Disclaimer: Model bukan beragama islam

Memang menakutkan situasi ketika ini apabila banyak virus penyakit yang silih berganti menyerang negara kita. Di saat getir begini, kita memang sentiasa perlu memakai topeng muka bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa virus berbahaya seperti Covid-19.

Namun begitu, tak semestinya kita tidak boleh berfesyen apabila mengenakan topeng muka malah kita boleh menjadi lebih trendy lagi jika kita bijak menyuai padankan! Berikut adalah item dan cara yang inovatif untuk anda menangani situasi ini dengan sebaiknya.

Arax Pitta Mask Gray/ Pitta Mask S White

Pitta mask yang direka untuk melindungi daripada pencemaran udara ini mungkin tidak sesuai bagi menghalang penyebaran virus. Walau bagaimanapun, topeng ini boleh dicuci dan dipakai berulang laki. Ia sesuai dijadikan lapisan pertama perlindungan apabila anda menggunakannya bersama surgical mask. Dengan cara ini, anda boleh menjaga kebersihan surgical mask yang sangat susah didapatkan pada waktu ini. Pitta mask ini juga terdapat di terdapat di Play Up, Sasa dan AEON Wellness.

Fine Organic Pearl Coix Extract Powder

Ini Cara Inovatif & Trendy Bagi Melindungi Diri Dalam Situasi Penyebaran Virus Corona!

Pearl Coix ini digunakan secara tradisional sebagai makanan kesihatan di Jepun. Ia dipercayai dapat menghalang pertumbuhan sel kanser, jangkitan saluran pernafasan dan lain-lain lagi. Apabila orang lain hanya mendapatkan vitamin C untuk imuniti, anda boleh mendapatkan lebih lagi dengan mengamalkan Pearl Coix.

Fine Organic Pearl Coix Extract Powder 100% ini merupakan produk terlaris sejak dari 30 tahun yang lalu dan telah mengambil masa selama lima tahun bagi menghasilkan kualiti yang terbaik. Boleh di dapati di Sasa, AEON Wellness dan Watsons.

Dejavu Lash Up Mascara Black

Ini Cara Inovatif & Trendy Bagi Melindungi Diri Dalam Situasi Penyebaran Virus Corona!

Dengan teknologi Smooth Fit Film yang lebih lembut dan melekat, formula ini betul-betul membuatkan maskara Dejavu Lash Up Mascara Black rata walaupun di bulu mata yang pendek. Lapis filemnya yang ultra nipis juga tidak mencomotkan seperti maskara lain. Ia juga mudah mudah ditanggalkan menggunakan air suam. Sesuai untuk hijabi yang mahu menunaikan solat.

Maskara ini pastinya digemari semua termasuklah mereka yang tidak menggunakan maskara sebelum ini. Walaupun topeng muka akan menutupi separuh wajah anda, namun anda tetap akan kelihatan menawan dengan bulu mata yang melentik! Dejavu Lash Up Mascara Black hanya terdapat di Sasa.

Mosh Stainless Steel Water Bottle

Ini Cara Inovatif & Trendy Bagi Melindungi Diri Dalam Situasi Penyebaran Virus Corona!

Di musim penularan wabak begini, anda digalakkan untuk sentiasa membawa botol air sendiri kerana perkongsian botol boleh mengundang risiko yang tidak diingini. Apa-apa pun, anda tetap boleh kelihatan bergaya apabila menggunakan botol air yang ringan dan tahan karat ini. Dapatkan Mosh Stainless Steel Water Bottle di Sasa dan AEON, pelbagai pilihan warna yang ada.

Skinvill Hot Cleansing Gel

Ini Cara Inovatif & Trendy Bagi Melindungi Diri Dalam Situasi Penyebaran Virus Corona!

Walau apa jua rintangannya, kecantikan dan kesihatan kulit wajah tidak boleh dilupakan. Dengan adanya ‘Skinvill Hot Cleansing Gel’, ia dapat melembapkan kulit, membersihkan pori, menanggalkan mekap, minyak dan kotoran lain di wajah tanpa merosakkannya.

Dengan haruman oren segar, gel pembersih wajah ini juga terkandung lebih 20 bahan di dalamnya yang mampu memberikan hidrasi sempurna pada kulit seperti aloe vera, ekstrak the hijau, chamomile, rosemary, madu dan lain-lain lagi. Jadi, anda tidak perlu memakai pelembap lagi selepas menggunakan produk ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai masker wajah sewaktu mandi. Mudahkan? Anda boleh dapatkannya di Watsons and AEON Wellness.

Semua produk di atas ini anda boleh dapatkan di Tokyoninki tempahan atas talian. Dapatkan segera untuk gaya hidup yang lebih sihat dan trendy.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI