup lebih flawless dengan primer yang mampu menyamarkan pori-pori
Kulit mulus dambaan Anda dapat terwujud dengan bantuan makeupprimer yang mampu mengisi pori-pori. Primer jenis ini memungkinkan Anda peroleh hasil makeup yang flawless tanpa tampilan pori besar maupun kerutan halus. Bila Anda ingin menghadiri acara penting, makeup flawless yang menyatu dapat Anda raih dengan pore-minimizing primer.
Kulit Terlindungi dengan Primer yang Mengandung Formula UV Protector
Pixy membentangkan makeupprimer berkerja baik dalam menyamarkan imperfections pada kulit wajah. Bahan-bahan botani seperti jojoba oil, olive oil, dan yuzu extract disematkan ke dalamnya, menjadikan produk ini bukan sekadar melembapkan wajah, tetapi membantu penutrisian sekaligus membuat wajah tampak sihat bercahaya.
Dilengkapi kandungan SPF 35 dan PA++, makeupprimer tanpa alkohol ini memastikan keselamatan wajah melalui efek perlindungan optimal dari sinar UVA dan UVB. Kemasan tube-nya yang ramping memudahkan produk ini dibawa.
Apakah Anda mengharapkan penampilan sempurna sekaligus kulit terlindungi dari kusam akibat sinar matahari? Produk unggul ini menyediakan kandungan SPF 15 untuk memberi penjagaan ekstra terhadap wajah anda. Formula oil-free, primer ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak mahupun kombinasi.
Veil Mineral Primer menggunakan kandungan utama silikon yang kuat menutupi kemerahan, serta memperbaiki pori-pori dan garisan halus. Bagi kulit sensitif, primer ini selamat diaplikasikan kerana komponennya yang bebas paraben, pewangi, dan pewarna buatan.
Mary Kay® Foundation Primer Sunscreen SPF 15 adalah produk yang harus dimiliki jika anda mahu solekan kelihatan sempurna. Berfungsi sebagai pelengkap hasil solekan yang telus, tidak hanya menutup cela tetapi juga bertindak seperti magnet untuk memberikan asas solekan kekal dan tahan lama. Ia memberikan kemasan yang sempurna sambil meminimumkan penampilan liang pori, garis halus dan kedutan. Selain itu, ia bebas minyak dan mengandungi ramuan yang menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.
Jika anda alami masalah kulit berjerawat dan bertekstur, primer daripada Sephora Collection ini akan menjadi bff anda! Ianya berformula silikon, yang akan mengisi ruangan kulit anda yang bertekstur, pori besar dan berjerawat. Ianya dapat meratakan kulit anda supaya foundation akan kelihatan rata dan flawless.Wajah anda juga akan tampil berseri dan anggun.
Primer ini amat sesuai untuk kulit kombinasi kerana kulit jenis ini selalunya mempunyai bahagian pipi berkulit kering atau normal dan T-Zon yang berminyak. Jadi, anda hanya perlu memastikan T-Zon anda kekal kering dan tidak berminyak dengan primer daripada Nudestix ini!
Primer ini berbentuk stik yang membuatkan aplikasi ke atas bahagian T-Zon anda lebih mudah. Anda hanya perlu mengoleskan pada kawasan hidung, dagu dan dahi anda untuk mengawal minyak, menyembunyikan pori besar, tona tidak sekata, tekstur kulit dan juga garis halus.
Primer Water daripada Smashbox ini telah menjadi kegilaan ramai sejak dari dulu lagi. Formulanya menjadikan permukaan muka agak melekit untuk memastikan foundation tahan lebih lama dan tak bercapuk. Aplikasi spraynya juga menyegarkan kulit dan membuatkan pengalaman mengoles makeup anda lebih senang dan mudah!
Kulit berminyak selalunya mempunyai masalah terlebih penghasilan sebum yang tidak terkawal. Jadi primer daripada Cover Fx ini akan membantu menghilangkan maasalah kulit berminyak anda dengan lapisan mattifying yang akan mengawal minyak daripada merosakkan makeup anda.
Benefit The POREfessional Face Primer mengandung vitamin E untuk melindungi kulit dari molekul radikal bebas yang desktruktif. Produk dengan tiga saiz pilihan ini bekerja cepat meminimakan pori-pori dan garis halus. Akibatnya, kulit super mulus idaman, makeup flawless dengan formulanya yang bebas alkohol, sulfat, dan paraben selamat untuk semua jenis kulit. Bukan itu saja, formula transparan (translucent) menjadikan primer ini sepadan untuk semua tone kulit. Kandungannya yang bebas minyak, makeup yang tahan lama tanpa luntur tidak dapat dielakkan!
Bagi anda yang memerlukan makeupprimer dengan formula pore blurring, produk keluaran Wardah ini patut dipertimbangkan. Kualitinya sebagai base makeup untuk menyamarkan tampilan pori-pori tidak perlu diragukan lagi. Breathable formulanya tidak meninggalkan perasaan berat di kulit wajah.
Anda perlu aplikasi sunblock kerana primer ini tidak mempunyai UV protection. Tekstur creamy lembutnya terasa selamat untuk semua jenis kulit, terutama kulit sensitif dan berjerawat kerana tidak terasa perit, gatal, ataupun panas.
Jika anda mengalami kerengsangan kulit akibat masalah sensitif, anda harus mengenakan produk bebas alkohol dan pewangi. The Ordinary menggunakan formula Advanced Adaptive Silicones yang bertindak sebagai kemasan matte dan dalam pada masa yang sama, ianya memberi kesan penghidratan buat kulit agar tampak segar dan bermaya.
Produk ini sesuai digunakan sebagai pelembap bebas minyak untuk menghilangkan penampilan pori dan cela sambil melembut dan melicinkan permukaan kulit.
Produk ini menyediakan kulit untuk aplikasi foundation dengan lebih lancar dan halus. Bertekstur gel ringan dan tanpa warna dapat mencipta lapisan yang tidak kelihatan serta bertindak sebagai penghalang kepada elemen luar supaya kulit terhalang dari radikal bebas. Membantu solekan tebal agar kekal segar dan tahan lama sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, produk ini juga mengekalkan kelembapan kulit tanpa menyebabkan kesan berminyak dengan kandungan ekstrak Vitamin E supaya wajah kekal licin, halus dan segar berpanjangan. Tiada lagi masalah kulit iritasi!
Ciptakan hasil solekan kemas dan matte dengan primer daripada jenama Rimmel London ini. Diformulasi dengan bahan ultra-ringan dan bebas minyak akan mengurangkan penampilan liang pori yang besar. Boleh digunakan dalam pelbagai cara samada anda memakainya sebagai asas solekan sebelum foundation supaya tahan sehingga 8 jam atau aplikasikan begitu sahaja untuk tampil lebih natural supaya kulit tampak lembut dan bersih.
Gunakanlah primer secara tepat agar makeup tidak terlihat seperti topeng atau terkesan cakey. Semoga anda bertemu dengan primer pilihan yang sesuai dengan keperluan.
Anak-anak istimewa yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini selalunya dikurniakan akal fikiran yang kuat dan hati yang terang, meski diuji dengan ketidaksempurnaan.
Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Sayidah Fatimah Nabihah, yang berusia 19 tahun apabila diuji dengan penyakit Autisme.
Namun, ketidaksempurnaan yang dimiliki bukanlah halangan untuk dia berjaya sebagai umat Islam dan mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafaz sebanyak 23 juzuk daripada kitab suci Qalamullah itu.
Hijabista difahamkan bahawa, hijabi istimewa anak kelahiran negeri bawah bayu, Labuan Sabah ini merupakan penuntut di Sekolah Tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak usianya 13 tahun lagi.
SubhanaAllah bertapa besarnya keagungan Allah yang telah mengurniakan akal fikiran dan hati yang terang buat hijabi istimewa ini sehingga mampu menghafaz bait-bait ayat dalam kitab suci walaupun diuji serba kekurangan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Fatimah apabila dia gagal menamatkan pengajian kerana seringkali mengalami ‘tantrum’ di asrama dimana dia melaksanakan pengajian Al-Quran, ekoran masalah Autisme yang dihadapinya.
Cakna berkenaan permasalahan yang dihadapi adik istimewanya, kakak kepada Fatimah yang dikenali sebagai Sayidatul Syahirah atau dikenali sebagai Humaira berusia 32 tahun tidak patah semangat.
Justeru, Humaira mengambil satu inisiatif untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya itu dan melakukan perniagaan mudah, bertujuan untuk membantu perkembangan kognitif Fatimah agar dapat terus berkembang.
“Saya mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai / tanpa tunai untum memudahkan Fatimah melakukan urusan merekod jualan,” ujar Humairah menerusi hantaran Facebook yang dibuat
dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.\
Menurut Humaira lagi, selain merangsang perkembangan ‘kognitif’ Fatimah, aktiviti
Perniagaan mudah yang dicipta ini, dalam masa sama mampu memupuk sifat berdikari dalam diri Fatimah kelak.
Jadi Fatimah mampu menjaga dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Humaira.
“Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.
“Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya Fatimah mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya,” kongsi Humaira.
Sekadar info, sejak dikeluarkan dari asrama. Fatimah kini tinggal bersama Humaira. Malah, Humaira kini bertindak membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan mudah miliknya.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.