
Kadang-kdang ketika membeli skincare kita sering tertanya-tanya adakah ianya sesuai atau tidak dengan kulit wajah dan tubuh kita.
Mungkin juga kita tertanya-tanya adakah bahan yang terkandung dalam setiap produk perawatan kecantikan untuk wajah dan tubuh selamat digunakan.
Berikut perkongsian Iman Abd Rahim
Sebelum kita beli product, mestilah kita kena check dulu ingredients dalam product yang kita nak beli. The question is, dah baca ingredients tapi tak faham. Macam mana nak tahu ingredients tu okay ke tak? Nak kena google satu satu ingredients ke? Tapi panjang sangat? Google pun maybe tak faham?
Jangan risau, segalanya dihujung jari. Let me share with you some websites yang I selalu guna untuk analyze skincare. Tak perlu jadi pakar atau expert pun. Yang penting, kena rajin.
So first of all, you need an internet connection and a device. Tak kisah lah nak guna phone ke laptop ke, asalkan ada internet connection.
1. CosDNA
The first and the most basic website, www.cosdna.com.
Normally kalau famous products, dah ada database siap siap so you don't need to copy and paste the whole ingredients to analyze the product. Tapi nak selamat, just copy atau type je satu satu ingredients, lepastu analyze. Kalau majority warna hijau dan kuning, maksudnya product tu low potential of acne, irritants dan berpotensi besar selamat. Tapi kalau nampak ada warna merah, kemungkinan produk tu boleh menyebabkan acne, irritation atau mungkin produk tu tak selamat.
However, data dalam cosDNA ni ada banyak pendapat. Contohnya paraben, dia akan sentiasa letak warna merah (tak selamat).
Cukuplah sekadar untuk kita check ingredients supaya kita tahu roughly.






2.SkinCarisma
My fav website sebab interface dia cantik and senang nak navigate. Details dia pun kemas and senang nak faham.
Sama macam CosDNA, you need to copy and paste the ingredient list tapi kalau product yang famous, normally dah ada data. It will show everything that you need to know, whether it's paraben free, sulfate free, alcohol free, silicon free, or fungal acne safe.





Apa apa pun, semua website ni sebagai rujukan dan panduan sahaja. Semua kulit berbeza dan react dengan cara yang berbeza. Make sure you know and listen to your skin. Walaupun ingredients penting, it's not the only one yang kita kena ambil tahu. % untuk setiap ingredients tu berbeza, kulit manusia pun react dengan cara yang berbeza.
Yang penting, kalau dah beli satu produk, buat patch test dulu. Read more about patch test
Sumber kredit: http://www.imanabdulrahim.com/
Dapat Ribuan Share, Wanita Ini Kongsi 9 Produk Drugstore Terbaik Sembuhkan Wajah Dari ‘Breakout’

Tidak dinafikan pelbagai lambakan produk penjagaan wajah yang dijual di pasaran. Namun tidak pasti apa yang sesuai untuk kulit bermasalah seperti berjerawat. Kuit bermasalah seperti ini perlu produk yang betul-betul sesuai bagi memastikan sembuh seperi sedia kala.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook, Amy Hamid yang dulu mempunyai masalah kulit berjerawat memberitahu produk digunakan dalam rutin perjagaaan harian.
Kebanyakan produk dibeli di drugstore dan digunakan secara konsisten. Harganya juga berbaloi dan akhirnya masalah dialami berjaya diatasi.

Morning
Ada free sikit harinie walaupun semalam tido kul4pagi
Amy nak share skincare apa amy pakai sampai skin amy boleh bersih! Cuma parut teruk tu memang take time tapi boleh beza la skin dulu dengan sekarang
1-cetaphill cleanser
Gais amy nak explain cetaphill nie kena sabor bebanyak kome bak kata orang perak. Bulan pertama jujur cakap jerawat besar2. Nak kuar pown malu. Terfikir tak sesuai ke. Mula la dah down. And amy sama cm korang terpikir better pakai ada merkuri sebab bila change muka makin teruk. Nasib la orang sekeliling support! Berkat sabor serasi sangat sekarang. Bila basuh tu feel bersih dan tone kulit makin sama. Ha! Cetaphill xde buih. Kome jangan la pelik. Tapi kulit korang tetap bersih. Bila tukar produk organik die cuci lapisan dalam. Ada purging session. Naik jerawat. Cayalah cakap amy korang yang pakai produk high chemical memang cantik diluar. Tapi kulit dalaman korang dah rosak teruk! After stop breakout sampai bernanah. PLEASE PLEASE PLEASE banyak lagi produk under drugstore boleh buat korang cantik if korang kenal kulit, kenal bahan.
Rm28++ 250ml tahan sebulan lebih/2bulan
Watson/guardian/farmasi
2-St ives scrub
Tak semua sesuai pakai. Amy jujur. Amy pakai sebulan sekali cmtu. Bukan selalu kena tenyeh muka. Mak aii nipis kulit den. Masa korang tengah breakout, ada jerawat dinasihatkan jangan pakai scrub! Nanti jerawat lagi iritate. Jerawat takkan kurang. Makin makin naik. Pakai bila dah tinggal parut atau muka dah ketahap jerawat kurang naik! Muka bersih sebab kulit mati dibuang. If nak pakai cari jenis peeling. Yang tu x sakitkan muka.
Rm14++
Watson/guardian/pasaraya
3-naruko 2in1 clay mask and cleanser
The best produk! Clay mask memang sesuai untuk kulit jerawat tambah2 jenis prone acne!clay mask nie best ada ekstrak tea tree kecutkan jerawat dan pudarkan parut jugak tau. Pakai dalam 5-10minit je then bilas. Basuh macam basuh muka sebab cleanser sekali. Cuci sampai bersih. Cm amy after pakai mask nie pakai rose gold oil. Lembapkan kulit. Bukan sleeping mask if pakai waktu tido. nnt kulit korang iritasi pulak. Trust me korang akan suka. Sebab naruko bahan die soft sesuai untuk jerawat. Kalau muka korang naik jerawat selalu cek balik produk dan bahan dia. Jenis prone acne kena concern bab2 nie nanti takde la korang pelik asal aku pakai makin teruk muka
Rm29
Watson/guardian
4-sunblock bio essence
Fav! Kenapa? Skin kita makin teruk sebab kita x concern pasal UV matahari yang rosakkan kulit. Kalau korang perasan jenis skincare sekarang mostly dorang cakap krim siang ada uv protection sebenarya tak. Ada yang pakai tapi parut susah gila nak hilang. Just jadi putih je. Sebabnya tak protect. Uv nie jahat gila tau x! Makan kulit. Nak kulit elok silalah berbelanja untuk sunblock. Those yang ada jeragat nie la puncanya! Untuk cuaca malaysia kena cari spf50++
Amy recomend bio essence sebab tak melekit and water based. Paling best terus serap then korang boleh terus pakai cc cream ke foundation! Untuk kulit minyak and jerawat boleh pakai jenama nie. Actually banyak yang elok. Amy pakai yang nie. Positif gila result! Jangan takut pakai sunblock kulit burn atau naik jerawat. Maybe sebab tak kaji bahan sesuai untuk kulit korang atau tak.
Rm38++
Watson/guardian

5- NARUKO sleeping mask
Fav too! Kenapa? Yang nie boleh pakai sampai bangun pagi esok. Tekstur jelly. Amy suka pakai RGO (rose good oil then tempek jelly) untuk konsep treat and seal. Sejuk je kat muka. Fungsinya kawal minyak yang keluar kT muka, rawat parut dan jerawat. If ada jerawat pakai malam nie esok dah kecut sikit. Dan tak tinggal parut tapi pudarkan lagi parut! Muka jadi lembap and glowing. Bagi amy sangat bantu kurangakn minyak dekat muka. Ada fungsi dehydrate sikit.
Rm45.90 (now rm40.50) promo
Watson/ guardian
6-rose gold oil (RGO)
Fav sangat2! Amy rasa setiap dari kita kena ada and amalkan. Nie la amy cakap treat and seal. Pakai apa2 mesti die jadi based. Even pakai foudation. Die rawat means die x buat clogged pore sebab guna makeup. Pudarkan parut, rawat kulit, cerahkan kulit. (Those yang rasa takut tak jadi lepas stop skincare korang try takkan menyesal.
Contact Intan Syafinas dan follow banyak tips2 skincare and boleh beli RGO produk terbaik nie dari dia
Rm59.90
7-serbuk akar mengkunyit
Bagus gila untuk pudarkan parut, bersihakan kulit. Amy buat mask muka selang 2hari macam tu. Paling best muka tak iritasi. Nie amy suka gila.
Boleh contact Sheada Fadzil founder serbuk nie.
Rm30 je
8-garnier micellar water makeup remover
Kalau tak basuh makeup bebeno bak kata orang perak kome jangan la idamkan kulit macam nora danish. Clogged pore, kukit selalu jerawat, muka gatal2 nie la akibatnya. Kena concern tau! Jangan rasa guna cleanser dan elok. Ada banyak lagi jenis makeup yang bagus. Korang boleh pilih
Rm9.99 small
Rm20.99 big
(Promo)
Watson/ guardian/ pasaraya
9-hiruscar
The best ubat jerawat and parut amy pakai. Bahan sesuai untuk jenis prone acne. In amonth parut makin pudar. If ada jerawat boleh tempek then kecut.
Ada dua jenis makesure pilih yang acne scar. Satu lagi untuk parut2 biasa
Rm38++ 10g
Watson

Kening Selalu Gatal Merupakan Tanda Anda Mempunyai Diabetes? Ini Adalah Puncanya..

Alis mata atau dipanggil kening merupakan aksesori mata yang memberikan kecantikan pada wajah seseorang itu. Oleh sebab itu, kebanyakan wanita akan membuat rawatan pada kening mereka seperti mencabut, membentuk bahkan sanggup mentatu kening untuk nampak cantik hingga menyebabkan kegatalan kening berlaku.

Bagaimana keadaan kening gatal ini boleh berlaku? Adakah disebabkan oleh salah memakai produk mata atau ianya sekadar gatal yang sering berlaku apabila sampai masanya? Jawapannya adalah, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda gatal kening ni dan ada yang disebabkan oleh penyakit tau! Jadi, mari kita mengetahui fungsi kening yang sebenar.
Fungsi kening yang sebenar pada wajah anda!
1. Melindungi mata

Pada dasarnya, kening sebenarnya bukanlah sekadar aksesori semata-mata. Ia sangat penting untuk menjaga kebersihan dan kejernihan mata anda. Tanpa kening cuba anda bayangkan apabila keluar ke rumah dan hujan pada waktu itu, pasti air hujan akan mengalir terus masuk ke mata anda. Tanpa kening mata anda akan mudah dicemari dan cepat pedih.
2. Mengekspresikan emosi
Kening merupakan anggota badan yang penting terutama sekali apabila untuk mengekspresikan emosi anda. Kalau anda tak sedar, kening anda akan berubah-ubah mengikut emosi anda.
Artikel Berkaitan: Teknik Lukis Kening, ‘Hack‘ Solekan Di Tik Tok Bantu Anda Yang Kusut Membentuk Kening
Selain daripada kening menampakkan emosi dalam diri and boleh memastikan dengan mencuba lihat wajah di cermin ketika marah, sedih, kagum, gembira, terkejut dan lain-lain. Jadi sudah tentu kening akan menunjukkan apa yang anda rasa tidak kira mengangkat kening atau mengerut. Ia bergantung pada emosi pemiliknya.
3. Identiti setiap seorang

Menurut kajian yang pernah dilakukan, kening mempunyai peranan penting sebagai identiti seseorang itu. Menurut kajian yang telah dilakukan, lebih kurang 46% peratus individu yang tidak dapat mengenali wajah tokoh terkenal atau selebriti terkenal dunia apabila wajah mereka dibuang kening daripada gambar
Apakah punca kening gatal dan langkah mengatasinya?

Kegatalan pada kening bukanlah satu kondisi yang serius yang perlu anda khuatirkan kerana ia akan hilang sendiri kebiasaannya. Akan tetapi, gatal kening ini merupakan petanda penyakit atau kondisi kesihatan badan anda. Ini terutama sekali buat yang gatal badan tidak hilang sekian lama. Berikut merupakan punca kegatalan kening dan langkah mengatasinya:
1. Diabetes

Jadi apa kena mengena diabetes dan gatal ini? Kalau anda nak tahu sesiapa sahaja yang menghidap diabetes jenis 1 atau 2 yang tidak dikawal dengan boleh jadi penyebab masalah kegatalan, termasuklah pada kening.
2. Psoriasis

Psoriasis merupakan kondisi kulit yang terjadi pada kulit muka. Selalunya ia selalu terjadi pada bahagian kulit atas dahi dengan garis rambut atau bahagian kulit antara lubang hidung dengan bibir atas.
Ada sesetengah orang akan menyebabkan penumbuhan kelemumur pada kening anda. Jadi Psoriasis ini akan menyebabkan kulit yang dijangkiti menjadi tebal dan merah serta menimbulkan sisik seakan warna putih. Kebiasannya ia akan datang dah pergi dan ia mempunyai beberapa faktor seperti stres, cedera pada kulit, infeksi pada kulit dan ubatan tertentu yang membuatkan ia datang.
3. Reaksi pada alahan
Reaksi alahan merupakan punca utama berlakunya kegatalan pada kening anda. Reaksi alahan juga boleh terjadi apabila produk kecantikan wajah seperti pencuci muka, pelembab, pelindung matahari atau topeng muka yang digunakan. Jangan risau, ia akan hilang sendiri.
4. Herpes Zoster
Apa Herpes Zoster ini? Ia adalah sejenis ruam yang timbul pada muka atau badan anda. Apabila ruam ini muncul anda akan merasakan gatal, geli dan sakit pada masa yang sama di kawasan yang dijangkiti. Terutama sekali pada kening. Keadaan teruk akan berlaku pada hari pertama sehingga hari kelima sebelum pecah. Ia mengambil masa 7 hingga ke 10 hari untuk hilang dan pudar secara keseluruhannya.
Pada kes yang lebih serius, akan menyebabkan ia menyerang mata lalu mengakibatkan individu menjadi buta. Ia juga menyebabkan virus cacar air iaitu Varicella zoster. Perlu diingatkan agar penyakit virus ini akan kekal dalam tubuh badan anda. Kemungkinan untuk menyerang semula adalah tinggi.
5. Dermatitis Seboroik

Dermatitis Seboroik adalah sejenis ekzema yang selalu terjadi pada individu yang mempunyai masalah imunisasi badan seperti HIV atau AIDS. Bagi individu yang mempunyai kondisi seperti Parkinson akan berisiko untuk mengalami kondisi ini. Ianya akan mempengaruhi bahagian tubuh badan yang terdapat dalam banyak kelenjar minyak termasuklah pada kening.
Artikel Berkaitan: Elak Solekan Kening Nampak Palsu Dan Tidak Kemas, Lakukan 7 Panduan Solekan Ini Untuk Kening Yang Memukau!
Cara untuk anda mengatasi masalah ini adalah, pertama anda perlu mengetahui apakah punca ia terjadi. Sama ada disebabkan oleh massezia atau pelbagai gejala seperti yang telah dinyatakan di atas. Kemudian anda perlulah gunakan syampu yang sesuai kerana rambut juga antara yang dekat dengan kening. Selain itu gunalah produk muka yang sesuai buat kulit muka anda. Dengan ini dapat membantu untuk mengelakkan daripada terjadinya kelemumur pada kening anda.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan cara penjagaan yang betul buat anda dan ingat bahawa kening merupakan aksesori mata yang penting selain untuk mencantikkan wajah seseorang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dunia Jadi Gelap Bila Jerawat Keluar Di Muka. 7 Produk Ini Yang Telah Selamatkan Wajah Dari ‘Breakout’.

Dunia terasa gelap apabila meluhat butiran jerawat tertonjol-tonjol di permukaan muka. Masalah ‘breakout’ yang dihadapi menyebabkan dunia jadi gelap. Penat mencuba produk mahal yang belum tentu hasilnya tetapi hijabi ini, tidak lokek berkongsi mengenai produk penjagaan kulit yang sesuai untuk menghilangkan masalah jerawat di muka.
“Bismillahirahmannirahim sekarang dhijah nak kongsi serba sedikit tentang produk yang dhijah pakai untuk hilangkan jerawat and parut hitam, semua produk ni uolls boleh cari kat watson atau guardian atau farmasi yang berdekatan.”
Langkah 1 :
Sebelum cuci muka, remove make up/ kotoran kat muka dengan garnier micellar cleansing water yang sangat sangat efektik hilangkan kotoran. Harga RM9.90 untuk yang kecil untuk 1-2 bulan pakai dan bawah RM19.90 untuk yang besar untuk 5-6 bulan pakai.
Langkah 2:
Untuk mencuci muka, gunakan cetaphil sebab sangat selamat dan disarankan oleh doktor pakar kulit. Bila pakai cetaphil kulit jadi lembut dan bersih. Harga satu ni bawah rm25.00 and boleh tahan sampai 2-3 bulan.
Langkah 3 :
Gunakan skrub green tea skrub jenama St Ives sebab produk ni sangat best bila pakai. Seminggu boleh pakai 3 kali sahaja, harga RM18 tahan sehingga 6-7 bulan. Jimat kan? Kesan dia pulak blackhead jadi kurang and hilangkan jerawat.
Langkah 4:
Aplikasikan toner jenama aiken, untuk kesegaran muka juga boleh melindungi muka daripada panahan matahari dan kawal minyak muka. Harga yang berbaloi RM5.90 tetapi kesan sangat efektif. Satu botol tahan 2-3 bulan.
Langkah 5 :
Langkah seterusnya untuk melembabkan, apabila menggunakan daily losyen aiken muka akan rasa selembut baby and produk ni sangat bagus untuk muka berjerawat. Sangat disarankan kerana keberkesanan produk dan harga RM12 untuk 2-3 bulan.
Langkah 6 :
Sunblock jenama biore perfect moisturising milk, selain daripada mengandungi spf 50 dan tekstur yang lembut dapat melindungi kulit dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Harga RM16 untuk 3-4 bulan.
Langkah 7 :
Bila tersedar ada jerawat besar tumbuh kat muka, jangan lupa gunakan tea tree oil jenama aiken sebab dalam masa 2-3 hari jerawat akan kecut dan hilang. Sesuai untuk kegunaan di malam hari, tea tree oil ni RM12 tapi boleh la tahan 1-2 bulan.
Langkah 8 :
Garden of Eden Rosa Triple Action Acne serum ini boleh disapukan pada parut hitam dan ia sangat berhasil, dalam 5-7 hari parut hitam mula pudar, tapi kena rajin pakai tiap tiap malam, satu botol ni boleh la bertahan untuk 2-3 minggu dengan harga RM40. Boleh didapati di farmasi atau guardian terdekat anda.
SUPLIMENT TAMBAHAN
• DR Pure Vita C sebab elok untuk baiki kulit muka, putihkan kulit, bantu hilangkan muka jerawat, satu kotak RM35 untuk 1-2 bulan.
• Selepas bangun tidur pagi sebelum mandi, minum air masak 2 hingga 3 gelas. Muka akan rasa lebih segar. Amalkan juga minum air sehari 2-3 liter dan apabila cukup minum air di dalam badan, muka kurang naik jerawat.
Antara perkongsian hijabis Dhijah untuk hilangkan jerawat nakal di muka. Selain daripada perkongsian ini, Dhijjah mendoakan masalah jerawat di muka hijabis boleh diatasi. Walaubagaimanapun hijabis yang punyai masalah yang kritikal boleh berjumpa dengan pakar kulit. Hijabis di luar sana ingin berkongsi seperti Dhijjah boleh PM terus admin di Facebook.
Sumber : Khadeeja Farid